Wednesday, May 11, 2016

tiada dua...

 Missing my dear Pong....
 Really am missing her.






Masa pagi pagi begini,susuk tubuhnya dapat dilihat di kebun Wan.....mencari jalan pulang.
Semalaman dia berkawan dengan ayam ayam juga arnab yg periang.

Pong....aku melaungkan namaya.
Dicelah celah pagar dia menyusup kembali ke rumah .
Mengieeeow manja .

Sukanya dia mencari jalan menghibur hati.
Air mesin basuh yg berlingkar lingkar keluar menarik perhatiannya,
Laptop juga tempat dia ingin cuba mengetuknya
Beg kertas,kotak semuanya jadi permainannya.

Pong...tiada dua
Sejak kau pergi...tiada pengganti.

Tuesday, May 10, 2016

Jeles.


Hi people,
This is Nina penning..
Eh eh Nina tak pening tapi nina dok menulis.

Layan na....
La gambaq dok pejam pula yang cikson letak...wellawee

Jeles nina tengok makhluk kaki 2 yg otak dia paling established antara makhluk Allah, dapat meraikan macam perayaan.Lepas tu ada cuti pula tu. Katanya Malaysialah paling banyak cuti antara negera didunia. Lepas tu kalau jerebu,depa cuti,el nino depa cuti,elnina pun sama.Bertuah wooo.

Lagi satu,macam macam depa rai.
Nurse yg kerja jaga orang sakit ada hari Misi
Cikgu ada Hari Cikgi
Polis ada,tentera ada,bomba ada
Kita kucing ada apa?
Ada Hari Kucing Sedunia...non ada,
Issssh,,,,tok sah la tangkap gambaq kami

8 haribulan manusia sedunia rai hari IBU.
Tapi ada ustaz2 kata harom.
Ada ustaz kata tak pa.

Ciklin yang balik cuti dari pantai timur langgan delivery utk mama dia.
Ada mamat mana entah mai hantaq se kotak assorted biscuits n kek .
Sedap tengok depa makan.
Kita tengok sajalah sbb depa tak ingat pun nak huluq sebiji kat nina.

Jeles wwoo.
Nina sapa pun tak ucap hari ibu sedangkan nina lagi banyak anak dari cikson. Dah lupa berapa jumlah dia. Tapi yang tinggal hanya si Tam si tampok manggis saja. Manja nya dia macam si Fohim cucu cikson.



Anak anak Mummy

Tam n Ning 

Anak manja nina.


Itu saja dulu kali ni Nina dok cerita. Bye.

Ninasandaq 

Monday, May 9, 2016

Anak anak sekolah kita..........anak2 sekolah depa

Baru tadi tertonton video yg menunjukkan anak anak di sebuah sekolah mendapat peralatan belajar.
Buka saja kotak yang diterima,terpampang kegembiraan yg sangat besar diwajah masing masing. Riuh rendah kelas .
Bilik darjah,murid yg menerima hadiah itu bukan dari negara kita sudah pasti.Dan cikson percaya gambaran kegembiraan yg begitu tak akan terjadi di negara kita, Kalau ada pun setakat senyum simpul sahaja.

Tahun tahun yang cikson lalui sebagai guru banyak yang cikson rasa, Tentang ragam anak anak kita.
Setiap hari ada saja pensel,pemadam, pewarna yang bertabur di atas lantai. Bila tanya siapa pun tak mengaku. Kertas dikoyakkan dari buku utk dibuat contengan lepas itu dibiarkan berterbangan. Bila musim main wau,bertaburan sana sini kapalterbang kertas di penjuru kelas.

Menerapkan kpd murid,melakukan itu adalah amalan pembaziran, barang 2 yg tercicir tanpa tuan dikumpul dan di agihkan kepada yg memerlukan.

Itu masa cikson mengajar . Sekarang entahlah. Mungkin kekangan kewangan sekarang yang melanda negara kita,murid 2 pun dah berubah sikap. Dah tak dapat membeli pensel setiap hari.Dah berjimat cermat seperti yg ibubapa dan guru asuhi.

Ini dulu buat tatapan n renungan hari ini.
Murid 2 dah disekolah waktu ini
Kalau ada pensel,ruler yang jatuh,pick up sendiri

Well,I too rememebered vividly those hard times when I was in school.
Too far different from what it used to be for my children,u see.



Sunday, May 8, 2016

Se petang di PB....

Lepas lohoq,cikson anak beranak bertiga melalui jalan Pdg Besar - Kangar. Cuaca muram. Kilat siat siatan, Menggerunkan. Hujan sekali lebat sekali reda.Sudah tiga bulan lebih kurang cikson tak berkesempatan ke pekan di sempadan, Padang Besar pekan membeli belah paling utara.Macam2 perubahan ada.
Taman perumahan baru
Projek kerajaan baru....cikson temui sepanjang jalan.

gelap hari nak hujan
Di satu tempat cikli berteka teki.
Deer is kancil
Reindeer is rusa
Dear is siapa?
eh tak lawak la....
sepanjang jalan  kelam
bukit2 muram...bukit baju dalam

Sampai di PB,adoi ramainya orang. Berbondong2 manusia entah dari mana.
Kita makan dulu...sebab perut dah merayu rayu. Pukul 3 belum lagi di isi.
So we settled for a gerai yg tak pernah dimasuki.Dulu tak ada dia kat sini.



gerai2 dari kedai nakan

Ok juga. For 48 ringgits we were served nasi,goreng ayam berkunyit,kerabu mangga yang sedap,tomyam yang enak serta telor dadar yang ok...Potion yg di saji pun amat mengenyangkan. So no dinner for tonight.Got it cikli?

Eh whats the catch in PB?
Cikson sambar happycall sebiji utk masak n jamu tetamu berkunjungan
Ciklin se buah bag knapsack utk ke pulau impian,
Cikli dapat kasut serta beg sandang utk ubat ubatan
Dan macam macam lagi yg tak dak dalam ingatan...

Masuk satu kedai ,tauke nya baik sekali menyurung kerusi utk cikli duduk. Agaknya kesian tgk cikli yg bertongkat .
Dan bila cikson membelek toys utk cucu,dia menyarankan cikson cari brand yg kualiti .Tidak di gesa kami membeli toys dari kedainya pun.
pesakit sdg bahagia memilih 

Balik singgah kedai adik ipar yg baru dibuka di pekan Kangar. Pekena minuman kerana perut masih penuh.
Semoga acu sukses dalam business yg diceburinya.
Kalau kawan2 nak membeli baju atau menempah baju bolehlah ke kedai ini...nanti cikson update lagi..
Bye. Have a happy weekend to all mothers on this Mother's Day.
Teringat tt,