Sunday, May 8, 2016

Se petang di PB....

Lepas lohoq,cikson anak beranak bertiga melalui jalan Pdg Besar - Kangar. Cuaca muram. Kilat siat siatan, Menggerunkan. Hujan sekali lebat sekali reda.Sudah tiga bulan lebih kurang cikson tak berkesempatan ke pekan di sempadan, Padang Besar pekan membeli belah paling utara.Macam2 perubahan ada.
Taman perumahan baru
Projek kerajaan baru....cikson temui sepanjang jalan.

gelap hari nak hujan
Di satu tempat cikli berteka teki.
Deer is kancil
Reindeer is rusa
Dear is siapa?
eh tak lawak la....
sepanjang jalan  kelam
bukit2 muram...bukit baju dalam

Sampai di PB,adoi ramainya orang. Berbondong2 manusia entah dari mana.
Kita makan dulu...sebab perut dah merayu rayu. Pukul 3 belum lagi di isi.
So we settled for a gerai yg tak pernah dimasuki.Dulu tak ada dia kat sini.



gerai2 dari kedai nakan

Ok juga. For 48 ringgits we were served nasi,goreng ayam berkunyit,kerabu mangga yang sedap,tomyam yang enak serta telor dadar yang ok...Potion yg di saji pun amat mengenyangkan. So no dinner for tonight.Got it cikli?

Eh whats the catch in PB?
Cikson sambar happycall sebiji utk masak n jamu tetamu berkunjungan
Ciklin se buah bag knapsack utk ke pulau impian,
Cikli dapat kasut serta beg sandang utk ubat ubatan
Dan macam macam lagi yg tak dak dalam ingatan...

Masuk satu kedai ,tauke nya baik sekali menyurung kerusi utk cikli duduk. Agaknya kesian tgk cikli yg bertongkat .
Dan bila cikson membelek toys utk cucu,dia menyarankan cikson cari brand yg kualiti .Tidak di gesa kami membeli toys dari kedainya pun.
pesakit sdg bahagia memilih 

Balik singgah kedai adik ipar yg baru dibuka di pekan Kangar. Pekena minuman kerana perut masih penuh.
Semoga acu sukses dalam business yg diceburinya.
Kalau kawan2 nak membeli baju atau menempah baju bolehlah ke kedai ini...nanti cikson update lagi..
Bye. Have a happy weekend to all mothers on this Mother's Day.
Teringat tt,


No comments:

Post a Comment