Tuesday, December 8, 2015

Kesian mereka...lupa hari.

bosan kami hari hari mamason suruh duduk dalam bakul..

Kalau mereka boleh bercakap,entah2 dah berkajang mereka meluahkan rasa keciwa....aha.
Ya la...hari ni hari Selasa kan?  Macamana pula makcikson boleh termix up dgn hari Rabu.
Dan hari Selasa hari cikson reserve posting untuk anak anak bulus.

Tengok tu...dah merajuk si Pong,sibuah hati.
Dah rasa kecil hati lantas membawa diri.
Dari atas meja solek ,dia lari sembunyi
Dalam plastik bag dia masuki...
jangan bagi tau mamason,dimana kami

biar dia tercari cari..

Hari ini dan semalam....semak samun.

Semalam sesak nafas lihat semak samun . Dari luar pagar ,pokok menjalar,membelit dan memanjat . Macam ada perlumbaan antara mereka. Siapa yang lebih pantas,siapa yang lebih gagah.
sihat dan hijau pohon2 yang menjalar
Seminggu di buang dan dia kembali memugar.Di seberang pagar lagilah...Segar Bugar,
Rumah sebelah seakan rumah tinggal.Tak ku kenali siapa tuan punya. Tak pernah bersua muka,bertegur sapa...tak ku tahu dia punya cerita.

Bimbang . Mungkin ada binatang bahaya bersantai disana.Cikson menggesa cikli cari jalan membersihkan segala semak samun disebelah kita.
Hm...baru seminggu dibersih,semak samun bermaharaja semula. Hingga pucuk kelapa mereka memanjat ria.

Petang semalam....cikson memasang net antara railing pagar.Moga pemandangan nanti bertukar segar.
semoga berkekalanlah begini selamanya...
Semalam cikson mengikuti live streaming nun jauh dari ibu kota.Semak kepala memikir dan melihat semak samun yang terjadi di negara ini.Lepas satu satu. Dan satu pun tak nampak jalan selesai.Makin bertimbun timbun menimbun adalah.

Semoga satu hari semak samun dinegara tercinta ini dapat dibendung,diselesaikan.Dan rakyat marhaen macam kita senang hidup cari makan.Juga aman damai buat di waris anak cucu kita. Amin.

Bye...

Monday, December 7, 2015

Keluh yang panjang....sehari di HBSB

Seawal pagi ciklicikson bersiap.Dan jam 8 kami sudah otw ke Aloq Staq. Teksi yang ditempah hari ini dipandu oleh anak muda bukan bapanya seperti selalu. Sepanjang jalan berbual tentang kehidupan membuat kami tidak terasa perjalanannya yang panjang...

Reached the said hospital just a bit after 9.00. Ya Rabbi ramainya manusia!.Sebaik menjejak kaki kedalam ruang mengambil nombor. Setiap sudut dipenuhi manusia.Manusia atas semua kerusi diruang legar itu. Manusia duduk dan manusia berdiri.Tua,muda.Cina India dan ramainya Melayu.Meninjau2 aku utk melabuhkan punggong tua ku..merehat kakiku.

Nombor disaringan pertama 7173...
Nombor tertera 7100..
Menunggu dan terus menunggu.
Akhir nombor keramat itu dipanggil mengadap puan disebalik kaunter. Nombor baru diberi 9020..

Menapak pula kami ke tingkat atas...disini pun manusia dimana saja.Kerusi kosong aku jeling. Nun diseberang sana.Cepat cepat aku menapak ke situ.Takut tempat disambar orang. Badan tuaku dah tak boleh berdiri lama lama.Kepala cepat pening apalagi dalam ratusan manusia ini..

Cikli ke kaunter register namanya...Nombor baru pula dia diberi.
Menjenguk ruang menunggu rawatan... ruang berdiri pun tak kelihatan.
Jom makan...cikson mengajak cikli.
Balik makan pun belum tentu nombor akan dipanggil.

Mula mula cikli enggan.Nak tunggu juga.
Well if you dont eat..u might .....I gave cikli the excuse.Mujuq dia dengaq.

Sampai dikafeteria yang tak ria kerana ramainya manusia,ciklicikson isi perut dgn nasi walau masih pagi.Cikli was a his grumpy self. Eh pagilah nak makan.
Ermmm...eatlah whatever u want. Tu kan ada .Mee.bihun,cucuq,roti canai...
Aku seperti guru menerangkan pada cikli.

Back to the klinik pakar we went after breakfast.Nombor cikli masih jauh nak dipanggil.Aku duduk dicelah celah manusia di situ.
Dikiriku uncle,auntoe,ah so,ammah,makcik,pakcik dan adik2 cik. Ada yang senyap merenung handphone.Ada yang mengelamun. Ada yang berbual2.Dan bualan antara 2 sahabat dapat ku dengar.Loud and clear.
Selain gossip pejabat,gossip kampung laman ku dengari.
Aku tertarik bila dia berkata..
Bila aku mati tak payahlah bawa balik kat rumah. Terus bawa pi masijid. Susah..
Kesian aku..Lama dia disitu.Berpakaian hijau hospital dan sedikit tidak terurus.
Sekali sekala aku menggangguk padanya bila dia memandang ku.

Lamanya...mana nombor..Entahlah cikli mcm anak2 kecik tahun satu yg pernah aku ajar. Tak sabar memanjang.Lepas masuk bilik keluar bilik moodnya kelaut.
Lain kali I mai sorang sorang sudahlah..eee sabar sajalah bila marah terarah padaku.
Pi lah tanya ...dia mendesak ku.
Mana satu bilik nak ku tuju..Ada 10 bilik kat situ.
Dan bila akhirnya ...akhirnya rawatan dia berakhir,aku pun dah hampir hilang sabar..

Gitulah . Akhirnya kami kembali ke Kangar bersama adik teksi yang membawa kami ke sana . Tambang diminta hanya 90.00. Dan aku tak gamak nak bayar harga itu kerana hampir 50 ringgit bezanya dari teksi biasa. Tak mau dia menerima bila aku nak membayar macam aku selalu membayar bapanya.
Ambillah anggap ini sedekah buat anak anak cik..

Jummat ini teksi dia juga kami tempah utk kami menuju KL. ETS akan kami naikki..

Bye..

Semoga aku sentiasa diberi kekuatan utk mengharungi semua ini...dan sabarku utuh tinggi.

Saturday, December 5, 2015

Dia yang pergi.....

Semalam cikli menebas semak samun yang menjalar di pagar. Pokok2 menjalar galak memanjat pagar,pelepah kelapa dari laman jiran sebelah. Dah persis rumah tinggal.

suburnya semak samun
Eh takutla .Rungut cikson satu petang. Entah ada dinasor sebelah sana.
Dan bila cikson bersungut,cikli pun cepat bertindak.
Mau dia masuk kawasan kita...NAYA.
peneman cikli 

Semasa cikli gigih menebas,Ning asyik jadi peneman.Gerak geri cikli dia perhatikan.

se ekor lagi peneman setia
Eh Ning,mana Bu?..cikli bersuara.Bertanya dia yang lain bahasa.
Dan seperti faham apa yang cikli tanya,Ning menuju ke timbunan tanah dimana Bu disemadikan.Dia merebahkan badannya keatas tanah seketika.
sini lah kubur BU...macam dia memberitahu

Son...cepat mai tengok Ning ni,laung cikli memanggil manggil.
Talipon dicapai dan cikson dapat abadikan tingkah laku Ning.Cuma tak dapat memvideokan adegan itu akibat bateri talipon yang dah nazak.

Malam ,channel 132 jadi tontonan kedua suami isteri..Rancangan parodi bertukar rentak. Majlis memperingati arwah Pak Yus menyentuh hati. Tidak sedikit airmata tertumpah melihat program ini.Melihat kebaikan Pak yus,terasa kecil diri ini.Apalagi kebaikan terlalu ciput sangat yang akan ditinggal pergi.
Entah 2 ..bila aku sudah tiada,orang tak dapat pun mengingati atau mencari kebaikan diri...

Pernah terjadi...

Kalau seorang hamba Allah yang kita sayangi telah pergi,bukan duit melimpah dia yang akan jadi kenangan abadi...tetapi budi dan bahasa tetap disanjung tinggi.

Alfatihah buat mereka yang telah pergi...



sayu