Mula 2 si adik pulang.Seminggu yang terdahulu.
Saja balik awal sbb tak larat dah nak harung Lebuhraya Utara Selatan yang jem berjam jam.
Dua tiga hari diRBl,suami isteri dijamu masakan si ibu.
Mula2 mee kuah yang dok diidamkan .
Juga lauk pauk yang ibu terkial kial nak tahu apa kegemaran menantu.
Nasi Kandar Pasar Borong juga jadi santapan di satu pagi.
Teringat tokton...dia lebih hafal apa kegemaran menantu dari anak sendiri..
Dan hari mereka berangkat balik,cucur kodok saja jadi bahan utk sepanjang jalan.
R&R tak sesak,kami makan sepanjang jalan sajalah...kata mereka.
Petang selepas lohor mereka berkereta ke ibukota dan tengah malam sampai mereka di sana.Syukur Alhamdullilah.
Dua hari sebelum cuti panjang,si abang pulang.
Perjalanan lancar kerana orang belum bercuti lagi.
Jalan balik pun lancar kerana orang ramai masih bercuti.
Mee kuah ,cucur milo,bihun goreng...cakaplah ma masakan..
Kerana si anak ini jarang jarang sangat nak pulang.
Oh ya ikan bakar kuala perlis jangan miss.
 |
| bihun goreng sebelanga masih ada tenaga. |
Hari Jumaat malam si tengah pulang selepas menempuh berbagai ujian.
Dari Pudu,ke Dataran Merdeka,ke bangunan KWSP mereka dikerah utk naik bas yang tak masuk Pudu.
Dari jam 11.00 malam ,2 ptg baru nampak diri di muka pintu.
Dijamu gulai kepala ikan,mee kuah juga makan ikan bakar kuala .
Baliknya hari ini..
Entah pukul berapa nak sampai...
Nasi putih,ayam goreng,udang kunyit,serta sambal tumis ibu bekalkan.Buat lapik perut bila kelaparan.R&R dijangka sesak ikut gerak hati berdasarkan pengalaman.
 |
| gulai ikan....sepriuk...masih tahu bagaimana nak masak. |
Gitulah kisah cikson anak beranak.Cuti panjang sempena Hari Buruh ...(Buruh tu Kuli kan..) serta hari Wesak.Emak memasak utk si anak.Semoga mereka puas hati apa yang dijamu...semua serupa saja tak ada yang nak lebih atau nak kurang..
Buat anak anak...pulanglah selalu.Selagi mak kau orang masih mampu....
Masak masakan kegemaran kamu...
Kedepan ke depan....entahlah aku pun tak tahu....
 |
| entah entah ikan goreng pun tak terjamu.... |