Monday, May 4, 2015

Balik dgn berbagai ragam,pulang dgn satu harapan.



Mula 2 si adik pulang.Seminggu yang terdahulu.
Saja balik awal sbb tak larat dah nak harung Lebuhraya Utara Selatan yang jem berjam jam.
Dua tiga hari diRBl,suami isteri dijamu masakan si ibu.
Mula2 mee kuah yang dok diidamkan .
Juga lauk pauk yang ibu terkial kial nak tahu apa kegemaran menantu.
Nasi Kandar Pasar Borong juga jadi santapan di satu pagi.
Teringat tokton...dia lebih hafal apa kegemaran menantu dari anak sendiri..
Dan hari mereka berangkat balik,cucur kodok saja jadi bahan utk sepanjang jalan.
R&R tak sesak,kami makan sepanjang jalan sajalah...kata mereka.
Petang selepas lohor mereka berkereta ke ibukota dan tengah malam sampai mereka di sana.Syukur Alhamdullilah.

Dua hari sebelum cuti panjang,si abang pulang.
Perjalanan lancar kerana orang belum bercuti lagi.
Jalan balik pun lancar kerana orang ramai masih bercuti.
Mee kuah ,cucur milo,bihun goreng...cakaplah ma masakan..
Kerana si anak ini jarang jarang sangat nak pulang.
Oh ya ikan bakar kuala perlis jangan miss.

bihun goreng sebelanga masih ada tenaga.

Hari Jumaat malam si tengah pulang selepas menempuh berbagai ujian.
Dari Pudu,ke Dataran Merdeka,ke bangunan KWSP mereka dikerah utk naik bas yang tak masuk Pudu.
Dari jam 11.00 malam ,2 ptg baru nampak diri di muka pintu.
Dijamu gulai kepala ikan,mee kuah juga makan ikan bakar kuala .
Baliknya hari ini..
Entah pukul berapa nak sampai...
Nasi putih,ayam goreng,udang kunyit,serta sambal tumis ibu bekalkan.Buat lapik perut bila kelaparan.R&R dijangka sesak ikut gerak hati berdasarkan pengalaman.
gulai ikan....sepriuk...masih tahu bagaimana nak masak.

Gitulah kisah cikson anak beranak.Cuti panjang sempena Hari Buruh ...(Buruh tu Kuli kan..) serta hari Wesak.Emak memasak utk si anak.Semoga mereka puas hati apa yang dijamu...semua serupa saja tak ada  yang nak lebih atau nak kurang..

Buat anak anak...pulanglah selalu.Selagi mak kau orang masih mampu....
Masak masakan kegemaran kamu...

Kedepan ke depan....entahlah aku pun tak tahu....

entah entah ikan goreng pun tak terjamu....

2 comments:

  1. saya pun dulu semasa mak masih sihat, akan memassak cucur kodok atau bihun goreng kegemaran saya bila saya balik kampung. terasa kita amat diraikan dengan kasih sayang mak.

    hari ini bila saya dah ada anak yang dewasa, saya terfikir bahawa sebenarnya saya selaku mak lebih patut raikan anak yang selalu ada di sisi saya; yang setiap hari melihat susah senang saya berbanding anak yang cuma balik sekali sekala dari kejauhan.

    kerana itu juga, saya cuba untuk tidak culas dari selalu ziarah mertua kerana menganggap itu adalah tugass saya yangduduk tidak jauh dari rumahnya yang hanya dipisahkan oleh jambatan pulau pinang...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu IM,
      Mertua makcik hanya sebelah rumah.Apa2 keloi saja.Kalau masak tu bolehlah dishare bersama.Dan anak anak semua jauh diKL n Pahang.Jadi bila balik tu la masa mak nak jamu sakan..selagi terdaya.Bila nak makan best sikit tunggu depa balik baru meriah.

      Delete