Monday, May 5, 2014

Cuci blog


Pejam celik pejam celik dah 6 tahun rupanya cikson tulis blog ni.Kalau bela anak dah masuk tadika.Dah ke sekolah dia.
Entah...bila orang tanya apa dapat dengan tulis blog.Ada faedahkah.
Tapi...sebagai orang yang pernah lalui hidup bekerja yang berfikir itu ini,kalau tak ada blog tentu cikson dah jadi ahli bebel.Banyak sangat idea yang bertapa dan bersarang dalam medulla oblangata tua ini.Its a relief .Masa muda ria dulu pun cikson suka melakar komik komik romantik dan menulis cerpen cerpen duka lara...syok sendiri orang kata.Tapi komik tu dapat sambutan kawan kawan bila cikson bagi mereka baca.
Masa tu cikson dalam  tingkatan lagi.Skil melakar sekarang ni pun dah hanyut ke laut.

Bila buat back walking laman blog sendiri,cikson sedar blog ini masih terkapai kapai menuju wawasan.Ikut jari saja apa yang nak ditaip.Tak ada rangka kerja atau framework.Eh... do these matter?Entahlah.

Tapi terfikir juga...andai cikson dah tutup mata ,apa pengajaran yang boleh digali dari blog ini..

So satu malam cikson draf apa apa yang boleh membaik pulih blog serabut ini.And these are the stuff that I think would maybe of benefit to readers who accidentally came over and also as a legacy to my children.aha..
I break down into days where topics written would be based.

Kononnya..kononnya

Sunday....Relax dan santai...my insight in and out.
Monday..Once upon a time a teacher...stories from my working Life
Tuesday... Tale or Tail...all about my cats.Their antics .
Wednesday...WW
Thursday...Tip Top Day..Giving tips DIY.
Friday...tazkirah sikit sikit
Saturday..hobbies,cooking,sewing,reading,travelling

Lagi satu...mokjadeandell tu nama kucing.Jade ,Dell dan Mok.Sekarang tinggal mok saja .Jade and Dell dah lama meninggal.
Happy working Life folks...kerja biar berkat.

So someday if you found my blog inaccessible...it may be under reno.





Sunday, May 4, 2014

Apa kabarin Perlis....makan kenduri sana sini

Bulan Mei...hari Buruh dipenuhi dengan makan kenduri.Kenduri kahwin jiran ditaman sebelah.
Tgh hari tu cikson gigih masak siap dengan ikan kukus asam boi lagi.Tapi bila cikli balik dia bagi tau ada jemputan kenduri.Tak jauh hanya berjalan kaki.


Ya Allah...memang cikson pelupa sebenar lupa.Penat masak saja...
By 2.30 kami ke rumah kenduri .tapi mungkin sebab panas melampau bawah khemah selera makan jadi punah.Balik kenduri,cikson angkat tudung dan jamah nasi berlauk ikan masak kicap .Juga ratah ikan kukus.Bolehlah..sedaaap.

Hari ni pula kami makan kenduri di larian denai,tepi sungai.Cuaca redup dengan angin sepoi sepoi buat nasi rasa menyelerakan.Mau menambah rasa segan.Larian denai nampak damai dan punya kemudahan yang baik untuk mengadakan kenduri.Ada surau,homestay,dan pavillion .
Tangkaplah gambar...saran cikli.
Cikson keluarkan kamera dan klik sana klik sini.Sesuatu yang cikson jarang buat.Ini antara hasil nya.


kenduri dalam taman

pavillion tepi sungai


sambil mata menjamu pandang

anak muda boleh beriangan

pintu masuk 

ada homestay utk kesenangan


Cari ilham...cikson jawab bila ada seseorang menegur.Masih ada lagi rupanya bekas bekas kawan sekerja yang ingat dekat kita walau kita  minat suka sangat bertapa.Ingat semua dah lupa.
Soalan rutin bila bersua..sihat?
Alhamdullilah...tapi ada juga sikit sikit bearing lari..cikson melawak.
Hari masih awal.Kemana kita,cikli bertanya.
Ke daerah selalu kami tuju.Meninjau perkembangan .Sedikit kemajuan bila ada tar diturap ditepi laman.

Saturday, May 3, 2014

hendak bersih kena kotor...secebis kisah.

Memasuki ruang depan rumah,hidung dah kembang kuncup.Ada bau la...
Mana tak busuk..sampah sebaldi diruang dapur masih berada diruang dapur.Aromanya meresap sampai ke ruang depan....waduh waduh.Ini tempat buangan sampah ke apa?
Dia menapak lagi...ada bau hasem yang agak cengeh...Rupanya sikucing punya buangan yang tidak diuruskan..waduh buk,Ini zoo ya
Menapak lagi dia...mata meleret ke atas.Siling hitam legam bergayutan sawang..Warna yang asal dah tak keruan.Pusingan yang laju dah berubah perlahan kerana membawa beban.waduh ibuk..ku ingat ini gua Pulau Nangka.
Menuju dia ke ruang dapur...eh apa ni.Bakul buat penapis sampah tidak keruan rupa.Serdak serdak bertapak serata..Sinki basuhan pinggan juga tak nampak rupa...Dia mengucap panjang.Ini kultur spesimen apa buk.Nak kultur naga ya.
Menjenguk kebilik tidur...dia geleng kepala.Mana bantal,mana selimut ,mana cadar.Semua tak nampak rupa.Eh nampak macam medan tempur Taliban saja...
Belum lagi dia lihat kain baju yang membukit bercampaur baur...

Dia menarik nafas panjang.Dibayar hanya 10 ringgit sejam..bibik tua itu memulakan kerja.Sambil fikirannya melayang akan tuan rumah yang cantik bergaya ,harum sempurna diofis hawa dingin sana..

Cantik  tak bererti bersih rupanya....

Tangannya yang bersih terpaksa kotor untuk sesuap nasi anak dirumah..
Mujur juga ada orang pengotor beri rezeki pada ku..dia cuba berfikiran positif.


Friday, May 2, 2014

agar dipermudahkan urusan

googled


Adakala ada masa
Cubaan datang bertimpa timpa
Kiri kanan datangnya menjelma
Siang malam bertandangnya tanpa beritahu akan kedatangannya

Adakala ada masa
Senang saja kita menyelesaikannya,menepisnya
Fooh kiri fooh kanan habis cerita

Adakala ada masa
Datangnya berbelit belit,berakar umbi
Keluar peluh jantan belum tentu dapat mengatasi,merungkaii

Pada Allah yang esa kita memohon perlindungan
Agar dipermudahkan urusan.......

googled

googled

googled


Amin....semoga urusan semua kita dipermudahkan.