Saturday, May 3, 2014

hendak bersih kena kotor...secebis kisah.

Memasuki ruang depan rumah,hidung dah kembang kuncup.Ada bau la...
Mana tak busuk..sampah sebaldi diruang dapur masih berada diruang dapur.Aromanya meresap sampai ke ruang depan....waduh waduh.Ini tempat buangan sampah ke apa?
Dia menapak lagi...ada bau hasem yang agak cengeh...Rupanya sikucing punya buangan yang tidak diuruskan..waduh buk,Ini zoo ya
Menapak lagi dia...mata meleret ke atas.Siling hitam legam bergayutan sawang..Warna yang asal dah tak keruan.Pusingan yang laju dah berubah perlahan kerana membawa beban.waduh ibuk..ku ingat ini gua Pulau Nangka.
Menuju dia ke ruang dapur...eh apa ni.Bakul buat penapis sampah tidak keruan rupa.Serdak serdak bertapak serata..Sinki basuhan pinggan juga tak nampak rupa...Dia mengucap panjang.Ini kultur spesimen apa buk.Nak kultur naga ya.
Menjenguk kebilik tidur...dia geleng kepala.Mana bantal,mana selimut ,mana cadar.Semua tak nampak rupa.Eh nampak macam medan tempur Taliban saja...
Belum lagi dia lihat kain baju yang membukit bercampaur baur...

Dia menarik nafas panjang.Dibayar hanya 10 ringgit sejam..bibik tua itu memulakan kerja.Sambil fikirannya melayang akan tuan rumah yang cantik bergaya ,harum sempurna diofis hawa dingin sana..

Cantik  tak bererti bersih rupanya....

Tangannya yang bersih terpaksa kotor untuk sesuap nasi anak dirumah..
Mujur juga ada orang pengotor beri rezeki pada ku..dia cuba berfikiran positif.


2 comments:

  1. Beristighfar saja la kalau berada dalam situasi ini. Nak jerit-jerit bagai nak rak pun, nak membebel sampai 1000 perkataan pun, tak dapat apa. Dapat penat aje. Huhu.

    Someone else' loss is someone else' gain.

    ReplyDelete
  2. t.a.t.a
    benar sekali. kalau semua rajin dan bersih hilang pula rezeki cleaner dan bibik...tapi kan boleh pula mereka mereka hidup in their own filth..disgusting.

    ReplyDelete