Tgh hari tu cikson gigih masak siap dengan ikan kukus asam boi lagi.Tapi bila cikli balik dia bagi tau ada jemputan kenduri.Tak jauh hanya berjalan kaki.
Ya Allah...memang cikson pelupa sebenar lupa.Penat masak saja...
By 2.30 kami ke rumah kenduri .tapi mungkin sebab panas melampau bawah khemah selera makan jadi punah.Balik kenduri,cikson angkat tudung dan jamah nasi berlauk ikan masak kicap .Juga ratah ikan kukus.Bolehlah..sedaaap.
Hari ni pula kami makan kenduri di larian denai,tepi sungai.Cuaca redup dengan angin sepoi sepoi buat nasi rasa menyelerakan.Mau menambah rasa segan.Larian denai nampak damai dan punya kemudahan yang baik untuk mengadakan kenduri.Ada surau,homestay,dan pavillion .
Tangkaplah gambar...saran cikli.
Cikson keluarkan kamera dan klik sana klik sini.Sesuatu yang cikson jarang buat.Ini antara hasil nya.
kenduri dalam taman |
pavillion tepi sungai |
sambil mata menjamu pandang |
anak muda boleh beriangan |
pintu masuk |
ada homestay utk kesenangan |
Cari ilham...cikson jawab bila ada seseorang menegur.Masih ada lagi rupanya bekas bekas kawan sekerja yang ingat dekat kita walau kita minat suka sangat bertapa.Ingat semua dah lupa.
Soalan rutin bila bersua..sihat?
Alhamdullilah...tapi ada juga sikit sikit bearing lari..cikson melawak.
Hari masih awal.Kemana kita,cikli bertanya.
Ke daerah selalu kami tuju.Meninjau perkembangan .Sedikit kemajuan bila ada tar diturap ditepi laman.
seronok bila dapat berjalan bersama. berjumpa rakan2 lama. saya sungguh teringin nak ke perlis tapi masih belum berkesempatan. yang selalunya hanyalah 'lalu' di perlis...insyallah lepas ni ada reason nak ke sana selain daripada nak makan harumanis...
ReplyDeleteUncle,
Deletemai jangan tak mai masa musim harumanis tengah dok on...takut kempunanan nanti.