Thursday, May 1, 2014

Bulan baru



kalendar kuda didinding...banyak cuti bln Mei

April dah berlalu.Tadi cikson selak dan sangkut helaian bulan April dari kalendar didinding.Cepatnya masa berlalu kan.Dah masuk bulan 5 no....

1 May cuti. Cuti Hari Buruh.Selamat bercuti semua.Buat anak anak yang pergi melancong cuti ni enjoy yourselvesTapi jaga diri.Semoga balik dari percutian nanti,hidup lebih terarah .Kalau bercuti di pulau,hanyutkan segala masaalah pada ombak.Kalau ke pergunungan,humbankan ke gaung...Bawa balik yang positive saja.

And whats my expectation?
Sebagai seorang pesara....hmmm apa lagi nak expect.Go with the flow.Hutang semua dah langsai.Nak bergaya dah tak ada makna.Nak tension dengan kerja ,kerja mengemas mengemop terapi jiwa...So,life should be realtively easy peasy.

Hmm....is it?
Entahlah....hidup didunia bukan ada kita saja.Its not only me and me only.Betul tak.Hidup kita kait berkait.Suka atau tidak.

My sincere hope for this month....things to go on smoothly.Unexpected changes for the good are here to come.For all and every one.

Semoga kita di beri Allah dalam keberkatan,kesihatan,kemudahan,Juga perkuatkan keimanan...Amin.



Wednesday, April 30, 2014

Mujuq lagi

Tengah hari cikson masuk dapur.Apa menu hari ni ? Makcik tak pula plan awal awal.
Keluarkan tupperware berisi ketulan ayam.Masukkan air kedalamnya untuk melembutkan ketulan ketulan ayam yang dah mengeras bagai glasierAntartika
Grind cili,bawang untuk sambal...
Kembali meleraikan ayam ayam yang masih sambung menyambung.
Amboi kerasnya.
Capai pisau dan guna sebagai tuas antara ketulan ketulan yang melekat lekat.
Praaap!
Bunyi sesuatu yang patah.

pisau yang tersumbing

Gulp..tengok hujung pisau telah sumbing.
Kuis sana kuis sini.Belek sana belek sini.
Tiada serpihan .
Seketul demi ketul dibelek ,direndam,diteliti.
Tiada serpihan.

Ok...gaul garam dan kunyit.Kemudian ciaaaauw...

kepla masih ragu ragu.
Buat hipotesis ....kalau pisau itu patah tentu hujungnya masih ada dimana mana.
Was was menari nari dalam kepala.
Mau humban saja semua ayam yang dekat setengah kilo....sayang.

Terbayang pula andai dimakan,yang nak kena akibatnya tentulah salah seorang dari kami.
Kalau tak cikson tentu cikli.Buat serpihan itu masuk ke usus...seriau pula memikirkan.

Operasi mencari diteruskan.
Selepas ayam ayam itu sejuk,cikson belek dan kelebek seketul demi seketul.Hingga sampai ke final piece serpihan pisau itu tak dijumpai
Kalau tak jumpa juga....alamat ke tong sampah la ayam ayam ini.Fikir cikson sambil menelan liur.
Hoooray!.Akhirnya.Serpihan itu dijumpai celah celah isi .Lega.


terserpih pisau itu


Selamat goreng ayam bersambal cikson hari ini...

bolehlah dimakan tanpa was was

Nasi sambal macang


Kelmarin laju benar selera makan.Bertambah tambah pinggan.
Bukan kerana kambing panggang atau udang galah harga ribuan.
Juga bukan kerana patin buah yang hanya VVIP dapat habuan.

Kerana apa selera makan berganda ganda
Jawabnya simple saja.
Buah dipetik dari belakang rumah nenek anak anak saja
Yakni buah dari pokok rumah MIL dekat jalan nak pi Kola...

Inilah buahnya....


yang ini kuini adik kembar macamg @ bacang


sambal

terliur tak?



Harganya kalau dibeli dari pasar tani taklah mahal gila
Setakat seringgit sebiji agaknya
Tak tinggi melangit harga dia
Macam harumanis yang macam tak masuk akal harganya.
Semalam dapat sebiji 10 ringgit...sebiji SEPULOH RINGGIT...diberi percuma
Hadiah anakanda .
Takut mama nak makannya....tunggu sampai dia betul betul dah lepas edah memeramnya
Lima hari lima malam katanya....

Apa apa pun makan nasi panas panas dengan sambal macang adalah satu nikmat
Mak mentua lalu kat belakang pun tak sedar sebab lazat sangat....hehe.

 Ditambah pula gulai ikan,bendi rangup daun kari
apalagi sedap wei sampai menjilat jari....
tambah tambah masak sendiri
Sendiri masak,sendiri makan,sendiri puji...gelihati.

kari ikan cap O,santan cap ayam,ikan tak berapa nak kenal.



Friday, April 25, 2014

Yang lama usah dibuang


Minat mendalam kerjatangan bermula dulu dulu lagi.Masa muda muda .Masa tangan masih kuat menghayun kapak dan cangkul.Masa kaki masih gagah membawa badan.Masa jari masih lentik memegang jarum...really if your jari is kaku,jahitan akan tidak straight ..jadi macam ular kena palu ..berliku liku.

Masa muda muda,sofa lusuh makcik tukar kain baru.
Masa sekarang bila tangan dah jadi kaku,teringin nak buat tu ada.....tapi apakan daya seorang aku..

dari facebook

Dan satu yang makcik perasan bukan perasaan, kegemaran bertukang,jadi handyman,buat DIY amat kurang diantara umat Melayu.Ada tak satu program tv yang dibuat untuk promote hobi masa lapang ini.Yang ada rancangan lawak yang entah apa apa,rancangan nyanyi yang nyanyinya kelaut.Rancangan masak yang adakala tak menarik pun utk dilihat.

Nak tahu kita umat yang tahu berjimat ,bercermat ,kreatif tengok bila barang yang lama ,yang lusuh sikit semua jadi bahan api.Sayang tengok kayu kayu yang masih baik,masih cantik pun dibakar sama.Tayar tayar lama terbiar begitu saja. Yang kita tahu,beli dan beli.Nak recycle,refurbish bukan dalam vocabulary kita.Malulah .Takut apa kata orang nanti.Perabut rumah tak berganti ganti.Yang lama pun masih nak simpan lagi.

Dinegara maju ,bertukang,berkreatif dipupuk dari rumah dan sekolah.Kaum lelaki dan wanita juga tidak malu menukar barang lama jadi baru dengan usaha sendiri.Disekolah anak anak didedah dengan aktiviti memasak,mengubah,menjahit...baik lelaki atau perempuan.

dari facebook


Saya kagum dengan Kapten Zaharie bila dia menghasilkan video membaiki tingkap dan menservis air-con.Susah nak cari ada orang kita yang berbuat begini.Ada juga muka orang kita terselit disini walaupun hanya satu dalam berjuta.Semoga adalah lagi orang orang membuat video ttg DIY .Bukan hanya lawak ,menyanyi yang entah apa apa.

Haha...cikli pun ada lah juga kecenderungan nak DIY.Tapi cikson kena telan air liur lah lihat hasil ketukangan dia.Jangan dibangkang atau disaran... walau kita dah buat kajian bagaimana nak jadikan hasil itu lebih berkesan.Nak drill lubang pun mesti ada kemahiran dan pengetahuan tau....bukan hentam korek saja.

mungkin idea utk project akan datang

Hey...panjang lebar tazkirah cikson harini...Berpesan kepada kebaikan pun dapat pahala kan.
Cuba cari di fb berlambak idea idea yang boleh dicontohi.
Ini antara yang makcikson gemari

.perabot lama ..jgn jadi unggun api