Wednesday, April 30, 2014

Mujuq lagi

Tengah hari cikson masuk dapur.Apa menu hari ni ? Makcik tak pula plan awal awal.
Keluarkan tupperware berisi ketulan ayam.Masukkan air kedalamnya untuk melembutkan ketulan ketulan ayam yang dah mengeras bagai glasierAntartika
Grind cili,bawang untuk sambal...
Kembali meleraikan ayam ayam yang masih sambung menyambung.
Amboi kerasnya.
Capai pisau dan guna sebagai tuas antara ketulan ketulan yang melekat lekat.
Praaap!
Bunyi sesuatu yang patah.

pisau yang tersumbing

Gulp..tengok hujung pisau telah sumbing.
Kuis sana kuis sini.Belek sana belek sini.
Tiada serpihan .
Seketul demi ketul dibelek ,direndam,diteliti.
Tiada serpihan.

Ok...gaul garam dan kunyit.Kemudian ciaaaauw...

kepla masih ragu ragu.
Buat hipotesis ....kalau pisau itu patah tentu hujungnya masih ada dimana mana.
Was was menari nari dalam kepala.
Mau humban saja semua ayam yang dekat setengah kilo....sayang.

Terbayang pula andai dimakan,yang nak kena akibatnya tentulah salah seorang dari kami.
Kalau tak cikson tentu cikli.Buat serpihan itu masuk ke usus...seriau pula memikirkan.

Operasi mencari diteruskan.
Selepas ayam ayam itu sejuk,cikson belek dan kelebek seketul demi seketul.Hingga sampai ke final piece serpihan pisau itu tak dijumpai
Kalau tak jumpa juga....alamat ke tong sampah la ayam ayam ini.Fikir cikson sambil menelan liur.
Hoooray!.Akhirnya.Serpihan itu dijumpai celah celah isi .Lega.


terserpih pisau itu


Selamat goreng ayam bersambal cikson hari ini...

bolehlah dimakan tanpa was was

No comments:

Post a Comment