Minat mendalam kerjatangan bermula dulu dulu lagi.Masa muda muda .Masa tangan masih kuat menghayun kapak dan cangkul.Masa kaki masih gagah membawa badan.Masa jari masih lentik memegang jarum...really if your jari is kaku,jahitan akan tidak straight ..jadi macam ular kena palu ..berliku liku.
Masa muda muda,sofa lusuh makcik tukar kain baru.
Masa sekarang bila tangan dah jadi kaku,teringin nak buat tu ada.....tapi apakan daya seorang aku..
 |
| dari facebook |
Dan satu yang makcik perasan bukan perasaan, kegemaran bertukang,jadi handyman,buat DIY amat kurang diantara umat Melayu.Ada tak satu program tv yang dibuat untuk promote hobi masa lapang ini.Yang ada rancangan lawak yang entah apa apa,rancangan nyanyi yang nyanyinya kelaut.Rancangan masak yang adakala tak menarik pun utk dilihat.
Nak tahu kita umat yang tahu berjimat ,bercermat ,kreatif tengok bila barang yang lama ,yang lusuh sikit semua jadi bahan api.Sayang tengok kayu kayu yang masih baik,masih cantik pun dibakar sama.Tayar tayar lama terbiar begitu saja. Yang kita tahu,beli dan beli.Nak recycle,refurbish bukan dalam vocabulary kita.Malulah .Takut apa kata orang nanti.Perabut rumah tak berganti ganti.Yang lama pun masih nak simpan lagi.
Dinegara maju ,bertukang,berkreatif dipupuk dari rumah dan sekolah.Kaum lelaki dan wanita juga tidak malu menukar barang lama jadi baru dengan usaha sendiri.Disekolah anak anak didedah dengan aktiviti memasak,mengubah,menjahit...baik lelaki atau perempuan.
 |
| dari facebook |
Saya kagum dengan Kapten Zaharie bila dia menghasilkan video membaiki tingkap dan menservis air-con.Susah nak cari ada orang kita yang berbuat begini.Ada juga muka orang kita terselit disini walaupun hanya satu dalam berjuta.Semoga adalah lagi orang orang membuat video ttg DIY .Bukan hanya lawak ,menyanyi yang entah apa apa.
Haha...cikli pun ada lah juga kecenderungan nak DIY.Tapi cikson kena telan air liur lah lihat hasil ketukangan dia.Jangan dibangkang atau disaran... walau kita dah buat kajian bagaimana nak jadikan hasil itu lebih berkesan.Nak drill lubang pun mesti ada kemahiran dan pengetahuan tau....bukan hentam korek saja.
 |
| mungkin idea utk project akan datang |
Hey...panjang lebar tazkirah cikson harini...Berpesan kepada kebaikan pun dapat pahala kan.
Cuba cari di fb berlambak idea idea yang boleh dicontohi.
Ini antara yang makcikson gemari
.
perabot lama ..jgn jadi unggun api