Thursday, November 28, 2013

so not clever

Setiap kali berpergian ada saja yang mendatang.Begitu resam hidup cikli dalam mengendali tali hidupnya..RCS.Semasa di KT ,cikli sekali lagi didatangi panggilan talipon minta urus itu ini.Ada saja...kali ini ada lawatan pengarah ke salah satu premis yang cikli uruskan.Maka bermulah episod tepon menipon,sms dan sebagainya.Rimas makcik bila cikli asyik asyik cemas hubung orang diperlis,minta lakukan itu ini.Dan lagi merimaskan bila pekerja yang diamanahkan menjaga pejabat pula MIA.talipon tak berangkat,message pun tak jawab walau jam baru 11.00 pagi.Entahlah macamana cikli dapat selesaikan masaalah itu pun makcik tak perasan kerana sibuk melayan LSB ke Taman Tamaddun Islam dan seterusnya beriver cruise pula....

Ingat OK lah hari ni.Tup tup pagi pagi shafie kawan kita cikpuan tersayang talipon kata tak dapat datang harini sbb sakit perut.Sebab perlu sangat tenaganya utk urusan tender cikli message minta dia jangan cuti .This pekerja cerita cikli kalau cuti semua bab saudara mati...dari tok penakan,mak menakan,adik beradik . kalau tidak orang ni masuk spital,orang tu cirit beret..
Dan message cikli memohon jasa baik dia utk consider perkara ini dibalas dengan KAU dan AKU.!Hebat betul.Seorang  berpangkat anak membahasakan cikli begitu.Kalau anak sendiri buat gitu...hmmm

Menyirap darah juga bila baca message dia...anak siapalah agaknya.

Apa pendapat kau? aku xpayah p terus ka. mggu depan p jmpa katun ats.Mula kja dgn dia.Tapi gaji aku cmana.

Macamana macam tu?Adoi mau cari panadol !
Geli hati pun ada bila katun pun masuk dlm cerita dia...siapa agaknya katun tu ya...Oh begini caranya orang sekarang hantar resignation letter.So not clever!

bila makcik pakcik berombongan,ke KT & KB kami berpergian.

Alhamdullilah syukur .
Selamat pergi dan selamat balik dengan cuaca yang serba baik
Satu bas cikli bawak,dari tokwan ,abang kakak,adik adik serta toknek.
Macam macam yang dilihat ,dirasa dan diangkut balik
Dari Ahad sampai pagi Rabu baru sampai rumah terkedek kedek
Ya Rabbi....penuh satu bas diborong dari kain baju sampai kerepek

mula perjalanang......satu saja bergantungan.Begitukah suasana bila di 'penghujungan.'?


Itulah pertama kali cikson tergerak hati nak ikut sama pergi berombongan dengan cikli.Semasa kerja makcik asyik heret beg kena kursus sana sini sampai bila ada rombongan dah tak ambil peduli.Seronok juga pergi ramai ramai begini.All in all,have nothing to complain.With a 50 ringgit fee what to expect kan...Anyway,am a happy ahli rombongan cikkiah.... eh cikli.

s/u rombongan

berhenti di Gurun bukan padang pasir

bahan bukti cikson pun antara peserta


Dan cuaca pun menyebelahi kami.Payung yang dibawa tak pun sekali diguna.And a number of places sempat kami lawati..dari sempadan Rantau Panjang hingga ke Kuala Trengganu .The driver being anak tempate membawa kami meredah kampung dan desa yang kalau memandu sendiri memang tak akan sampai tentunya.

Sebenarnya rombongan ni adalah anjuran KRT Sena Indah ...tahun dulu dulu dah sana sini sampai Melaka .
susah benar nak sebut nama basnya

bas negeri, rombongan perlis,driver traanganu,tourist guide kelate...nice combi


haaha banyak lagi nak diceritakan.Nanti nanti la kita sambungkan.Mesin basuh dah bunyi suruh sidai kain diampaian.
Till then.Bye.


Saturday, November 23, 2013

biar bulan bercahaya

Looking out ,I  saw the moon shining brightly in the distance.Like a big ball of glittering diamond.Ada kan satu diamond yang bulat besar memancar..diamond apekenamenye .
I went out armed with my cokia nokia,took a few snaps and went back in again with squirrel at my heels.Ni kalau ada kat pantai tentu awesome.
Dah hampir seminggu hujan dan sejuk dibumi Perlis.Dalam rumah tak perlu kipas angin dipasang.Tidur pun.Jimat letrik.Cikli merungut bil utk rumah seconet ni pun jadi 200++.Mana ada airkon ,water heater ke ape.
Harini sibuk nak kemas rumah juga kemas baju...things that I never seem to like.Nak jalan ke mana mana pun begitu tebiat cikson.Sarat dok fikir berapa lai baju nak angkut ,berapa pasang kasut nak bawa.Segala maneka luar dalam...how I wish I could be a light traveller...tapi tak boleh..
Selalu yang terjadi nanti termengah mengahlah cikson nak angkat beg.Rasanya tebiat ni warisan tokton juga.Ha..macam haritu dia datang rumah..2 beg besar,satu bakul,3 beg kecil dia bawa..Begitu juga bila dia balik SP...
Tapi kan..apa nak kata..like mother like daughter.
hari hari cikson cari info ttg banjir kat pantai timur.Belum start lagi kan.Yang tengok dalam tv dia orang tgh dok susun strategi.Ada mcm mcm warning..harap tu biarlah sampai kami balik kesini kembali..
Hai tak sabar nak pi rombongan cik kiah ni.I need a change of environment.Padat dah kepala dgn nitty gritty masaalah masaalah dunia...hehe.
Minta minta tu biarlah the moon shines brightly forever and ever...eh mana boleh .Tak dapat cari makan pula nelayan nelayan.. 
Dan  biarlah cahayanya juga menyinari hidup insan insan yang ku kasihi semasa dia bersinar.


Friday, November 22, 2013

entahberantah 3...risau jangan sasau

Pagi pagi lagi tt terdengar bersuara pada cikli..
Kerap benar dia menyatakan kerisauan dia.hari ni pula tentang duit untuk mengurus kematiannya..
Mak ni rasa lain ni...cikli pi lah keluarkan duit dari bank.Nanti apa apa ada duit buat urusan.

Yes,mum is always talking about her going away.Like since 10 years back.And her worries is that people around her would be burdened to care for her needs.Adoi tt.
And so was this morning and every other morning that she stayed with us.
Mak...jangan risaulah.Ajal maut ditangan tuhan.Duit ringgit serah pada anak anak menguruskan.Takkan dalam 5 orang sorang pun tak ada duit nak uruskan mak..Jangan bimbang.

Hmmm tt is a worry wart.Hingga rasanya tak ada masa rasa gembira ada padanya.
Sekarang pula timbul dilema ...kami akan berpergian 2,3 hari ke Trengganu dan Kelantan.Nak bawa bersama dia alah perjalanan.So tomorrow we will have to send her to my sis house in SP.Mula lah drama dia...depa suka kah kat aku pi rumah mereka.And so on and so forth.

Haha...ingat mum saja worry wart.Tapi anak dia yang ni pun apa kurangnya.Tiga kali empat,empat kali tiga juga.Having her with me for these few months ,I could fathom why her worries have grown enormously  big.What she had been through since her younger days made her the way she is.If its been me,bukan saja risau tapi dah sasau .

The script above was written a few days back.The story continues......

We sent her to SP to one of my sibling's home alright.Rasa berat hati masa lihat wajah sayunya di pagar rumah tika kereta kami meninggalkan laman rumah itu.
Besar harapan agar dia happy kat sana.
Tapi bila balik rumah,lihat katilnya teringat dia.
Lihat bekas biskutnya teringat dia.
Sampai si squirrel pun rasanya missing her...

Mum...after settling our matters,we will be together again..Hopefully.