Thursday, November 28, 2013

so not clever

Setiap kali berpergian ada saja yang mendatang.Begitu resam hidup cikli dalam mengendali tali hidupnya..RCS.Semasa di KT ,cikli sekali lagi didatangi panggilan talipon minta urus itu ini.Ada saja...kali ini ada lawatan pengarah ke salah satu premis yang cikli uruskan.Maka bermulah episod tepon menipon,sms dan sebagainya.Rimas makcik bila cikli asyik asyik cemas hubung orang diperlis,minta lakukan itu ini.Dan lagi merimaskan bila pekerja yang diamanahkan menjaga pejabat pula MIA.talipon tak berangkat,message pun tak jawab walau jam baru 11.00 pagi.Entahlah macamana cikli dapat selesaikan masaalah itu pun makcik tak perasan kerana sibuk melayan LSB ke Taman Tamaddun Islam dan seterusnya beriver cruise pula....

Ingat OK lah hari ni.Tup tup pagi pagi shafie kawan kita cikpuan tersayang talipon kata tak dapat datang harini sbb sakit perut.Sebab perlu sangat tenaganya utk urusan tender cikli message minta dia jangan cuti .This pekerja cerita cikli kalau cuti semua bab saudara mati...dari tok penakan,mak menakan,adik beradik . kalau tidak orang ni masuk spital,orang tu cirit beret..
Dan message cikli memohon jasa baik dia utk consider perkara ini dibalas dengan KAU dan AKU.!Hebat betul.Seorang  berpangkat anak membahasakan cikli begitu.Kalau anak sendiri buat gitu...hmmm

Menyirap darah juga bila baca message dia...anak siapalah agaknya.

Apa pendapat kau? aku xpayah p terus ka. mggu depan p jmpa katun ats.Mula kja dgn dia.Tapi gaji aku cmana.

Macamana macam tu?Adoi mau cari panadol !
Geli hati pun ada bila katun pun masuk dlm cerita dia...siapa agaknya katun tu ya...Oh begini caranya orang sekarang hantar resignation letter.So not clever!

2 comments:

  1. org zman la bukan ada adab kak oi...bukan semua la...Kebanyakan.

    ReplyDelete
  2. not clever and biadap. Takda protokol langsung, lalu diibaratkan sebagai tidak respect!

    ReplyDelete