Monday, September 2, 2013

Semalam di SP

The other day ciklicikson bertandang ke SP ...kali ini sempena majlis bacaan Yasin dan kenduri sebelum kedua tuan rumah berangkat ke tanah suci seminggu lagi...
Tuan rumah adalah adik ke empat dalam keluarga tokton.
Cuaca yang mendung menggusarkan bila hujan mula turun disebelah petang membawa ke malam.
Makanan di cater juga hasil pemberian saudara mara jenuh untuk dimakan.

Ada lemang,ketupat serta rendang
Ada satay yang sempat 2 cucuk dimakan
Ada nasi dagang yang dapat dirasa 2 kali telan...kerana jadi kegemaran yang datang
Ada lauk pauk nasi daging yang enak enak
Ada steamboat beserta kerang
Belum lagi kuih muih berdulang dulang...
tunggu giliran


hmmm  sedap tak sabar nak makan

wangi kerang dibakar ditengah malam
antara hidangan para tetamu sekelian


Seperti biasa ...meja utama cikson lupa nak merakam....so tiada gambar nak di tayang

Tetamu mula datang selepas maghrib....berduyun duyun walau dalam hujan
Tandanya tuan rumah disayangi sahabat handai,rakan taulan
Dan nampaknya tak lama lagi sekali lagilah pula dia berbesan...aku juga yang ketinggalan...

adik kesayangan namanya cikHan berdiri sebelah kawan

lepas makan kita bersembang

hujan pun turun

si rabbit juga ingin makan kenduri


Cikson sibuk tengok mana mana yang kurang dilayani
Lauk lauk yang habis perlu di tambahkan lagi...
Terlupa pula kepala senang pening kalau berhujan..... ha kena ambil panadol untuk melegakan diri.

Lega juga bila tokton dah setuju nak berkampung di nombor tujuh
Ya la....mana lagi kalau bukan rumah cikson dan cikli nun diutara yang dia rasa jauh.
 Lega hati bila dapat berbakti pada ibu sungguh sungguh
Kerana dia tak tega berada disini kerana rasa jauh dari anak anak yang lain...yang sedang sakit dan juga yang dia nampak susah.Tu la ibuku yang masih dok dahulukan anak anak walau dia sendiri uzur.

Pesan buat adik yang disayangi suami isteri
Selamat menjalani ibadat haji
Semoga selamat pergi dan selamat kembali
Yang ditinggalkan disini jangan dirisaui
Pandailah masing masing bawa diri....its another 5 days before the flight.Jaga kesihatan.Jasmani dan madani serta rohani
Apa banyak sangat ni la mama ni....kata anak anak kami bila baca coretan ini....hehe









Sunday, September 1, 2013

Jujurkah mereka.

Terbeliak biji mata cikson tengok harga tertera:

SS Stock pot ....RM 10.00

Stockpot 4 biji berserta tudung RM 10.00
Mati hidup balik pun sussah nak dapat.

Cikson senget benget mengendung set itu menuju scanner.

 Biaq betui....harga discanner RM 79.90....

Makcik patah balik ke bahagian yang dilambak dalam display station.Dua tiga kali mata terbeliak lihat tanda harga.
Betullah ...tak tipu....cikli pun tengok sama...RM 10.00.Niat nak rakam sebagai bukti tapi kamera pula tertinggal dalam kereta.

Anak muda bertag TSSSco makcik keloi....Dik tolong tengok ...awat jadi macam ni.

Laa...makcik tu untuk harga 2 hari lepas.Dah habis promosi.

Isssh tak kan lagu tu....bagi lah makcik harga display ni...semua makcik angkut..

Si anak muda memanggil seorang lagi rakan kerja yang ada alat scanner tergantung dileher.

Dia pun tak boleh buat apa ....harga tetap seperti yang discan....kecewa hampa jiwa raga yang  berkeinginan sangat stockpot itu.

Dia merentap turun tanda  harga.....sambil berlalu....Tamat cerita.

Sebagai mengubat hati yang duka makcik beli 2 frying pan polka dot...hehe sama macam bag polka dot berat tak mau kat rumah...
Satu RM 10.00......berkali kali makcik scan dan berkali kali anak muda tu scan.....Betullah tak tipu..



amboi sedondon

siap gantung jadi dekorasi

Issh kalaulah makcik tak hati hati tadi ....mau tertipu.

The conclusion is besarlah harapan kami agar harga yang display itu adalah harga semasa.Kalau dah habis promosi tu turunkan lah tanda harga itu....tidak lah kami rasa kecewa ....rasa tertifoooo.

Masa nak balik makcik terlihat seorang terteliang bersandar di pintu kereta...Letihnya dia.Banyak open house agaknya...
Dok tunggu wife kat dalam dok beli belah ...assume makcik.

Habis muat setrolley belian dalam kereta ,kami cari jalan keluar.Dari jauh makcik lihat sipenunggu isteri di kereta makin tunduk .... makin merunduk ....hati berbicara....

Kena tembak apa..
Mabuk ketupat agaknya
Heart attack kot.
Tak apa dia di main entrance ramai orang dilaluan itu....herbisik lagi.

Semoga dia tidak apa apa.Cuma keletihan.....menunggu isteri di dalam.
Dan si isteri pun sedang mengidam stockpot stainless steel RM 10.00 gamaknya.

Saturday, August 31, 2013

kalau lah dia senyum.......aman dunia.MERDEKA!

Mereka bukan rongak.
Tak pula bersepai atau Mr.Os the second.
Mereka elok elok saja.Dianugerah tuhan biasa biasa.Tak kurang kat mana. Itu yang cikson nampak.
 

Tapi setiap kali berurusan dengan mereka ,cikson rasa macam berurusan dengan patung patung bernyawa.Eh .... mana tau mereka robot yang telah diprogramkan...tanpa urat urat senyum.

Senyum mahal....terimakasih jauh sekali.oooooo mungkin mamason tak cukup pendengaran agaknya.Dia ucap tu dalam hati...

Itulah kerenah penjual rojak buah kegemaran kami.Bawah pokok mereka berniaga...dekat Taman Sena..

senyum cikson bila cikli beli  ini

rasanya lazat masam manis

Hari ni MERDEKA.....
Mari kita semua sambut merdeka dengan senyum mesra
Tak payah dok masam mencuka
Agar kita aman sentiasa kerana senyum tu percuma
Hadiahkan pada semua orang tak kira apa bangsa
Tak kira hodoh,cantik ,tua atau muda
Miskin atau kaya
Kerana dia...
Tak perlu modal apa apa
Hanya gerakkan dua bibir anda....


MERDEKA!!!.

Friday, August 30, 2013

......dia pun tengok bola

oooh....baru sepak mula..
ke...kanan la ooi

pass kat kawan depan

hoiiii....awat tendang kena tiang!!

tgk dekat dekat baru puas...

la dah habis ka
Kegemaran ninasandaq sekarang.....