Tuan rumah adalah adik ke empat dalam keluarga tokton.
Cuaca yang mendung menggusarkan bila hujan mula turun disebelah petang membawa ke malam.
Makanan di cater juga hasil pemberian saudara mara jenuh untuk dimakan.
Ada lemang,ketupat serta rendang
Ada satay yang sempat 2 cucuk dimakan
Ada nasi dagang yang dapat dirasa 2 kali telan...kerana jadi kegemaran yang datang
Ada lauk pauk nasi daging yang enak enak
Ada steamboat beserta kerang
Belum lagi kuih muih berdulang dulang...
tunggu giliran |
hmmm sedap tak sabar nak makan |
wangi kerang dibakar ditengah malam |
antara hidangan para tetamu sekelian |
Seperti biasa ...meja utama cikson lupa nak merakam....so tiada gambar nak di tayang
Tetamu mula datang selepas maghrib....berduyun duyun walau dalam hujan
Tandanya tuan rumah disayangi sahabat handai,rakan taulan
Dan nampaknya tak lama lagi sekali lagilah pula dia berbesan...aku juga yang ketinggalan...
adik kesayangan namanya cikHan berdiri sebelah kawan |
lepas makan kita bersembang |
hujan pun turun |
si rabbit juga ingin makan kenduri |
Cikson sibuk tengok mana mana yang kurang dilayani
Lauk lauk yang habis perlu di tambahkan lagi...
Terlupa pula kepala senang pening kalau berhujan..... ha kena ambil panadol untuk melegakan diri.
Lega juga bila tokton dah setuju nak berkampung di nombor tujuh
Ya la....mana lagi kalau bukan rumah cikson dan cikli nun diutara yang dia rasa jauh.
Lega hati bila dapat berbakti pada ibu sungguh sungguh
Kerana dia tak tega berada disini kerana rasa jauh dari anak anak yang lain...yang sedang sakit dan juga yang dia nampak susah.Tu la ibuku yang masih dok dahulukan anak anak walau dia sendiri uzur.
Pesan buat adik yang disayangi suami isteri
Selamat menjalani ibadat haji
Semoga selamat pergi dan selamat kembali
Yang ditinggalkan disini jangan dirisaui
Pandailah masing masing bawa diri....its another 5 days before the flight.Jaga kesihatan.Jasmani dan madani serta rohani
Apa banyak sangat ni la mama ni....kata anak anak kami bila baca coretan ini....hehe
No comments:
Post a Comment