Saturday, August 31, 2013

kalau lah dia senyum.......aman dunia.MERDEKA!

Mereka bukan rongak.
Tak pula bersepai atau Mr.Os the second.
Mereka elok elok saja.Dianugerah tuhan biasa biasa.Tak kurang kat mana. Itu yang cikson nampak.
 

Tapi setiap kali berurusan dengan mereka ,cikson rasa macam berurusan dengan patung patung bernyawa.Eh .... mana tau mereka robot yang telah diprogramkan...tanpa urat urat senyum.

Senyum mahal....terimakasih jauh sekali.oooooo mungkin mamason tak cukup pendengaran agaknya.Dia ucap tu dalam hati...

Itulah kerenah penjual rojak buah kegemaran kami.Bawah pokok mereka berniaga...dekat Taman Sena..

senyum cikson bila cikli beli  ini

rasanya lazat masam manis

Hari ni MERDEKA.....
Mari kita semua sambut merdeka dengan senyum mesra
Tak payah dok masam mencuka
Agar kita aman sentiasa kerana senyum tu percuma
Hadiahkan pada semua orang tak kira apa bangsa
Tak kira hodoh,cantik ,tua atau muda
Miskin atau kaya
Kerana dia...
Tak perlu modal apa apa
Hanya gerakkan dua bibir anda....


MERDEKA!!!.

9 comments:

  1. Betulla cikgu..
    Apalaa salahnya penjual tu mesra alam sikit..
    Smlm saya kena dgn penjual currypuff di bangi.... Kita minta nak beli bukan minta free.. Dia buat muka boring....
    Rasa nak pulangkan semula...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Penjual tu tak tau piagam pelanggan la tu...
      Rasanya masa pulangkan tu boleh agaknya cakap:
      Karipap ni tawaq hebiaq tak rasa apa apa...awat jadi macam ni ha..

      Delete
  2. kak,betui.memang kt prnah senyum.especially the ladies yg jual tu.muka masam macm cuka.ingat saya and friends saja perasan,muka elok ke tak elok ka, ada gigi ke tk dak ka apa salah senyum kan? kdg2 saya doa, awat la tk dak org lain buka business sama tmpat lain yg manis senyumnya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betui sangat..awat tak dak oghang lain no buat rojak macam depa...tapi ada plus bonus...senyuman.Bukan kena tambah modai pun..

      Delete
  3. Memang ada penjuai lagu tu.. tak senyum satu hai, kadang2 bengkiang pulak tu.. kalau tanya bukan main cengee jawab..

    kat tempat makchaq ada peniaga mee rebuih.. muka memang tak senyum.... kita huluq duit nak bayaq dia jerkah.. 'makan dulu baru bayaq..' kita yg beli kita pulak kena marah... nasib makanan sedap..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tumpang lalu kak, nk rsponse to makchaq..ish ish urut dada cheq baca..awatla ada peniaga mcm tu na.kalau saya kna jrkah mcm tu makchaq tobat tk beli dah..sedap lagu mana pun tk mau
      kalau la ada org tolong habaq kat dia lagi baguih.biaq dia sedaq sikit kan.lpas tu mudah2an dia sedaq diri..and ubah perangai dia..

      Delete
    2. Makchaq,
      kalau tak sedap...rugi tak berbaloi pi beli kat dia.Mujoq sedap..

      IM.
      dulu ada penjual ikan berkereta macam tu la ...selalu cakap kasaq...last last sapa pun tak beli..

      Delete
  4. Taman Sena tu tang mana? Kat Pokok Sena ka? Ishhh...meniaga apa aihh lagu tu? Awat, payah ka nak senyum sikit? Calet kuah rojak kat lubang hidong baru dia tao!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Uncle,
      Taman Sena dekat bulatan Putra Palace Hotel di Kangaq...
      haha...depa ramai...takut saya..

      Delete