Thursday, July 11, 2013

Juadah hari ini....

Tiket dah beli...besok dah nak pergi.
So hari ni kita kasi cuci
segaaaala bahan yang ada dalam peti
peti ais ,tuan dan puan saudara saudari
peti duit tak adalah pula dalam rumah ini
sbb setiap bulan mana ada duit baki....hihihi.

Ok ...lets see
Ada ayam 2 ketul yang berisi
Ada taukua 4 keping yang dah lama beli
Ada sayur sawi
Ada kobis cikli baru beli
Ada ikan seekor entah apa nama makcik tak berapa nak ketahwi.

So set...
Bihun sup ayam untuk makan suami isteri
Gulai ikan bersama bendi
Ikan goreng ,air asam untuk laju makan nanti.
Oh ya...puding gula hangit semalam pun masih berbaki yang Cikli kata boleh buat lagi lain kali...ya bedu bedi..

Itulah anak anak juadah buka puasa kami tadi
Hari ini dalam sejarah buat kami
Kerana cikli tak beli apa apa langsung dari PARAM hari ini.
Sep duit kita ya cikli!

Hip hip hooray
Kita menang dari ajakan ,godaan nafsu kali ini.
Boleh pula ulang berkali kali......


kami pun berbuka juga

tapi ninasandaq tak kuasa nak makan macam itu

sebab terbayang lauk pauk kuih muih buffet Ramadhan menyeru nyeru


Wednesday, July 10, 2013

Puding gula hangit ke ni...

Salam Ramadhan semua....
Dah satu hari kita berpuasa.
Perlis 7.39.Banyak masa lagi sebelum berbuka...everything dah terhidang atas meja
Ada tunjuk tunjuk dan ada dari dapur no.7.punya

puding gula hanyut



Hari ni mamason just masak sayur dan buat puding gula hangit.
Punya malas nak tengok resepi...hentam sajalah apa nak jadi.
Jadi dengan 5 biji telor ayam,se tin susu cair dan gula terjadilah puding idaman semelaya...Rasanya belakang kira.
Actually mamason ni bab masak kuih muih kena masuk balik kelas tadika...asyik dok mee bihun setiap masa.Itulah penyebabnya..

Pagi tadi maxis punya la lembab macam kura kura sbb tu lah kita tak bersiar raya.Berjam nak buka .


Tuesday, July 9, 2013

Masak apa kita untuk bersahur nanti anak anak.

Ahlan wasahlan...anak anak mama di perantauan.
Malam ni dua benda yang pasti....sembahyang tarawikh dan bersahur dinihari
Dah buat persiapan..? Atau masih tergaru kepala fikir apa nak hidang nanti.

Tgh hari makcik skip masak...just buat persiapan padan patut untuk bersahur nanti..Lauk tgh hari cikli dah tapau.

 Eh..macamlah berat dan besar persiapan persiapan itu...
Just ordinary work....kemas petiais,buang apa apa yang dah overdue.
Sambil sambil tu buat cili kisar ,potong bawang utk menumis,grind bawang putih dan bawang besar sebagai bahan masakan...all those materials yang perlu ada masa memasak...basically.


Lagi satu makcik buat cili padi jeruk...

Cili padi buang tangkai.Basuh dan celur....ketepikan.
Dalam pan : cuka,garam,gula,air dimasak hingga mendidih..Rasa tu ikut ISO. Sejukkan.
Botolkan bila semua bahan tadi sejuk.Simpan dalam petiais.
cili jeruk kakchon



Makan dgn mee goreng,bihun goreng ....atau nasi goreng sampai juleng.
Menjadikah dia atau berkulatkah dia nanti nanti kita review...

Oh ya...cili kisar tadi makcik bungkus dalam plastik..Sejukbekukan dan bila nak masak sambal tumis utk sahur nanti.just   CHIAAAAUwwww.  Siap!


cili kisar makngah

sambal tumis dgn ikan bilis goreng saja pun



Why I bungkus...you ask.Senang direndam bila nak guna.Tak perlu tunggu lama lama.



Bila tengok cili cili ni teringin pula nak berniaga....  Ada ke siapa siapa nak jadi agennya?

ragam orang tua...

Suara dari seberang talian agak cemas.
Kak...kalau free baliklah...mai tengok mak ni.Lain benar nampak.

The next day kami ke sana...or is it the same day.

Assalamualaikum
Terbuka saja pintu,aku terus ke biliknya.Dia nampak terkejut.Selalunya hari minggu kami ke sana.hari ni hari kerja.

Mak dah baik dah...dia bersuara.Badannya yang kurus ku raup dalam dakapan.Terasa benar kurusnya
Mak dah makan?
Tak lalu...perut sakit sakit...tapi dia tak menyentuh apa yang telah berlaku.Malu agaknya.Dia agak kekok bila aku terpandang bungkusan dibawah kain batik.

Tak apa la mak...mak jangan risau.Semua orang jadi macam tu...Ni masa mak...masa kami akan datang juga.

Malam tu,adik ajak makan dulu sebelum balik.Nampak berselera dia makan.....habis sepinggan.

Kak tau,dia makan coet saja hari lain....seronok kot nampak kak dan bang Li .

Minggu ni ada teringat nak pergi buka puasa dengan mereka. Kalau boleh nak masak apa yang dia idam nak makan....tapi ..

Aku rindu bangat dengan anak anak berempat nun dihutan batu bata kota raya.Jumaat ini aku dan cikli buat plan naik bas ke sana.

naik bas di stesen Kangar

biar driver bawa basnya

kita tidur lagi tak sampai destinasi....see senangkan.

Mak tak penat ke datang sini puasa puasa ni...

Kami tidurlah dalam bas...

Ragam orang tua....rindu pada anak anak yang jauh dimata...Lebih lebih lagi yang sedang melalui pancaroba ujian dunia.

Cikli...jangan lupa beli tiket kita berdua ya....pesan aku pada dia..Pagi pagi buta...oh ya.