Kak...kalau free baliklah...mai tengok mak ni.Lain benar nampak.
The next day kami ke sana...or is it the same day.
Assalamualaikum
Terbuka saja pintu,aku terus ke biliknya.Dia nampak terkejut.Selalunya hari minggu kami ke sana.hari ni hari kerja.
Mak dah baik dah...dia bersuara.Badannya yang kurus ku raup dalam dakapan.Terasa benar kurusnya
Mak dah makan?
Tak lalu...perut sakit sakit...tapi dia tak menyentuh apa yang telah berlaku.Malu agaknya.Dia agak kekok bila aku terpandang bungkusan dibawah kain batik.
Tak apa la mak...mak jangan risau.Semua orang jadi macam tu...Ni masa mak...masa kami akan datang juga.
Malam tu,adik ajak makan dulu sebelum balik.Nampak berselera dia makan.....habis sepinggan.
Kak tau,dia makan coet saja hari lain....seronok kot nampak kak dan bang Li .
Minggu ni ada teringat nak pergi buka puasa dengan mereka. Kalau boleh nak masak apa yang dia idam nak makan....tapi ..
Aku rindu bangat dengan anak anak berempat nun dihutan batu bata kota raya.Jumaat ini aku dan cikli buat plan naik bas ke sana.
naik bas di stesen Kangar |
biar driver bawa basnya |
kita tidur lagi tak sampai destinasi....see senangkan. |
Mak tak penat ke datang sini puasa puasa ni...
Kami tidurlah dalam bas...
Ragam orang tua....rindu pada anak anak yang jauh dimata...Lebih lebih lagi yang sedang melalui pancaroba ujian dunia.
Cikli...jangan lupa beli tiket kita berdua ya....pesan aku pada dia..Pagi pagi buta...oh ya.
Saya pernah ada pengalaman jaga emak sakit. Bila saya nak basuhkan emak, emak tanya saya, kau boleh buat ke? Emak kotor ni. Saya cuma kata, boleh aje mak.
ReplyDeleteSaya bayangkan emak tu budak kecil. Memang lumrah manusia kan, bila dah tua mereka akan berperangai seperti budak-budak. Sebab tu budak-budak dengan orang tua boleh ngam berkawan.
tata
DeleteSalam kenal.
lepas raya giliran makcik untuk jaga dia.Semoga dia selesa bersama kami.
bila kita bayangkan mak anak kecil yang baru lahir,tentu tak sanggup kita berkasar dgnnya.
Rahmat diatas orang yang berbakti pada ibubapa tak terkira banyaknya.Dan makcik harap mendapat rahmat itu..
TQ for coming .Selamat berpuasa.