Bulan August dah 6 haribulan.Bulan depan Sept.Lepas tu Oktober.
Dan bulan 11 pun tiba.....adoi cepatnya.
Sejak tarikh ditetapkan, sibuk juga kami anak beranak .Mula mula tu semuanya nak dibuat kat rumah.Mungkin melihat kepada keadaan padat dalam rumah semasa open house tempoh hari,tuan empunya diri tukar plan.Bertegas dia nak buat di dewan.As a mother who wishes to fulfill her daughter's wishes,cikson terpaksa pujuk cikli supaya agree.Mujur lagi .
So bekejarlah pula cari dewan.....dan permohonan pun dibuat utk dewan sekolah/kolej berdekatan no.7.Semoga tiadalah lagi ubah ubah venue lepas ni...
Caterer dan makan minum telah ditempah....ramai yang beri review yang baik.Harap harap tu begitulah.Masa berbincang nampak kemesraan tuan punya syarikat berbanding sebuah lagi syarikat yang cikson kunjungi...
Baju hari kenduri bertemakan lilac....pilihan warna nya.Dah dibeli masa di Jakel shah Alam dulu dulu lagi...Tinggal nak tempah saja.eee...seriau berapa la pula charge tailoring ni...
Dalam membuat persediaan .cikson tak berhenti memohon doa agar semua berjalan seperti yang dirancang.Semoga urusan ini dipermudahkan dan selamat dilaksnanakan.
Adakala terimbau kenangan lima enam tahun sudah bila kami berendam air mata bila 28 hari lagi hari majlis badai melanda....its a very difficult situation.Dan hingga kini masih terkesan.
Dan hati ini tersentuh lagi bila kejadian itu berulang pula dalam keluarga saudara terdekat.
Dan bila dihitung dan dikira ongkos yang bakal dibelanjakan.....pening juga kepala yang tak pening...so awal awal lagi dah berpesan pada empunya diri....berhemahlah dalam berbelanja..Biar majlis simpe asal sweet.Tak perlu berover dalam semua perkara.
3 bulan yang berbaki ni...tentu banyak kerja nak diberesi..
Ya Allah...restui kami dalam urusan ini.Permudahkan kerja kami.Lindungi kami.Amin.
Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin Cikson
ReplyDeleteMoga perancangan dan majlis lancar nanti.
Aamiin
Selamat Hari Raya.Saya pun sama juga ingin memohon maaf zahir batin.
DeleteTq.Itulah harapan saya.
Aminn ....
ReplyDeleteInsya Allah kami pun bakal menerima menantu bulan Oktober ni.
Moga segalanya dipermudahkan dan berjalan lancar.
Muhaini,
DeleteSelamat menerima menantu Oktober ini.Sama sama kita doakan kejayaan majlis kita.Amin.