Tuesday, February 18, 2025

Jalan liku liku


Jalan Liku Liku

Termenung sejenak aku.

Ehhh apa nak ku tulis. Tarikh dah semakin hampir. 

Begitulah gara gara aku termakan ajakan anak menjadi ahli dalam kumpulan itu.

Mama...this  is your chance. You can write about your experiences those teaching days.

Mula mula aku teruja. Ehh. Betul juga. Sudah lama aku tidak menulis . Sudah lama aku berhenti menatap laptop ketinggalan zaman ku.

Tetapi... tidak semudah itu ilham menjenguk. aku buntu.

Lebih2 lagi aku sudah tidak berkarya di blog Thru Ups N Down sudah sekian lama.

Garu kepla.

Then.....

Haa why not I write about hose days I was in the teaching fraternity. Sudah... ilham ku kalau datang selalu dtg dgn berbahasa Inggeris. Mengada! Jenuh nak alihbahasakan. 

Permulaan mengajarku... ha lucu adanya.

Selepas tamat SC/MCE aku pohon guru sementara disebuah sekolah pedalaman. Mau 35 km sehala.Naik bas ulang alik setiap hari sejauh 70km. Anak gadis berumur 18 tahun. Zaman 70an. Naif sekali.

Semasa diinterview Pengetua,aku ditanya subjek yg aku pelajari. Antara yg ku sebut adalah Home Science semasa Form one dan two.

Maka aku ditawarkan utk mengajar di sekolah itu. 

Awat tak terkial kial. Kerana silibus termasuk mengajar memasak. Sedangkan aku tak pernah belajar hal ehwal masakan. Aku hanya belajar tentang ilmu jahitan. Masih terbayang guru ku yg bersari ke sekolah. Sekarang orang kata seksi. Sbb tayang bodi. Hihi.

Satu hari aku beranikan diri. Menjejak kaki ke bilik masakan. Aku perhatikan peralatan . 

Tombol tombol dapur memasak gas menakutkan aku.

Yg mana nak ku buka. Mau kalau  meletup. 

Sebenarnya aku gadis kamoung yg menggunakan dapur kayu utk memasak. Mana aku tahu tentang dapur gas. Menyalakan api dengan kayu getah yg dikutip dikebun orang taulah aku. Menjunjung berkas ranting ranting pokok getah dibahu pernahlah aku. Menggiling rempah dibatu giling aku baisalah walau umurku baru belasan tahun. 

Mujur hanya sebulan aku mengajar sementara. Aku sibukkan mengajar asas jahitan kerana itu yang aku tahu.

"Cikgu,bila cikgu nak mula ajar masakan. Ajar simple2 dulu. Buat air teh pun ok." Ketua Panitia menegurku.

Kecut perut aku. Macmana nak ajar, sedangkan aku zero penglaman dan pengetahuan .Malu aku .Kata belajar Home Science. 

Berhari juga aku berfikir. Berterus terang dan letak jawatan?

Sampul surat berlogo KPM sampai ke rumah. Yes.. aku dapat DTC. Tawaran mengajar Bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua. Mujur aku dapat  masuk kolej utk menjadi guru Bahasa Inggeris. Selamat satu hal. Tanpa berlengah aku letak jawatan. 

Ketika itu aku baru 17/18 tahun. 

19 tahun-20 tahun aku Ke Maktab  yang tak serupa maktab. Layaklah di ber nama DTC. Sebuah kolej yang bertempat disebuah bangunan bekas sekolah.

Menjejak usia 20 aku ke sebuah tanah rancangan sebagai guru bersijil. Pengalaman berkeretapi senandung malam  dan disambung bas Mara berhmpit2 utk masuk ke tanah rancangan. Aku tenang disana . Jauh dari keributan dan hiruk pikuk keluarga. Yes,aku tidak memohon negeri ku sendiri sebab ingin merantau. 

Namun satu peristiwa buat aku terima saja ajakan tukar suka sama suka ke negeri utara. Sebuah sekolah elit. Disini aku belajar tentang kehidupan. Tentang darjat. Tentang perlunya pandai membawa diri.

Belum sempat aku mengenali sekolah, nah... aku ditukar ke sekolah yg jauh . Tanpa sebab. Ehhh ada sebabnya. Tempatku diganti dengan seorang guru yg suaminya seorang VIP. Maka apa hairannya aku diketepi.

Mula2 aku sedih,marah sbb sekolah lama nampak bumbung rumah. Sekolah kedua pula terpaksa masuk kampung. Namun rahsia Allah siapa yang tahu.  . Disini aku berpeluang mengikui kursus keluar negara. Mana aku bermimpi dapat naik kapal terbang free, belajar free . Mana aku bermimpi dapat jejak kaki negara beriklim 4 musim . 

Tapi dari situlah permulaan aku jadi guru yg luar dari guru biasa. Aku dikehendaki memberi latihan kpd guru2 negri tentang apa yg ku belajar di sana.

Matilah nak.... Makcik introvert. Pemalau. Tak pandai bercakap. Depan kelas sendiri bolehlah.

"Alah... cubalah. Belum cuba tak tahu." Pujuk suami.

Hari yg ditakuti datang. Gementar aku menghadapi kelas guru2 bahasa Inggeris seluruh negeri. Berhari hari aku praktis dan bersedia. 

Pengajaran berakhir. Borang penilaian diedar. Diakhir nya aku menangis kerana terdapat komen yang merentan jiwa.

What did she teach us? Its not important. Its irrelevant.....one comment wrote.

Dan lebih menyengat bila da yg tulis..Is this what she learnt oversea? 

"Elehhh... mcm tu pun nak sedih. You habis tak lesson yg diajar?" tanya suami.

"Habis". Jawabku

"You pengsan tak?" sambungnya lagi

"Tidak".

"Then you are successful!" Kata  suami memberi semangat

Bermula hari tu aku pikul saja apa yg diberi.Setiap tugasan aku terima walau berat hati. Segenap ceruk negeri aku jelajahi utk menolong guru2 KSSR. Bonet keretaku penuh alatan mengajar. Sekolah Kebangsaan, SJKC,SJKT semua aku masuki. Bukan sebagai nazir,ppd atau pelawat. Tetapi berkongsi ilmu yg kami pelajari.

Sampailah aku dinaikkan pangkat PK KOKO. Matilah aku sekali lagi. Aku tak pernah aktif dalam koko. Aku guru kelas periksa.! Tiap tahun periksa. Tapi jawatan aku terima sbb dah lemas dengan tugasan melawat sekolah memberi bimbingan namun adakala banyak halangan. 

Dia datang dahhhhh. Kami tak perlu lah . Kami boleh buat sendiri. Antara kata kata yg menyengat hati.

Tak lama aku jadi PK Ko,aku naik PK Kurikulum. Yang ini okla sbb aku key personnel negeri.

Tiba2 aku ditawar jadi GB sekolah kurang upya. Terpaksa aku tolak kerana perlu melakukan keluar negeri selalu. Lagipun mana aku tahu sign language.

Cikgu kena terima juga jawatan ini. Kali ini aku dtawar jadi guru yg letaknya didalam kampung. Kali ini betul betul jalan masuk kesekolah liku liku . Sebelah sungai dan parit dalam. Andai terleka boleh tenggelam.

Aku damai didini walau kadangkala aku ngeri. Kerana keberadaan sesuatu yg gemar ber hi hi hi.

Satu petang, aku sibuk menyiapkan tugasan. Riuh rendah aku denagr suara murid dan guru bermain bola diluar.

Ehh rajinnya mereka berlatih tgh hari panas terik ni. Berkejar kejaran mereka mengejar bola dgn suara guru perempuan nyring memberi arahan.

Seketika kemudian aku keluar melihat siapa yg riuh rendah. Ehhhhh... sekolah kosong tanpa orang lain selain makcik kantin yg sibuk membersihkan kantinnya.

Cik Milah, siapa yg praktis bola kat koridor tadi?

Cikgu,mana ada. Semua dah balik. Tinggal kita berdua saja. 

Aku menalifon guru yg ku dengar suaranya.

Cikgu saya dah balik awal.

Secepat kilat aku dan makcik kantin berkemas dan tinggalkan kawasan sekolah.

Dia dah mai.... kata makcik kantin . Jom balik cikgu.

Banyak kali juga aku berhadapan dengan detik cemas bila kakitangan sekolah ada yg histeria. Meremang buluroma.

Yang sangat berkesan bila aku rasa tengkok ku berat masa memandu balik. Macam ada sesuatu yg mengikut balik.

Peristiwa histeria mesti ada setiap kali ada perkhemahan . Lebih2 lagi kalau yg datang riuh rendah waktu malam.. Cerita dari jaga sekolah juga tak kurang menyeramkan.

Maka dengan senang hati aku terima pelawaan bertukar sekolah. Sekolah terakhir ku sebagai pendidik.

Di sini cabaran juga bukan sedikit. Namun Alhamdulillah aku bersara dengan selamatnya. Banyak pencapaian yg kami capai. Antaranya dianugerah Sekolah Kluster Kecemerlangan.

Inagat dah tamat cerita aku sebagai pendiddik. Rupanaya masih ada sambungan.

Aku dipelawa utk menyambung semula . Kali ini sebagai guru MBMMBI. Lucu mengenangkannya.

Dari seorang pengurus sekolah, aku jadi guru BI kembali. Selama 3 minggu aku salah sekolah kerana nama sekolah yg seakan sama. Bukan salah ku sepenuhnya kerana aku dapat penjelasan yg sekolah aku di jalan besar Arau.

Rupanya sekolah ku adalah sekolah kampung yg jalannya liku liku nak pergi. Silap pandu boleh masuk sawah padi. Pemandangannya indah terutama waktu pagi. lihat sawah menghijau,bukit2 berbalam, burung burung berterbangan. 

Aku seronok mengajar kembali namun aku kemalangan dan patah tangan. Maka  tamatlah karier aku sebagai guru hampir 40 tahun.

Aku bermula dengan paksa rela menjadi guru,namun berakhir jatuh cinta dengan profession ku. Jalan liku liku yg ku lalui memberi banyak pengalaman. Aku terima cabaran kerana aku tak mahu berada disatu tahap sepanjang masa. 

Namun yg terpahat dihati adalah bila kita dapat menyaksikan anak2 yg mulanya sederhana dlm pelajaran mencapai kejayaan . 

Aku lihat seorang anak murid thn 3 lancar membaca dalam BI. Tanya ku.. siapa yang ajar? Tusiyen kat mana. 

Jawabnya tulus...Cikgulah ajar saya!

Sawah seberang jalan yg menghijau membuat aku terkenang padanya. Antara ribuan murid .

Juga murid yg katanya ...Hutang kena bayar.



Wednesday, September 4, 2024

Saturday, August 3, 2024

Tanya la dia....

 Waiting for the food to arrive at our table sometimes is membosankan. Sometimes it takes ages. With children among us, the situation might be tense.

Kita main game la..kata si abang bila lihat adik yg tgh monyok.

Round robbin. A game of naming the countries by their first letter was played.

A...America was answered by me. B ...Bolivia by auntiena and the game continued.

Then came my turn again. It was S. Without hesitation I blurted out Scandinavia.

Scandinavia? A puzzled look came across abang Pohim' s face.

Is there such a country?. The nine year old kid questioned my answer.

Tanya adik. Tanya adik. Ada tak country nama Scadinavia.

Nope! Was his eager reply. My 6 year old cucu was all sure of himself.

There's no Scandinavia.

To google we went to find the answer. Betullah. Scandinavia bukan country. Dia mcm Brics . Mcm Middle East. Mcm United Nation.

Haha..Budak 6 thn yakni adik lebih hebat dari bekas GB, X U students wei. Bagi dia flags and countries of the world semua dlm kepala dia.

Kat barber satu hari dia nampak world map pulak. Selamba dia sebut nama countries yg ditunjuk atas peta.

Walau membaca masih teragak agak. Baru 2 ni baru nampak progress dia dlm membaca. Thanks to tok wan's KL effort....

Dia ada extended tuition lepas balik tadika. Bimbang tok dernya cucu tak lancar membaca naik thn satu next year.




Rindu nya.






Aktiviti2 kat atas tu masa mereka balik cuti sekolah dulu. Apa la agak nya dia nak bawa balik cuti bulan 9 nanti.

Dia dah bayangkan something that can fly. 

Cant wait for the next hols.


Friday, August 2, 2024

My little joy.....

 Watching the panorama in front of my house is my never ending joy.

I enjoy seeing the beautiful green hue of the sawah across the road. The colour would change according to the season. Padi growing season I mean.

I enjoy too the sight of the white birds languorously descending on the field. And flapping their big wings in the air when they ascend into the sky.

So enjoyable was it to hear the birds chirping early in the morning. 

It was a treasured gift. 





How could I be not grateful for this special gift.


Thats all folk.

Peace no war.

Wednesday, July 31, 2024

Nyanyi lah dik ....

 


Adik ,anak kedua. Macam neneknya.

6 tahun,masih di tadika.

Masih tercari cari identitinya.

Tapi rasanya dpt sudah dilihat personanya.

Gemar melukis aka menconteng.

Gemar menyanyi ,juga menari.

Tapi susah juga nak ajar abc. Bukan tak pandai tapi banyak ragam itu ini.


Punya self reliance. Cepat bertindak.

Sayang harta benda. 

Seminggu di rbl,tiba masa balik KL. Bila ibunya beritau besok nak gerak KL ,mlm tu juga dia mengemas. Segala barang kepunyaan dia di isi dlm beg. Tidak tinggal satu pun. Jaranglah dia tertinggal barang kesayangan dia di sini.

He's one very independent guy. Mcm ibunya masa kecik.

Tau tau dah besar.

Ni lagi satu nyanyian dia...


Rindu betul dgn keletahnya. Berubah2 ikut pertambahan umur. 







Tuesday, July 16, 2024

Gedangsa


 Kenapa di sana?

Tersentak sejenak bila dlm medsos terpampang berita terkini ttg kehilangan wanita cantik,terpelajar . Farah Kartini menggemparkan negara dgn kehilangannnya.

Berhari mengikuti perkembangan insiden ini dgn penuh harapan agar dia selamat dijumpai. 

Dan akhirnya misteri kehilangannya terungkai bila dia dijumpai. Namun dlm keadaan yg paling menyedihkan.Di ladang sawit Felda Gedangsa.

Felda Gedangsa tempat yg aku ingin sekali melawati. Disitu mulanya karier cikson.

Suka duka tempat pertama kita bertugas sukar dilupakan.

Semoga keadilan tertegak utk pemergian mu, Nur Farah Karitini.

Alfatihah.

Monday, July 15, 2024

Carry on boyz...

 Its been a few months since we last met them. Ehh few weeks ka ? Heyyy...dah lost count pulak.

Di kampung halemen.

The distance between tok n cucu hinder personal contact. But apa ada hal Zaman la ni kan ada medsos. 

In between the months,we would receive videos about their activities. How excited we were.

One day , we would receive snaps about their activities. And on another days their tantrums. Haha. Biasalah kan. Budak2 tgh membesar. 

Aktiviti mereka di KL....

                  Nak jadi swimmer . 

                      Nak jadi juggler

Nak jadi doodler.

               Nak jadi model ala alha alfa .

Haha...mcm2 akal depa. 
Semoga mereka membesar jadi insan berguna.

Apa apa pun belajar kena rajin la. Rajin membaca meluaskan minda. 


Thats all folks. Bye.

Sunday, July 14, 2024

Breaking news...amarika apa tak kena?

 Now on tv news channels


Jeliknya kejadian begini.

Hope it stays there .

Jauhi lah negara kita yg tercinta ini .

Dari kejadian2 yg tidak kita ingini.


Just before cikli alerted me to the news,I was appalled at a tt posting about one over the board posting. 

Mengugut mencederakan seseorang bukan perkara enteng.

Harap pihak berkuasa ambil tindakan tegas 

Ketaksuban membawa kemusnahan. Thats it.

Saturday, July 13, 2024

Cinta hati...3

 Semenjak dua menjak ini cikson gemar berbunga. Mind you its not that usual tanam pokok bunga. Malaslah nak tanam yg hidup sbb dari azali tangan panas. Tanam saja mati.

So untuk melayan cinta yg berbunga kpd bunga2, bunga tiruan jadi pilihan. Especially bunga gubahan. 

For records,dulu cikson beli yg loose. Gubah sendiri. Walau tak segah yg professional. Jadilah utk mengubat mata n jiwa sendiri.

Then whammy! 

I chanced upon a tt shop which offered already made floral arrangements. 

Antsflorist! 

Yes at Ansflorist on tt . They offer beautiful English style  flowers arrangement. I give 5 stars for service n product.

Dah 3 kali beli. Tentulah yg tgh offer and harga yg sesuai budget.  

Dah gila bunga pulak dah... Cikli joked. Haha. 







Thursday, July 11, 2024

Cinta hati ...2

 Sejak berpindah ke kejiranan ini, saya jadi pencinta alam. Walau tidaklah luas pandangan. Sekadar sawah,hutan kecil dan awan.

Sawah kecil seberang jalan dapat dilihat dari depan pintu hadapan. Dan belukar kecil dibelakang rumah juga menarik perhatian.

Selalu saja suasana depan rumah berubah2. Ada masa dia menghijau,menguning dan kering kontang.

Juga kehadiran burung2 menambah kemeriahan. Lebih lebih lagi masa membajak. Berkerumun burung2 putih mencari makanan. Meriah.

Namun semalam petang terserempak saya akan kehadiran burung2 yg tak pernah kelihatan.

Ehh patung kah itu ?

Cepat2 camera phone diarah ke sawah seberang jalan.

Inilah hasil tangkapan.....



Ni videonya.



Harap2 petang ini dapatlah ku lihat sekali lagi pemandangan serupa ini.

Bye...



Wednesday, July 10, 2024

Cinta hati

 Cinta saya

Bukan pada harta

Mahu pun manusia


Cinta saya

Pada warna

Namun bukan pada simbol kosong ciptaan manusia


Cinta saya

Pada Hijau , anugerah Tuhan yg isa


Lihat sawah nun didepan mata hijau sempurna


Lihat hijau pada bukit2 nyaman rasa.


Juga lihat hijau pada tatarias rumah yang hijau di mana2.










 Haha tatarias rumah yang hijau dimana mana... 😆

Terthrowback zaman kerja dulu dulu.

Zaman dimana hijau adalah warna taboo.

Maka dipanggillah mengadap sang administrator . Dan diberi perintah bahawa warna hijau dicat pada kelas kena ditukar.

Namun yg hairan nya masa berlalu si pengeluar perintah pula bertukar hijau. 




Monday, July 8, 2024

Keletah dia...



 Haha, dah pandai melaram ya dik.

But honestly speaking,adik ni bab personal grooming mmg tip top.

Pandai saja dia memilih baju utk dikenakan. Rambut tersisir rapi. Haaa..sikat rambut no sharing sharing tau.


Haha...Ada saja akal budak ni.

Ni lepas tonton The Hardest Singing Show.

Liuk lentuk dia menggayakan lenggok jalan patah pinggang bila DS Alha Alfa muncul di kaca tv.

Aksi model atas runway.

Ada ada saja dia.

Tapi bila tantrum sekali sekala pun jenuh nak pujuk. Habis dilibasnya.

Bila dia mengunjungi kami,dia tinggalkan kenangan buat tok n wan.

Jomlah kita pi lawat dia,kata Wan.

Rindulah tu.

Tapi kekangan rawatan dialisis selang sehari membatasi pergerakan kami. Tambah pula tiket ets sentiasa cepat habis come public holidays. 


Saturday, July 6, 2024

Maharaj

 Sekali sekala,tertonton juga tv di ruang tamu. Selalunya belum tamat cerita,cikson dah pejam mata. Nak beradu .

Namun haritu,boleh pula menonton sampai tamat. Kerana ceritanya menarik amat.

Maharaj. Itu filmnya. Jgn ditanya siapa pelakonnya. Mmg tak ingat dan tak ambil peduli ttg aktor aktress masa kini.

Dulu,hafal nama,skrg tak kenal dah yg muda2. 

Maharaj ni dari kisah benar. Berlaku di India zaman  British Empire.

Kisahhnya tentang ilmu sesat. Seakan Ayah Pin yg viral dulu .


Well..

Nak tahu seterusnya pi cari kat Netflix ya.


Pengajaran yg tersirat...
Terlalu taksub kpd sesuatu fahaman boleh membawa mudarat.
Yg dipuja rupanya kepa**t
Yg bawa mudarat kpd masyarakat.

Cikson bagi 5*
Tak rugi bersengkang mata.
Walau tak famous pelakonnya .
Tapi ceritanya , A saudara saudara


Friday, July 5, 2024

Home is where the heart is ....

 Since leaving my job, home is where my heart is. Gone were the days of travelling outstation .

Gone too were the days of balik kampung halamen since tt's demise. 

Gone were the days of going places since cikli been ill. No more out of state driving skill.

Gone too were the days of hopping on the train anytime we fancy since both of us were taken ill. 

And home is where ciklison found solitude and solace.

And cikson rekindled her love for home improvement. Making her rbl a livable place.

Keen on decorating,these are some of her effort. Nothing expensive. Bargains and discounts are her fav.hunt.

Tak segah rumah puan , kerana ikut kemampuan.






Semoga tenang.

 

Monday, July 1, 2024

Teropong.


 This kid is trying to bring food review to the next level.

Setakat snap snap dah lapuklah tok. Takat guna kamera biasa saja.

Kita guna Binoculars ! 

Yes food review needs binoculars.

Teropong or binoculars. To have a closer look at the food. 

Lepas teropong, lepas bergambar baru boleh makan. 

Huh...jenuh lapaq. Sehingga habis ritual baru menjamah makanan. 



Tapi yg dibawah ni perlu diteropong dahulu. Entah2 dah expired bertahun lalu!



Sos tomato 🍅 ni dah expired . Jenuh cari tarikh expiry. Rupanya tak ada disini. 

Sapa tau kat mana nak cari tarikh due nya . Angkat tangan.


Sunday, March 3, 2024

Entahlah.....


 Dah lama benar tak lalu jalan ini. Adalah bertahun.

Oh me oh my. Wasnt I taken by surprise! Yes,indeed.

Jalan Kilang Gula as we call it was a countryside that eyes could be hold.

We used to awe at the beautiful scenery along the road.

The green lush undulating hills reminded us of NZ.

But all those were gone.

The green luscious hills are now 'gondolised'  to make way for the Perlis Inland Port . 

The sugar cane plants were gone. Rubber trees are in place instead.

We came across trailers upon trailers along the road. Carrying 'harta Karun ' from the gondolised hills nearby.

Sayang sunggoh lihat bukit2 yg sdg digondolkan.

In a few years rasanya jgn terkilan bila semua bukit yg cantik tu dah tiada.

Bukit Cabang pun dah rebeh ! 

Entahlah.....

Sunday, January 28, 2024

Hi there.....

 It takes effort to be on this laptop of mine. Today I dragged myself to it. 

This ancient relic of hand me down Asus Computer riba could still be handy . In spite of  having to change the date every time I key in. Haha what a mess!

The old Singer still serves as a table . Facing the window ,I could and able to appreciate the green scenery before me. The tiny plot of sawah is still there. A white bird could be seen flapping its wings in the air.

And the merry chirpy sounds of  other birds still could be heard in the early morning. 

Thanks Allah for bestowing me the pleasure to hear and see until now. 

Hi there.

Syukur itu nikmat.

Sunday, October 29, 2023

Rasa ceria pun hilang..

Sejak meletus peperangan 7 Oktober hilang rasa nak berceria,bersuka.

Hilang juga hobby tonton berita dunia. Lebih2 lagu channel dari barat. Pekat dgn berita tentang kemusnahan. Tapi berat menyebelahi kezaliman.

Semalam,dgn sikit kekuatan scroll fb n tiktok. Terjumpa gambar kemusnahan,kesengsaraan mereka di Gaza strip. Pengeboman tanpa belas ihsan. Semua terbakar,roboh dan musnah. Lebih malang masih beribu nyawa manusia disitu.

Di sini pula riuh tentang acara2 yg dijalankan disekolah utk menyatakan solidariti kita dgn pihak yg dizalimi.

Allahu...sesekali menyokong dan sesekali membantah.

Nak tunggu dan lihat apa parlimen kata Isnin ni. 

Sunday, October 22, 2023

Life

 Life is .......


Calm, 

But sometimes..

Stormy.




Mood


 Sawah se ciput seberang jalan sentiasa berubah mengikut musim.

Kadang hijau
Kadang  keemasan
Kadang coklat.

Leka menatapinya
Mcm2 mood dia
Andai dia orang.

Adakala dia meriah
Berpuluh burung putih mengunjungi
Adakala dia sepi namun nyaman
Ada masa dia girang bila hasilnya dikutip tuan.
Dan dia juga dihentam,dibantai sebelum hasil ditanam.
Pernah juga dia merajuk, tanpa hujan.

Begitu putaran alam
Sampai satu masa akan dtg perubahan.
Kita pun tak berbezakan.
Susah payah, kejayaan,kegagalan
Bermusim berkunjung kunjungan.

TABAH..
Itu kunci kekuatan