Wednesday, August 3, 2022

Where are we heading to ,Msia?

 Suram pagi ni. Matahari pun masih bersembunyi.Walau jam dah sembilan pagi.

Taking a detour from cleaning the house, here I am .At my favourite spot....the singer sewing machine table. Click,clucked my old rundown laptop. A heritage from my daughter who graduated to a newer,better laptop.

Laptop tua, penulis tua. Otak lebihlah tua. Namun aku masih mengambil berat ttg apa yang berlaku. Lebih lebih lagi tentang tanah air ku. Tentang orang ,aku tak mahu. Tak mahu jadi lebih sudu. 

Terbaca tentang hampir lebih 74 peratus lepasan SPM tidak mengambil peluang menyambung pelajaran. Timbul macam macam andaian. Lebih menyedihkan bila ada yang memomokkan mereka yang melanjutkan pelajaran ke U. Buat apa berhabisan, kerja pun ntah kemana. Baik jadi influencer, founder. Lagi cepat kaya. Rumah agam, famos amos dan ramai follower.

Yang ditampuk pemerintahan pula tak habis habis retorik itu ini. Yang betul betul mengambil inisiatif utk kesejahteraan umat amat sikit. Yang dok dengar dok lantik sana sini tak habis habis lagi. Senator utk belialah, GLC lah.Ntahlah.

Coming back to our Education scene.....

Setelah lebih sedekad meninggalkan alam pendidikan, aku masih mengambil tahu tentangnya. Sbbnya dia dekat dihatiku. Dia punca rezeki ku. Sediah baca keluh kesah pendidik pendidik tentang kerenah pendidikan sekarang. Kalau aku tersesat masuk sekali lagi, mau mati. Sambil berdiri.

Terthrow back hari hari akhir aku di alam pendidikan. Sistem fail yang bukan bukan. Kena melangut depan laptop nak masukkan data bukan alang kepalang. Jam dua tiga pagi bersengkang mata nak cuba masuk dalam sistem. Adakah masih begitu atau telah diadakan pembaharuan.

Dengarnya lagi tenggelam. Bila orang politik cuba utk tinggal jejak. Orang bawah yang nazak.

Malaysia is emphasis gone wrong. Kita mendewa dewakan yg tak kena.Itu observation saya.

Duduklah dalam upacara apa pun. Salutationnya berjela jela. Habih disebut segala pangkat yang ada. Lepas tu bukan sorang dua. Kalau ramai vvip lagilah . Hadirin hadirat jenuh menunggu bila nak mula acara.

Kalau di UK,US .... simple mimple. Your Excellency, Your Majesty..itu saja.Tanpa sebut anugerah anugerah yang sampai hapus kepala.

Protokol cikson,protokol. Kita yang marhaen ni cukuplah tuan 2 dan puan puan hadirin sekelian.

Bab convoy momboi pun menyakitkan mata. Dari peringkat tinggi sampai rakyat jelata.Ada fesyen tersendiri. I dont know if these dont happen out of the country. Yang atasan, ada rider, yang pertengahan berconvoy ikut spek kenderaan yg punya,yang muda? Merempit jawabnya.

Cuba kita buat gila. Kita buat convoy masuk kampung,tanam sayur pula. Nampak tanah tumbuh meliar, kiat bawa cangkul,bajak segala. Nak bagi tau, kaum lain dah buat,kita saja yang leka. Depa dah tarah gunung ganang tanam sayur,musang king. Lembah dengan sayur, kita vroooom sini sana. Hasilnya sekupang pun tak ada. Malah jadi bahan sindiran kaum pendatang pula. 

Satu lagi bab menunjuk kita jadi juara. Baru buka bisnis dah nak berkereta besar menjalar. I just cant brain those so called orang kaya yg mengada ngada. Tunjuk aset, tunjuk apa ada. Sampai maruah pun dijual sama.

Where are we heading to Msia?

Hope we have a better future.......




No comments:

Post a Comment