Damai?
Apa tu ?
Damai bagi you mungkin berbeza bagi damai bagi I...... statement biasa. Tak dak luar biasa.
Ada orang, tidur mendamaikan. Boleh tak makan, tak mandi , tak berkomunikasi seharian . Tdur dari pagi sampai kemalam. Itu damai dari persepsi dia.
Ada orang merasa damai dengan komplen memanjang. Dari pagi buka mata sampai pejam mata malamnya. Ada saja tak kena. Selagi tak dibuat pernyataan selagi itu resah seresahnya. Jadi pada bulan, pada siang, pada kucing dan ayam komplennya terarah. Jangan diri kita jadi bahan sesah. Payah. Bersua muka saja ada saja lah yang tak kena.
Ada orang damai dengan tidak ambil tahu tentang pancaroba dunia. Tentang kisah kisah semasa. Apa nak jadi jadilah katanya.
Ehhh... baru tadi tgk sidang media S/U sebuah parti negara.
Kita usulkan tubuh jawatankuasa unggas negara. JUN.Tujuan utk menurunkan harga ayam.
Damainya usul.
Harga minyak naik, kita tubuh JMN
Harga telor naik,kita tubuh JTN
Kan boleh ramai dapat jawatan Pengerusi. Lepas tu jawatan tu semua perlu Jawatankuasa yang ramai.Jawatan pula high risk. Maka gaji yg diberi kena tinggi.
Ehh... ni kan utk rakyat juga. Rakyat is KING!
Apa pulak tersampuk cikson ni pagi pagi Sabtu ni.
Betul betul terenggut rasa damai semalam bila terbangun dan terlihat video AM dok buat sidang media.
Cantik sawah diseberang jalan. Hijau . Damai sekejap mata yang memandang.
Petang kelmarin dulu, ikut anak ke jalan pantai. Lihat laut damai. Makan mee udang damai. But the damage is here to stay. Rasa allergy datang kembali.
Well,whats your definition for damai?
Selain dari mengisi masa dengan amalan agama......
No comments:
Post a Comment