Wednesday, September 29, 2021

Hasil karya maha agung....

 Memenuhi masa terluang, adik galak melukis. Bangun pagi lukis. Makan tengah hari lukis. Penuh buku dengan lukisan dia.

Begitulah.. 

Hendak ke mana mana sekarang sudah tidak se bebas dulu. Kalau dulu, setidak tidaknya boleh ke sana ke situ. Makan pagi ditepi Sawah, atau lunch di Padang Besar. Malam pula boleh ke Kuala kena ikan bakar.

Buat masa ini, sementelah covid masih ditakuti, pergerakan mereka dua beradik amat terbatas. Maka untuk menghibur , kena beli pen warna dan kertas.

Haaa...inilah antara hasil adik. Kalau nenek masih mengajar, karektor karektor ini mungkin jadi alat bantuan mengajar. 








Buku sketch ini akan jadi kenangan buat nenek dikampung bila sunyi.
At least, ada juga something buat menghibur hati.



Satu hari, wan balik bawa hadiah. . Tergelak kami hah hah hah. Tengok dia bergelek mengajuk aksi . Menari sepuas hati.

Tuesday, September 28, 2021

Ni sape?

 

Adik n his masterpiece

Budak tige tahun ni suka benar melukis.

At present, beginilah wajah yg dilakarnye.

Sape ni?

Name die ape?

Nakal saje dia melirik wan li nye.

Budak tiga tahun ni juga akan meng e kan huruf a.

Sukale usik die. 

Thursday, September 23, 2021

Beribu doa

 Di tempatkan di wad lelaki , dengan SOP ketat, Cikli dihospital tidak boleh dilawati . Akur dengan peraturan , cikli ditinggalkan bersendirian...

Semasa pulang, cikson dekati misi yang sedang busy.

Cik, pesakit katil... layak kat kelas lain. Kalau dah habis lockdown kat sana .mohon consider ya.

Kat wad ini, katil bertemu katil. Semua lelaki. 

Cikson pulak tidak memenuhi kriteria pengiring. 


Hari kedua,cikli wasap famili. Prosedur perubatan yang dijalankan tidak berjaya. Dan dia kena hadapi round kedua besoknya.

Bergegas cikson ke sana. Dapat jumpa selepas berinterview dengan security. Dan yg utama cikson bukan dari kawasan yg ditakuti. 

Dari penerangan doktor, kegagalan operasi kerana ada yg tidak kena dgn cikli. CT Scan akan dia hadapi besoknya. Lepas tu akan dicuba pula bahagian peha.

Doktor, habihlah badan saya cucuk saya cucuk sini. Sempat cikli bergurau.

Then, the operation on his hand came into discussion.

It has been 3 months. Boleh tak guna yg tangan tu,I ask the doctor.

Well.. today HTF will contact KPJ to expedite the 3rd review which only come on the 8th of next month.

Semoga urusan cikli dipermudahkan dan tiada pembedahan sekali lagi.

Hampir 7 cikson pulang . Grab lagi... 

Balik rumah masak nasi, goreng udang dan makan sorang sorang ..ditemani Monky. 


Thats all folks. Bye.



Wednesday, September 22, 2021

ER lagi... berGrab kita sana sini.

 Semalam ,seharian waktu di ER. Dari pagi sampai nak malam. Berpuluh kes dapat disaksikan. Kesian.

Ambulans datang dan pergi. Datang membawa pesakit yang sudah tidak berupaya berdiri. Pergi untuk mengambil pesakit lagi.

Setelah berjam lama aku membungkam, pewaris pesakit aku tegur.

Cik, teman sapa? Aku bertanya.

Dan dari perbualan itu, terserlah sifat betanggungjawabnya sianak akan ibunya. Anak muda dan ibunya yang sakit jantung datang dari negeri sebelah. Yakni Kedah. 

Makcik?

Pakcik ada kat dalam tu. Kena masuk wad harini. Aku menjelaskan.

Pagi pagi lagi cikli dah bertolak ke Zaharah. Namun tak berapa lama, dia menulis wasap yg dia kena ke ER. Ada masaalah dgn tiub dialisis dia.

Selepas bersiap, cikson cuba memandu. Sakit pulak kepala tgk warning yg tertera. Lantas buat keputusan utk tidak pergi dgn kereta sendiri. Grab pertama dipanggil dan ke ER kami pergi. Pemandu Cina. Orang KL katanya.

Elok saja sampai, cikli dah selesai urusan. Dia nak balik ke Zaharah . Begitu juga cikson hendak ke rumah. Grab kedua dipanggil. Pemandunya wanita. Ramah dia. Puji cikson sbb nampak bergaya. Ala orang besa kerja katanya... haha

Jam 10 begitu, cikli talipon lagi. Ohh so sorry. Dialisis tak berjaya dan ke ER dia ke sana sekali lagi. Kembali ke rumah, makan nasi dan Grab kami panggil lagi. Grab ketiga pemandu juga Melayu. Sedikit pemalu. Tak banyak soalan dan jawapan.

Tunggu punya tunggu. Jam hampir enam baru ketahuan di mana cikli akan ditempatkan. Wad Kelas Satu under lockdown. So to kelas tiga cikli diwheelchairkan dgn cikson terpaksa ikut dari belakang. Sakit kaki kira belakang. Keluar masuk bangunan dalam hujan. 

Katil dah sedia. Pesakit pun tiba. Pengiring pula dah tak berdaya. Sakit kaki sakit kepala. Tapi ke kantin pula. Tapau makanan buat cikson dan hubbynya. 

Climbing stairs, walking to and fro, here and there took a toll on my already weak legs... jangan lah kena berkerusi roda balik.. 

Jam 7 ,cikson panggil Grab ke empat. Anak muda beraxia hijau datang dan cikson pun pulang.

Nak tau apa katanya?

Pandai makcik panggil GRab.... hehe

Thats all folks. Today cikli will undergo a minor op on his neck. Mohon doakan ya.

Bye...


Tuesday, September 21, 2021

Selamat menjadi mertua ,adik adik...

 Maka lengkaplah semua adik beradik ciklicikson on both sides menjadi mertua. Setiap orang daripada kami dah bermenantu. 

Baru baru ni adik cikli mendapat menantu sulung. Adik lelaki cikson mendapat menantu kedua. Tahniah adik adik.

Melayari forum keluarga, terbaca macam macam kerenah mertua. Ada yang baik sangat dan ada yang sebaliknya. Yang baik melayani dan menyambut kehadiran menantu dengan fikiran dan tangan terbuka. Yang remeh remeh dan temeh temeh , tidak dibesarkan sehingga membawa sengketa antara keluarga. Sebaliknya, yang cerewet dan mengada , cara menantu menelan makanan pun jadi cerita. 

In real life , seen so many mertua yang baik. So too yang buruk. 

Baik kita jadikan tauladan dan yang buruk tu kita buatlah sempadan. 

Ehhh..macamana nak jadi mertua yang baik. Senyum selalu ke. Masak sedap sedap ya...I found myself googling..How To NOT  be a good mother in law...

This is my finding...

The 10 Worst Things a Bad Mother-in-Law Can Do
  • She Calls You When She Needs Her Child. ...
  • She Doesn't Believe in Boundaries. ...
  • She Thinks It's Opposite Day When It Comes to Your Kids. ...
  • She Gives Advice When You Clearly Don't Want It. ...
  • She Babies Your Partner. ...
  • She Questions Your Every Move. ...
  • She Pushes You Out of Family Decisions.

If you are interested, this article might helps.

https://family.lovetoknow.com/10-worst-things-mother-law-can-do

Monday, September 20, 2021

Mujuq lagi...

 Its cold up here in the north right this very moment.

Been raining  non stop since last night. The sky now seems bleak . No rays of sunshine line the horizon . 

Seen people posting about their Langkawi holidays in the media. And all seemed happy and carefree. Who said there's danger lurking in the corner. From covid threat thats threatening and menacing if you havent known.

ON THE HOME FRONT..... a little bit lost. These MCOs and the lot are distressing indeed. Its been months that we saw our beloved children and families. 

Sometimes I wonder.. for how long more? 

You know what, I am presently hooked to one or two Vlogs. Well, those videos like blog . Mostly on life in foreign lands. One is about a Scotlander who travelled to most parts of the world. A one Dale apatah..

The other is from a Kedahan now living in Guinea. Kita orang Kedah sudah semestinya minat anything Kedahan. I love her grit . Not many of us could face a life so  much different from our normal. 

Being holed up at home, I took to follow one website..Group Kelas Mengaji Personal. You get to choose when u like to follow. Being a caregiver for many years, I have limited time to venture out. Those days having to go to various hospitals, clinics for hubby treatments deter me from being socially active. 

And now comes dialysis and MOPD.... lagilah. The end of going here and there.Bye bye ETS and Subang airport. Bye bye KL and Kuantan. 

Mujur kenal internet. Dapat juga berhubung dengan dunia luar. 

Hubby kalau balik dialisis sekarang ni sakit selalu. Kesian dia. And he has only me to take care of him. What to do kan...Got to surf why and how to overcome his nerve disorder. Is it because of his diet or what. 

Kereta pun dok bagi  pening jugak. Awat la dok menyala signal enjin tu. haih.. Dah satu hal kena solve sendiri. Baca kat google dan handbook kata kena bawa pi workshop. Satu kerja lagi. Mujuq dekat.

Well... mujuq lagi. Hujan lebat semalam . Mujuq tak banjir. 

*By the way,vlog budak Kedah tu namanya Mr and Mrs Camara. 





Sunday, September 19, 2021

What's Up Msia ?

 Yesterday, I think I figure stood up above others. Our Ministers I mean. 

Tall ,dark and handsome ,he was described by some. 

His spot check at a govt hospital made news. Imagine gelabah mereka yg bertugas masa tu. Tiba tiba tercegat dia kat kaunter hospital.

Ahaaa... teringat gelagat seorang MB yang datang ke sekolah tempat cikson ajar. His visit unplanned and unannounced. Mujur semua OK. Mau masa tu sekolah kelam kabut . How? But the said school was always tip top at that time. GB paling strict that I ever had. Kalau nak kata apa apa, tak berlapik dah. There and then dia semboq. So the staff and children were very disciplined. Me included. 

Just imagine kalau VVIP datang berplan. Semua yg buruk disapu bawah karpet. Yang busuk diwangikan, yang bocor ditampal plaster. 

Juga teringat sorang MB ni... ada saja program yang dia nak angkut orang ke majlis dia. Masa tu , pihak pentadbir pening kepala. Masa banyak kena habis sambut itu ini . And one day, I just went for registration. Lepas tu hilang balik ke sekolah buat tugas hakiki. Mujuq tak dapat surat tunjuk sebab. Kalau ada nak tulis lah... kami dah jemu dok dengaq hampa dok merapu....huhu.

Hope that style of governance dah lupuslah. Kesian cikgu cikgi dok kena isi dewan.

And one more salute to that tall,dark and handsome minister. Dia kuatkuasakan Covid test dekat sesiapa yang nak pi berholiday kat Langkawi. Sedangkan that minister in charge of tourism kata tak perlu. Haa..lihat situ. Dia kalau tak firm, mau jadi Langkawi macam Sabah. To date dah 9 orang tested positive dan kena sekat dari berholiday kat pulau tu.

Harap harap tu ramai lagilah menteri menteri kabinet kita macam KJ. Tak perlu challenge dia utk tropi tall dark and handsome tapi dalam hal kerja. Buat kerja biar nampak buat kerja. Bukan semborono. 

Its high time kan people we Msian deserve trusty capable people to take care of our country.

Mengundi katanya next year.

Its up for us to see..

Bye.

Saturday, September 18, 2021

Lukislah apa mau mu......

 Selain menyanyi, menari, adik suka lukis. Tekun dia . Penuh konsentrasi.

Dik , lukis apa?

Selamba saja dia beri penjelasan tapi mmg susah nak difahami. Hanya ibunya saja dapat menangkap apa yg dia sampaikan. 

Lukis sajalah adik.... hasilnya belakang kira.

Walau orang serupa watermelon .

Namun dia sedar kakinya hanya dua. Bukan tiga. Kepala di atas bukan dibawah. 


Dont ever say ... orang tak lukis macam tu lah.


Kadang kadang atau selalu orang dewasa terlalu critical . 

Pembunuh walau tidak membunuh. Membunuh kreativiti. 


Hasil karya adik dan abang sentiasa jadi kegemaran nenek. Walau orang lain kata..Ehhhh apa ni?



Friday, September 17, 2021

Sambal Belacan aja pun...

 Well.... kalau dah dibiasakan dengan sesuatu, ketidakhadirannya pasti akan terasa. Makanan yang dihidang, akan bertambah sedapnya andai ada dia. Dan dia yang dimaksudkan adalah SAMBAL BELACAN.... haha. Betul. Tanpa sambal belacan hambar makanan yang ditelan. Sayalah. Anda tak taulah pulak. Mungkin tidak bagi anda.

Terthrowback zaman masa membesar. Belajar buat sambal belacan atas batu giling. Tapi sampai sekarang ni ,tak pandai pandai buat sambal belacan macam orang2 dulu. Sekarang kebanyakan kita guna blender saja. Krengggggg. Siap!

Oh dear, miss my mak sambal belacan. Never ever can replicate hers.

So ,for keep sake, this is my way of concocting that exotic simple dish. 

Sambal Belacan my way....

10 tangkai cili padi... buang tangkai

2 ulas bawang merah kecil

1 ulas bawang putih

1 ke 2 sudu garam . ( depends )

2 ke 3 sudu gula ( as you like it)

Air asam jawa

Tomato sebiji

Air limau sebiji.

Caranya..

Just masuk dalam blender. Krenggggg. Siap!

Thats all folks...

Regarding gula and garam, I leave it to you. Some like it masin, and some like it sweet. Me? Just so so.

Macam kekurangan 
Tanpa sambal belacannnnn

Sambal belacan my way

Have a nice Jumaat folks. Bye once again.


Thursday, September 16, 2021

Mengadanya dia....

 Minah ni memang mengadalah. Kejut orang dari tidor ikut jam sendiri.

Sebelum jam 5 pagi dah berbunyi. 

Nak apa? Tanya kami.

Air? Minumlah sendiri , sudah tersaji sejak tadi.

Nak makan? Ehh tunggu hingga esok pagi!


Meowww ..... meowww  dia berbunyi lagi.

Lagi lama lagi meninggi

Ni mesti dah nak memerut kalau memanggil berkali kali.

Pintu dibuka dengan senang hati 

Minah. si Monky keluar rumah dengan senang hati.

Rupanya... pak we nya dah sedia menanti!


Monky, my besotted cat, knows how to get ciklicikson under her commands. And we as humans, sometimes become servants to her whim and fancies. 

Nak makan...mengiow

Nak minum.. mengiow

Nak memerut... mengiow

Nak berdating... mengiow


Amboi... mengadanya dia....

mama bangunlah...

mama bangunnnnnn!
Meioooowwww

Dari balik pintu kaca gelungsur, date si Monky sedia menanti...
Nindia... handsome kan hero kami!

Setia dan sedia menanti kekasih hati...hihi

Wednesday, September 15, 2021

Nyanyi sudah,lukis dah,posing la pula........

 Rupanya budak lelaki tiga tahun yg merupakan cucu kedua kami, minat melukis selain menyanyi.

Dan lagu yang hanya part chorus saja tu adalah lagu  Loving You is a Losing Game...

 Bersahaja saja dia mengalunkan suaranya. Walau chorus yang tak tertangkap akan lyricnya.

Lukisannya pula bak picasso. Setiap hari ada saja yg nak dikaryakan. Walau kita adakala tak faham hasil lukisannya. Itulah hasil karya. Jangan pulak dok kata orang tak lukih macam tu pula.....haha.Macam lukisan tu pun tok dia dah gah sedunia..haha.

Selain menyanyi, melukis, dia minat berposing. Bersahaja saja dia mengadap kamera. Not camera shy kata orang putih. Tak macam toknya yang tak pernah tau angle, lighting dan posing.








At three, my cucu . 




Tuesday, September 14, 2021

Singing all the blues away,....

 Dear adik,

You know what, I was mightily pleased, to have the pleasure of seeing you. Although not in person.

I was mesmerised by your singing. Although I cant make out what were you singing. Haha.


Dear adik

I laughed out loud. It was so long ago I laughed that loud.

Seeing you singing with so much passion. Although I know not what were those expression....


Presenting adik, singing and humming,

Although only the chorus, it was something so joyous.

Tengok sampai habis tau...



Monday, September 13, 2021

Buka eh...

 Entahlah. Nak seronok atau tak. 

Semalam, fasa baru dalam alam pendidikan kita diumumkan.

Sikit punya banyak akronim yg perlu di hadham.

Juga sikit punya fasa nak difaham... sampai kita terfikir, ehh adakah aku golongan lembam. Susah benar nak faham.

Just imagine my predicament if I am still working. Masih terlibat dalam dunia pendidikan.... haha

By and by... I got the gist.

Sekolah sesi 2021 akan bersambung hingga March 2022. Yakni tak ada naik kelas lah hingga tarikh itu.

My cucu yang akan masuk tahun satu 2022, akan hanya sarung uniform sekolah rendah bila bulan March. Gitu.

Amboiii... as I was writing ,I caught a glimpse of an out of state bus vrooming by fast. To Kuala.Dah lama tak kelih kata orang Perlih.

Jetty Kuala Perlis yang sunyi sepi seperti dilanggar garuda pasti meriah sekarang. Dah boleh pi Langkawi.

Buka ehh. 

Ada juga cadangan diajukan utk semua berkumpul di pulau . Namun biarlah dulu. Jangan dok galak nak merayau. 

Kita sewa lah hotel yang buka pintu saja dah nampak laut. Teringat hotel kat Pantai Cenang yang kami pergi satu raya Haji. Sunyi sepi . Tak ada orang yang pi sbb besoknya hari raya. Puas kami bercanda.

Hotel tu dah tutuplah. 

Pulak.

Pantai Cenang sungguh tenang
Tapi kena pergi masa hari nak raya
Baru boleh tak ada sesiapa
Kecuali kita 



Sunday, September 12, 2021

Wishing all is well....

 No!

It coulnt be!

592 ?

365 ?

100 saja la...

Those were the numbers that stared at me when I surfed the forum. 

Couldnt believe my eye....

Well..whats those date all about for God's sake?


Mujur bila diamati kematian sebenar yg verified is 100 yesterday . Yang 592 tu reported. 365 tu apa pula?
Kita boleh akses data mengenai covid melalui website COVIDNOW. Macam kita layari Jalannow utk tahu keadaan lalulintas di lebuhraya.

Perihal Pulau Langkawi akan dibuka utk pelancong disambut dengan mixed reaction. Personally, am not too excited to go. Biarlah beri peluang kepada yang berani. Cikson jenis penakut....haha
Not too berani to go about as usual with this current state of affair.

Tapi kan adakala rasa bosan membuak dihati. Berkurung lama lama boleh mengakibatkan depressi. So the other day, I dressed up and made myself present at a wedding . Majlis akad nikah rumah adik cikli telah sempurna , baru kami pergi. Tiada tetamu lain kecuali keluarga pengantin.
Tanda hadir..

Seeing my cucus enjoying themselves at Taman Botani Putrajaya terasa lega. Kesian 2 beradik terkurung begitu lama . Enjoy depa menendang bola bersama ayah bonda serta auntie. Entah bilalah tok n wan dapat bersama. 
Macam kat kampung halemen.



Wish everything will be back to normal ASAP. 
Wishing too that all is well with all of us.

Have a nice weekend folks. 


Saturday, September 11, 2021

Morning has Risen.....

 

Morningggggggg .


Selamat Pagi.

Kata sang matahari

Bangunlah wahai penghuni bumi

Di sebelah sini, matahari kian menampakkan diri.

Tanda telah siang hari.



Morning has risen

In the horizon

Bringing us the sun

To shine.


Dari tingkap dimana aku berada,dapat aku amati

Cantik pemandangan pagi pagi ni,

Awan kumulus dipancari sinar mentari pagi

Bertukar tukar seinci demi seinci

Tanda kebesaran Ilahi....






Semoga hidup kita hari ini dan seterusnya di berkati, dijauhi covid yg digeruni. 

Morrrningggg everybody.


Friday, September 10, 2021

108!

 Yesterday,yet once again, our little state up in the north , made headlines.

We breached the double digit to be triple digit holder. Highest ever. Seratus lapan !

Yes, seratus delapan pesakit covid dikesan semalam. Ngeri. Dengan penduduk sekitar 200k, peratus keberangkalian yakni r naught tentu tertinggi. Dan dengan adanya beratus kes aktif , mudahnya merebak penyakit digeruni sudah pasti.

Dan bila terbaca... kes disyaki ... lagilah. Maknanya satu kes disyaki tentu ada berbelas,puluh kontak rapat.

Semalam, tiba berita . Anak saudara juga terkena. Allahuakbar. Semoga diberi kesembuhan segera dan dijauhi segala yg tidak terduga.

Hari ni ada akad nikah anak saudara cikli. Semoga semua berjalan dengan sempurna dan dijauhi segala yang meresahkan . 

Masuk ini, kali ke lima perkahwinan saudara terdekat tidak dapat dirai. Dalam tempoh 2 tahun , 3 anak saudara sendiri tak dapat dibuat dengan sempurna. Tiada kenduri kendara macam biasa. Hanya akad nikah dengan keluarga mereka sahaja yang ada.

Bulan 12 nanti ada lagi. Semoga bernoktahlah wabak ini. Kami sudah kempunan makan nasi kenduri sambil jumpa sanak saudara yg dikasihi. 

Terbaca lagi... nipah virus menjelma lagi. Masih ingat kah kita akan penyakit ini yg berlaku  sekitar 1998-1999. Yes ,go google about this if you are curious.

108 sikit saja, mungkin itu kata anda. Tapi besar sangat dah buat kami kat utara. 

Macam kentut kat Padang Besar boleh bau sampai Sanglang di selatan.... itulah perumpamaanya.

Hati hati ya semua. Jangan sronok sangat berhuha.

Bye...take care everybody.

*Nyaring bunyi ambulans pagi pagi lagi . Menghala Kuala.

hotspot ..Kuala Perlis.


Thursday, September 9, 2021

Pakwe ye...

 "Semalam, around 1159 gitu, entah pasaipa tak tau pi kuak curtain pintu gelongsoq. Nampak sekoq kucing ni. Haghi mcm nak hujan. So I pun buka pintu sughuh dia masuk. Kesian pulak takut basah. Tapi dia buat donno. Kelip pok kelip pok dia tgk I, I tengok dia......."

Lepaih tu, I ghasa takut. Ehh pasaipa Monky ni buat tak tau . Kena kena bukan Monky. Cepat cepat I tutup pintu. Tgk jam pukoi 12. Seghiau. Segham bulu ghoma"

Hahaaa... begitu bunyi cerita cikson pada cikli pagi pagi safie. Sambil dia bergegas bersiap untuk ke kelas dialisis dia tadi. Begitu rutin harian kami. Selang sehari, cikli kena ke sana sebelum jam 7 pagi.

"Ehh dia tidur atas kerusi roda la semalam. Tak keluaq bilik pun" jawab cikli.

Rupanya kucing yang cikson nampak jam 11.59 semalam tu bukan lah Monky. Sebab tu dia buat tak tau saja bila cikson panggil dia masuk. Tapi dia sebijik la macam Monky. 

This morning, selepas buka dan tutup pintu pagar buat cikli, cikson saja jenguk jenguk kawasan. Ehh.. mai mana bekas minuman ringan ni. Ni kerja cikli lah ni. Masih beli minuman ringan ya...Pantang larang letak ketepi lagi...

Wait se minit, atas bangku laman, terpandang sesuatu. Ada mata mengintai dari celah celah pokok bunga Vinca dan Petunia ku. Sebiji macam Monky.

"Got you! " I cried .

Kamera cikson halakan padanya. Eh.. pandai posing rupanya.

Nah ,ni dia pakwe Monky. Handsome tak?

cari benda tersembunyi

haa.. got you


Wednesday, September 8, 2021

Tetamu pagi ....


 Langut ke luar jendela

Terpandang sesuatu yang nyata

Seekor kera

Sedang melata

Atas 'waya'.


Nak pi mana cik Aa?

Dari sini nak ke sana

Melawat sanak saudara

Yang dah lama tak bersua muka

Entah entah dah tak ada.


This covid season, pergerakan kita terbatas. Semua orang pasti terkesan. Nak ke mana mana tentu banyak pertimbangan. Takut akan jadi punca kesusahan. Mana tahu kita jadi punca kluster .... sesuatu yg mengerikan.

Maka sekian lama kita tidak bertetamu. Masing masing takut , was was nak 'berhuha' macam selalu.

RBL pun begitu. Jarang ada tetamu. Yang ada unggas, kucing dan monyet yang lalu.

Pagi ni lalu di pintu kaca ,bersua muka dengan 'pakwe  @ matahir @ bf Monky bukan monyet. Handsome tau...macam duplicate dirinya. Pandai Monky cari . Sekufu gitu.

Thats all folks. Have a nice day you all.

Tuesday, September 7, 2021

Ikut suka...

 

Blogging from my phone...

Lunch for the day...nasi lemak ikut suka tukang masaknya.
Dont say....ehhh org tak masak mcm tu la.
Tak pernah dibuat orang.
Ni bukan nasi lemak!

Cooking is an art unto itself..
Suit yourself.
Sedap mkn banyak.
Tak sedap, pi order apa yg suka. Haha.

Monday, September 6, 2021

Jangan Derhaka!

 Bila selalu sangat lalu lalangnya di wall fb , maka tergerak hati nak mencuba pun singgah .

Sedap ke bihun goreng 12 sudu kfc tu?

So, semalam suruh cikli beli bahan bahan untuk experimen. Udang kering yg utama.

By seven terhidanglah se mangkuk bihun goreng tersebut. 

Ahhha

Sedaaap!

Tapi terlebih pedas.... pijar mulut dan perut.

Itulah sapa suruh tak patuh resepi. Derhaka lagi!

Yang di sebut 4 biji cili kering. Yang dibuatnya 4 camca makan cili blended cikson style.

Lepas tu sampai pagi ni terasa bahang panasnya bihun goreng itu... huu huu.

Tapi kan... walau pedas rasanya memang uuumph. Cikli bertambah tambah makan .

Jom cuba.... Bihun Goreng Derhaka... nama diberi Bihun Si Tanggang.


Satu bungkus bihun cap X.

4 sudu cili blended cara cikson.( ni dah cikson tulis. Searh saja)

Bawang merah besar 3 suku biji *

Bawang putih 5 ulas*

Belacan 1 sudu teh*

Kunyit 1 sudu teh*

Garam kasar 1 camca mkn or less *

Udang kering 1/2 bungkus kecil.

Air asam... agak agaklah. 

Sos tiram 2 sudu mkn.

Kiub ikan bilis..1/2 kiub.*

Sayur sawi 5 tangkai. Separate batang dari daun.


Cara caranya....

1. Blend semua bahan bertanda *

2. Pijar minyak. Goreng udang kering sampai garing.

3. Masukkan bahan blended. Masak hingga naik minyak. Add ayaaq asam jawa n fish ball.

4. Masukkan bihun yg telah direndam dlm air sejuk dan tos. Masukkan suku cawan air. Masukkan btg sawi .

5. Gaul bagi bhn blended sebati dgn bihun.

6. Biar api kecil. Bila dah ok masukkan daun sawi. Balik balikkan dgn cermat supaya bihun tak putus putus. Sikit cuka kalau suka.

7. Goreng fish cake, telor dadar gulung. Potong nipis utk garnish.

8. Boleh angkat bihun bila texture dia dah lembut.

9. Kaup ke dalam mangkuk. Garnish dengan fish cake, telor dadar, daun bawang dan cili merah. Tomato also can .



Gitulah caranya cikson masak Bihun si Tanggang. Kenapa si Tanggang? Sebab Derhaka kepada resepi asal.

Actually dalam masak memasak ni, ikut hati dan tanganlah masa tu. Kalau rasa nak letak apa apa ,letak saja walau resepi lain katanya. 

Dont ever say... ehhh orang tak buat macam tulah! Never. 

Be creative.. Be open..Be innovative.


Look at the end result. Kalau orang suka makan, maknanya sedaplah. Kalau depa tolak pinggan ke tepi walau sajian masih banyak, itu tandanya TAK SEDAP.

Hehe... tapikan selalu kalau cikson masak, cikli makan saja. Sedap dia thumbs up. Tak sedap dia kata next time ubah sikit resepi tu.

Actually jenis dan brand bihun pun ada main peranan sedap ke tidaknya bihun yg kita goreng.

Thats all folks. Bye.

Ehh sat... there's this one time  someone shouted at someone who was telling someone how to cook.

Ehhh.. tak payah ,tak payah. Dia tahu dah masak tu!

Huhu.....that someone yang kena sergah tu was ME. Me who was telling how to cook asam pedas. 


Bye once again .


Sunday, September 5, 2021

Lesson learnt....

 


Watching the Paralympic 2020.

There's lots of lessons learnt. 

Take this "We're The Superhumans" ,Rio Paralympic 2016 trailer.




Yes ,I can. Yes I can. Yes I can.

In times of doubt, 

When you think all the world is falling apart.

Say to yourself aloud

Yes, I can . Yes,I can.Yes I can. 


Latif Romli, Puzi and all the Para Olympians ......Yes,you can!


Saturday, September 4, 2021

Ehh payahlahhh...

 Ehhh mama ni,payahlah

Why are you like this?

Awai awai nak buat apa? Hidu asap bas? Langut tengok orang?

Dekat saja pun. Lima minit lagi pun sempat!

Ehhhh.... 

Gulp. Erkkk'

Well,I guess these were some of the retorts that moms all over the world got when ushering their children to the bus stops, train stations or even for a flight.

Literally, most moms were worry warts. I am. My mom too. We specifically emphasis being on time.No, not on time but way before time. 

I would stress that for a bus ride its 20-30 minutes wait.

For a train ride an hour. And for plane the time is far before. Taking into considerations of many things that might happen on the way.

A taxi driver related that many passengers missed their ETS just by minutes. All because they insisted that the distance is near and there were no traffic jam. But , then at the train station there was a long queue.... hhaaa baru JAM!

The story of Ziyad, just by one minute he missed all . The gold medal, 1.12 millions and a pension. I dare say he was not at fault. It was the fault of those who handled his schedule.

Teringat pekerja cikli dulu. Sama macam Ziyad, ada masaalah pembelajaran. Kalau di suruh buat kerja, kena suruh satu satu. Jangan harap dia tahu akan konsep masa. Kadang kadang bila disuruh buat sesuatu kerja, dia bersunggoh sunggoh sampai lupa masa atau tugasan lain . 

Ehhh payahlah... semua kena habaq. Ada masa cikli naik angin. 

I remembered too some of my students . But one thing was that I was not that garang with them. Kalau tak ada buku, I gave them papers to work on. If they cant give me sentences, a word would be great. They got stars for their effort and their work sometimes be examples to the better students.

In my teaching years, I was usually assigned the better classes but sometimes I was given classes with poor performances. 

Rugi pula bila tak terima jawatan GB sekolah murid kurang upaya. Mesyuarat di luar negeri Perlis yang buat penghalangnya. Tak terbuat kena pi mesyuarat selalu luar kawasan.

Kisah Ziyad mmg payah nak dilupakan. Harap jadi pengajaran buat kita semua.

Jangan on time. Tapi before time !

Ehhh payahlahhhh. .........

Monkey my most punctual cat selama ini
Time utk kejut cikson mesti 5 pagi.
Kalau tak bangun,kena lah jerit dgn dia nanti.
Dari suara manja boleh naik suara tinggi.
Selagi cikson tak bangun selagi itulah dijeritnya sekuat hati.

Thats all folks. Be before time for your work. On time dah tak boleh pakai dah.

Masa kerja dulu, kalau pi mesyuarat, cikson selalunya before time.... sesuatu yg di warisi dari GB bekas tentera... haha.

Bye. have a good weekend. 

????... Latest baca dlm web yg boleh dipercayai katanya lewat 28 minit! Aduhaiii. Bkn seminit. Bukan 5 minit . Tapi 28 minit!

Dont know what to percaya.



Friday, September 3, 2021

Mujur bukan kita....

 Gelap saja langit di seberang jalan. Tanda hujan bakal turun. Selalunyalah.

Setelah beberapa lama tidak melanggani channel berita, terasa pula kelompongan. So one day persuaded cikli to reinstall the news channels. Haa ..ambik. Setiap hari ckson akan cari kesempatan untuk mengikuti berita dunia. Apa jadi di negara orang.

Well... for the time being. Its about Afghanistan. Afghanistan and Afghanistan.

Bukalah BBC<ABC<CNN<CGTN.... its the same. Mostly about that fateful country. With the withdrawal of Uncle Sam , the Taliban has gotten hold of the country. 

Terpapar keadaan di lapangan terbang Kabul. Terpapar runtuhan runtuhan bangunan. Terpapar macam macam yg tak mententeramkan. 

Yesterday,on one of the channels, terpapar pula kerenah tentera US yang merosakkan kelengkapan tentera .Tak tinggal yg boleh digunakan utk diwarisi Taliban.

Few decades back, I was assigned to a class . And one of the students is an Afghan. The father being so. Anak seorang doktor. Cantik orangnya. She could be in her forties right now. Apalah nasib dia. Or maybe she stayed back in Malaysia.Hope she's ok.

Mujur negara kita, walau macam macam kerenah orang politik, kita terhindar jadi macam mereka. For decades they fight.Sampai kita tak ingat apa sebab mereka berperang. Tapi selalulah,yang menang pun jadi arang.

May Allah swt keep Malaysia always safe.

Supaya bila terbaca tentang kegoyahan negara lain, masih boleh kita berkata...

Mujur bukan kita!

Thats all folks..have a good Friday.


Dua beradik sedang belajar tentang negara pula.

Agak agak tau dak depa apa sedang berlaku kat sana?



Thursday, September 2, 2021

Saya anak Malaysia....

 Budak 3 tahun ni mmg kegemaran 'numero uno' adalah menyanyi. Meanwhile his 'numero due' is  dancing.

Pelat pelat bahasanya. Tapi dapat di agak apa lagunya.

Terlihat dia riang menyanyi lagu Believer semasa mandi. 

Lagu Believer wei... satu lagu yang asing buat kami warga tua.

So to you tube I went to investigate....haha

Amboi dik..Lagu ni from film yg agak panas rupanya.

Namun lyric dia banyak digunakan untuk motivasi session.

Juga dichoirkan.

Ehh.. teringat cikson masa mengajar dulu. Suka sangat ajar anak anak murid lagu lagu as filler masa. Dan mungkin lagu ini cikson ajar kat murid. Sambil urus kelas, sama sama nyanyikan lagu ni. Baru semangat.




Mana video budak 3 tahun tu nyanyi Believer ?

Ehhh ... kena censored . 

So makcikson just bagi lagu 'Saya Anak Malaysia' dia...Layan  je ya.




Wednesday, September 1, 2021

Geologist kecik....

Dah berbulan budak budak berdua tu tak dapat balik ke Perlis. Rindu nya tok n wan.
Maka hanya gambar dan video saja pengubat rindu kami di kampung 'halemen'.

Latest, video mereka sedang beraksi jadi miner @ geologist.
Lancar si abang menerangkan nama nama batu  dan galian.
Ada tiger's eye, quartz , emertis ehhh ( tak tau pula tok nak eja). Cuma yg tak di sebut batu berlian.

Si adik setakat 'batu'
Itu yang dia tahu. 

Nak jadi geologist ke ?
Gaji mahal tu. Boleh kerja luar negara lagi. Boleh mengembara . Macam bapa saudara mereka.
Sampai Papua New Guinea . 
                                                              
Wah.. macam macam nama batu 
                              
Fahim terang satu satu.


Thats all folks. 
Semoga pingat emas Ziyad dikembalikan kepadanya.
Bye.




.