Monday, June 7, 2021

10 km saja tau....


 Saja saja google nak tau 10 km radius dari rumah.

Maka terjumpa satu website yang menunjukkan radius kawasan 10 km .

So bolehlah tanpa was was cikson nak ke mana mana dalam kawasan yang dibenarkan kalau tak mau bayar saman.

Ehh boleh lah ke Kuala Perlis makan ikan bakaq kola, ke Kodiang cari pasemboq ,Simpang Empat cari Bihun Sup.

Boleh menyusuri pantai Kurung Tengar beli belacan  atau mentarang.

Juga boleh menyeberang sempadan ke Siam aka Thailand... 

Haha...itu semua dalam khayalan . Manalah berani ciksn nak keluar rumah dalam keadaan kini yang semacam. 

Mengikuti perkembangan semasa covid 19 buat kehidupan kita berubah dari biasa. Nak keluar rumah pun dah tak boleh ikut suka. SOP kena jaga.

Perlu bersedia yang masa masa mendatang hidup kita tersimpang dari amalan yang biasa kita lakukan. Selagi virus bahaya ini masih ada di bumi ini. Selagi itulah hidup kita kena begini. Kena hati hati. 

Syukur Alhamdulillah, tanpa diduga cikson dapat habuan dari orang pencen. Maka cikson laburkan nya utk membeli sesuatu yang sudah lama cikson ingini.Terimakasih adik ipar yang sentiasa pemurah dengan kami suami isteri. Semoga Allah cucuri kamu sekeluarga dengan rahmatNya sentiasa.

So , sehari dua ni akan tertunggu tunggu cikson akan Ninja Van . Nanti cikson beritahu apa yang telah cikson order kali ni. Ni kali ketiga cikson membeli belah cara COD. 

If we cant go to the shops,let the shop come to us, gitu.

Thats all folks. Bye. See you later.

PS* .... certeka apa yang cikson dah order on line. 



No comments:

Post a Comment