Thursday, December 10, 2020

Serenggeti di RBL... once they were here.

 Harini penamat mereka di sini. Jam sembilan terminator akan datang bawa chainsaw. Say goodbye to the trees beside cikson's home.

Semasa beli mereka, ingatkan mereka jenis bantut. Maka cikli pun tanamlah mereka ditepi rumah. Nahh... dua tiga tahun kemudian, mereka bukan keturunan pygmy. Tapi gergasi.

Pokok jambu air tu dah melangut dan melangit tingginya. Ranting2nya dah lebih tinggi dari bumbung rumah kami. Dahan nya dah ke sana kemari. 

Begitu juga pohon mempelam nan sebatang. Dah macam anak teruna ganteng. Renjongnya dekat mencapai awan. Hanya pokok jambu yg buahnya merah saja terbantut pertumbuhannya.

Mereka tumbuh gagah perkasa dan cantik lawa . Namun ketiga2 tidak mengeluarkan hasil yang dikehendaki. Boleh kata tak boleh dimakan langsung sejak dua menjak ini. 

Pokok saja besar. Buah tak ada. 

Tapi sebenarnya , dari mula cikson tak berkenan dan bantah pokok2 mempelam terutamanya ditanam dekat sangat dgn rumah. Banyak keburukannya. But as usuallah....

Sekarang terbukti dah bahana pokok mempelam tu...

So they to have to go  to make way for the awning. Dan juga alasan utk simen tanah secoet disisi rumah. Boleh cucu 2 dapat bermain. 

Lepas ni dk berangan nak buat macam ni...


dari fb Ady apa tah...minta permisi ya Ady.


Jam 9 cikdin si terminator akan datang dgn chainsaw. Maka serenggeti RBL pun akan bertukar rupa. ....Upah utk ini bukan seringgit dua.Alahai.Nothing comes cheap these days.

Gambar2 nanti cikson naikkan. 

Bye... till then. Salam Khamis.

No comments:

Post a Comment