Pejam celik,pejam celik, sudah di bulan terakhir kita utk tahun 2020
December kau telah di sini
Menjenguk kami utk tahun ini.
Sebelum 2021 menampakkan diri.
Pejam celik,pejam celik, sudah di bulan terakhir kita utk tahun 2020. 11 bulan yang mencabar telah berlalu. Hanya satu bulan lagi akan kita hadapi. Semoga semuanya di akhir tahun ini baik baik untuk kita.
Di RBL kami terima tiga ekor anak bulu. Jauh datangnya mereka. Nun dari KL sana. Hari ini dah masuk hari keempat mereka di sini. Harap harap mereka dapat menyesuaikan diri.
Moko, Ayang dan Koko ... welcome to Perlis.
Agak agaknya tentu mereka terpinga pinga melihat suasana berbeza dari sedia. Di KL mereka hanya didalam rumah. Bersama kakak kesayangan mereka. Tanpa orang lain kecuali uncle paen.
Selepas sehari suntuk dalam perjalanan dengan uncle Cat Taxi, akhirnya mereka sampai ke Kangar. Sehingga hari ini mereka berada di bawah porch RBL hingga satu masa.
Sebenarnya mereka akan dibela oleh seorang kenalan cikli. Namun cikli dah berbelah bahagi nak berpisah dengan mereka. Lihat mata redup mereka macam tak sampai hati pula.
Apa apa pun kita lihatlah perkembangannya nanti.
Ini pun mereka...
baru sampai dari KL. |
Thats all folks.
Hari masih samar. Walau jam dah 8.16 pagi. Alamat hujan akan turun sebentar lagi. Sejuk gedi pagi ni dan sakit demam pun mudah menjenguk kami.
Been feeling under the weather.
Bye. Take care anak2 semua. Love you all. Semoga lepas 6 December kita dapat berjumpa semula. Aduh Rindunya...
comel2 semua! semoga 2021 lebih baik untuk kita semua :)
ReplyDeleteComel depa. Baka kucing persian. Amat pemalu. Semoga 2021 lebih baik utk kita semua.
Deleteui gebus gebus semuanya..
ReplyDeletecepat masa berlalu.. semoga cepat ujian berakhir
dan kita semua kembali ceria..
Itulah cikli sayang pulak nak bagi orang. Dia nak bela sendiri katanya.
DeleteSemoga kita hidup lebih selesa bila semua ujian ini berakhir. Juga lps 6 Dec ni bolehlah rentas negeri.