Menitis.. no no its meleleh airmata lihat video seorang ayah dan anak2 dipisahkan oleh sempadan negeri bertemu disatu syawal. Barbed wire dan kon konkrit memisahkan mereka sekeluarga. Se uncang plastik lemang bertukar tangan. Anak2 mencium tangan ayah dengan wajah sayu. Walau boleh bertemu namun mereka tidak boleh bersatu...semua angkara covid 19 yang buat haru.
4 anak,2 menantu serta dua cucu juga terpisah dari ku. Apa nak buatkan. Kita patuh arahan kerajaan utk tidak mencari helah utk bertamu dan bertemu. Rindu usah dikata. Tapi itulah...yang terbaik buat kita semua. Ancaman penyakit bukan boleh dibuat enteng. Silap2 kita atasi Amerika Syarikat dalam hal ni. Janganlah.
Ada juga buat video call. New normal utk menjalin ukhwah antara kita. Namun liputan internet yang lemah melemahkan semangat berconferencing. Tersangkut sangkut msg yang diterima malah ada langsung yang tak dapat . Ini maxis di pekan Kangar bukan hujung benua. Dah lah nak bertemu tak dapat,nak bervc pun tak boleh. Alahai.
Dalam berita jam 8 semalam, Perlis naik nama lagi. Polis buat rondaan diperumahan utk cari mereka yang engkar pkp. Nampak tuan rumah disoal siasat tentang kepunyaan kereta dihalaman rumah. Jenuh nak jawab.
Satu lagi video,pengunjung disuruh bersurai ditengah2 enak menjamu selera...hai hai.
Hari raya kedua lagilah. No tetamu!
Tertengok juga benteng2 konkrit yg dipasang dijalan jalan tikus. Yang sedih, benteng jadi jerat dan banyak kenderaan terbabas.
Lagi lawak.... lebuhraya pun disekat. Ada sekatan yg melencongkan kenderaan ke toll highway dimana disitu disaring dan diperiksa. No permit ,no go.
Tapi katanya ramai yang terlepas juga melepasi sekatan dan dapat balik beraya..Yek yek ya...Namun nak balik semula ,jenuhlah...rintangan dimana mana.
Syabas anak2 ciklicikson yang patuhi larangan rentas sempadan. Tidak mencari helah dan alasan. Walau tak dapat balik ke kampung halaman sudah berbulan...
Rindu... jangan cakaplah...Tak terucap.
Thanks for your care and calls.
Dapat tengok gambar depa pun jadilah. Sama2 kita ingat mengingati.
Di Pahang |
Di KL |
Di KL juga. |
Selamat menyambut raya dalam norma baharu
ReplyDeleteSelamat Hari Raya WP. Janggal mulanya kan....Setiap tahun tak pernah tak meriah,tahun ni alahai . Sabar sajalah.
Delete