Setelah selesai kami beredar ke satu klinik utk orang pula.
Cikli nak buat rawatan.
Matahari panas lit lit.Kalau tinggalkan Pong dalam kereta mau jadi keropok.So alternative nya adalah membawa Pong sekali masuk klinik.
Kehadiran Pong dalam bakul baju menarik perhatian .Anak anak kecik dan bapa bapa besaq menjenguk Pong yang diam saja.
Kenapa dgn dia?
Baiknya dia tak lompat keluar.
Comeinya dia
Itulah antara soalan soalan yg cikson kena jawab.
Dan soalan seorang anak kecil buat cikson garu kepala.
Mak dia mana?
Bapa dia mana?
Mak dia bolehlah cikson jawab ninsandaq jaga babes baru.
Bapa?
Bila cikson jawab Pong tak ada bapa...terus dia tanya
Depa bercerai ka?
Ini kisah beberapa tahun dulu...
Sekarang Pong dan Ninasandaq dah lama tiada. Pergi tidak kembali. Yang tinggal Bu, Pong si anak angkat dan Monkey.
Sekarang pun Monkey dan Pong jarang2 datang menjenguk RBL. Merajuk agaknya.
Berbalik dgn budak yg tanya soalan bercerai tu...agaknya manalah dia dapat perkataan tu. Masih terlalu muda utk nya tahu vocab itu.
Namun, tersinggah diingatan seorang budak yg berumur 7 tahun yg setiap hari cerita dia adalah ttg ibu ayah dia yg nak bercerai.
Seorang murid tahun satu .
Entah apa jadi padanya kerana kes ini lama dulu.
SKRPB...masih dingatan.
Ninasandaq |
Pong the ori |
No comments:
Post a Comment