Dah tiga hari bday bigboss RBL.
Baru hari ini sempat nak upkan post tentang ini.
Happy 65 bday cikli!
Bangun pagi pagi anak anak di KL dan Pahang dah berwasap mengucapkan Selamat hari Jadi buat cikli.
Pohim juga. Adiknya Fateh pun tidak ketinggalan.
Berseri wajah cikli terima ucapan ucapan itu.
Petang itu ,sedang cikson bermalas malasan ,tiba2 ada orang di halaman rumah.
Makcik,saya dah depan pintu ni,katanya lewat handphone.
Terkoco kocahlah cikli buka pintu.
SURPRISE!
Ada dua barang ditangan pengunjung tak dikenali itu.
Ni, ada barang dari anak di Pahang.
Rupanya ciklin buat surprise delivery.
se bakul buah buahan |
2 kotak ayam mcd |
the bday boy. |
Ha... satu problem solved. Tak perlu lagi cikson berketang ketung didapur petang ini. MCd Chicken dah cukup utk makan malam ni. Hooray. Alhamdulillah.
Satu lagi adalah bakul buah buahan. Apple dan anggur. Sini cikson sikit kecewa kerana buah anggurnya lisut lisut saja yg diterima. Kenapalah anggur begitu yg dipilih . Macam tak penuhi SOP saja. Nak berniaga biarlah jujur dan amanah.
Niat hati nak belanja cikli pun belum ditunaskan. Masak sajalah special dish sikit utk mkn kami berdua. Maka tersajilah nasi ayam cara cikson utk semalam.Nanti anak2 balik minggu depan kita keluar . Boleh ke mana saja yg diminta.
home cooked nasi ayam.. |
Selamat Hari jadi Cikli
Semoga diberi Allah kesihatan yang baik .
Thats all folks. Enjoy your weekend .
Bye.
On a further note,
ReplyDeleteHarap pihak yg buat srprise delivery tu, jgnlah beri buahan yg lisut misut utk bakul buah. Kesian kami.