From Monday to Thursday ,makcikson tak perlu drive sendiri. Ada drebar balik negeri. Maka senanglah sikit nak pergi sana sini. Bolehlah menikmati pemandangan negeri yang dicintai dan pergi makan2 kat mana yang diingini. Tapi fulus pula yang jadi galang ganti.
Auntie Olin or Bobo as Pohim calls her balik Perlis . Tak lama 4 hari saja. Nak kemana ya kalau sesingkat itu saja cutinya.
Balik dari Stesen keretapi Arau, laju saja kami menuju Kuala Perlis . Jam dah 5 ,walau ragu sudah berniaga ke belumnya kedai makan di Koma. Mujur ada satu yang mula berniaga.Mona dah buka jadi kami orang pertama pelanggan mereka.Seperti biasa ikan bakar sibaq santan jadi kepala hidangnya. Sotong 500 gram diceluptepungkan dan disambaltumiskan. Ada butter prawn 4 ekor dan sayur campur. Rentas 100 + untuk kami bertiga. Dibayar anakanda .
belum ada pelanggan yg lain... |
2nd day of her stay kami ke Padang Besaq. Makan dulu kat RJ @ 21 ringgit utk bertiga. Pemandangan biasa biasa . Ada bukit batu kapur ,ada empangan dan sawah bendang utk berjamu mata.
Oh wait... nampak satu bahagian bukit sudah kena tarah macam di Pahang nampaknya. Dalam kehijauan terpalit kemusnahan atas nama pembangunan. Bukit ditarah ,tanah diangkut. Kalau berterusan, mau tembus Thailand la kot.
Borong apa cikson kat PB?
Sehelai jeans buat anak, 2 helai baju dan seluar buat emak.Ciklin yg memborong jajan buat dibawa balik . Sos tomyam dan apa entah lagi ,katanya mahal di Kuantan berbanding di sini.
Tak cukup PB, Giant pula kami tuju sebab barang keperluan dah lama kering tak berganti. 2 troli @ 260 entah lah apa kami beli..
Satu malam kami berdinner diluar. Jalan sana sini ,masuk kampung keluar bandar. Kenapa ya semua restoran tutup! Take note .. Rabu hari tutup restoran disini. Last last ke sini kami. Sofea dGrill. Eh eh Di Sofea Grill,jalan sekolah Derma letaknya gerai ini.
Sedap makanannya. Setalam 32 ringgit. Boleh dimakan 3 beranak. Kotiau goreng gerai sebelah pun sedap.
Di sini kami, kotiau goreng gerai sebelah sedaaap. |
as good as it says. |
sedap! @ 32 ringgit |
Jumaat pun tiba. Sianak sudah nak kembali ke tempatnya. Jam 2 + etsnya. Hey..apa nak jamunya, si ibu tertanya tanya.
By 12.00 inilah yg dimasaknya...
mari berjamu... |
Hope anak ibu suka ya..
Begitulah ,kalau anak2 balik, tak puas rasanya kalau tidak memasak utk berjamu. Makan luar boleh. Tapi masak sendiri,makan sendiri lebih puas hati.
Thats all folks. Bye. Have a happy Sunday.
No comments:
Post a Comment