Wednesday, July 25, 2018

Rezeki


Tahun ini,Alhamdulillah rezeki untuk memakan buah tempatan  menjenguk kita. Sana sini orang bercerita, mereka boleh makan durian dgn selesa berbanding dulu hanya telan air liur saja. Sebabnya harga yg seakan nak beli beg berkin pun ada.Berkin padang lah ya.

So ,semalam dapatlah kami suami isteri berlunch dengan buah buahan tempatan. Ada dokong, manggis,doyan and moktan. Dibeli dari FAMA yg tak jauh pun dari rumah. Berbekalkan sekeping not biru yg ada no.50 tu,cikli balik dgn mengendung beg plastik berisi buah buahan yg diborongnya.
Tersengih dia memberitau, tgh hari ni tak payah masak nasi la,kita mkn pulut durian..
hasil RM 50 .
Durian Batu Kurau 6 biji comel comel saja
Dalam plastik merah,lauk utk malamnya
Berbaloi tak rasa?

Tanpa kata kata,cikson akur saja.
Jadinya..


semua fresh fresh



Tapi kan... kalaulah ada tanah berhektar, mau saja ditanam pokok2 ini supaya anak2 cucu boleh makan dengan puasnya

ada jual kat UTC
tapi nak pergi tu yg malas amat sekali

 Namun, bila fikir dua tiga kali, mmg tak jadilah nak tanam pokok doyan ini. Takut nanti ada anak yang jadi begini..kesian tak terperi.Hihi.




4 comments:

  1. Sedapnyer buah2an tempatan.
    Tanamlah pokok durian musang king tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul WP. Banding dgn buah2 impot,buah 2 tempatan lagi sedap.
      Nak tanam ,tanah milik orang.Kalau dalam pasu ok lagi. Durian mohthong katanya boleh tanam dlm pasu saja.

      Delete
  2. Tahun ni durian murah cikson. Pernah dua tahun lepas tak silap saya durian kampung kat tempat saya ( durian luar) dijual rm40 sekilo. Buah pun tangkai dah hitam.. .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bila murah begini,barulah berani nak beli. Kalau tidak ambik bau sajalah yg berani.

      Delete