Friday, May 4, 2018

Meriahnya ....


Pagi pagi...curtain malam aku sinkapi.
Mata terpandang seberang jalan tidak jauh dari tempat aku berdiri.
Waaah... bertambah lagi dan lagi
Mula mula hanya lambang terbalik disangkut dipokok , lepas itu bunting bunting yg berkibaran dihembus angin. Pagi ini... ha gedabak lambang dacing menyinggah di depan mata.
Gambar PM sementara menghiasi bendera dan juga bakal wakil rakyat yg bakal mewakili kawasan ini kalau dia berjaya.

Semua biru tua... waaaah..kaya depa. Penuh jalan dengan berbagai rupa dan maneka . Tentu perlu ongkos utk membiaya.

Sebaliknya... tidak ada walau satu pun bendera mata lebam atau bulan memenuhi ruang jalan.

Dulu 2 aku kagum lihat lawan berlawan bendera ,bunting, billboard yg dinaikkan. Sekarang... dilubuk hati aku tertanya tanya..Mai mana semua duit ini ?
Masih berduit mereka sedang aku terkial kial berkira2 utk menjelaskan bil bil yang memening kepala. Makan dan minum juga perlu dikira kalau tak mau terjerat dgn hutang yg sia sia.

Aku tidak pernah keluar utk mendengar ceramah pilihanraya. Namun ceramah mereka sentiasa dapat aku baca dan tonton. Bila berita dihujung jari, kita hanya tekan dan click saja gadget yg kita ada. Nak dengar dari pihak mana? Urut dada tanya selera. TV ada.Internet pun ada. Pilih saja.

Sejak kebelakangan, fb wall penuh dengan video dan berita ttg ceremah,manifesto . Bukan saja dari incumbent tetapi juga dari pihak kedua. Meriah sunggoh.
Satu penceramah yg aku dapat ikuti adalah Nik Omar. Tak perlu berapi rapi ,tenang,cermat , pn boleh memikat hati pendengar.
Aku tak suka ceramah yg suara meneran neran, atau yg mendatar. Yg memaki hamun ,mencarut.
Last night,Hannah Yeoh berceramah dengan baik sekali.
Mahathir dengan sarcasmnya, wittynya
Dan Dato Seri Najib dengan kesungguhonnnya.. Bersunggoh sunggoh dia.
Mat Sabu dengan lawaknya.
Habis data aku mengikuti mereka.

Terimbau aku zaman aku masih remaja. Suasana pilihanraya masa itu berbeza.  Radio kami tak punya. Jadi ke padang bandaran Kulim, aku bersama ibu bapa. Ingat ingat lupa. Masa itu paling ditakuti lambang tanduk lembu. Takut kena tanduk segala.

Dalam 5 hari lagi kita akan mengundi. Anda dah pasti lambang mana yg nak dipilih. Pilihlah dengan cermat. Ingat... pilih utk masa depan kita dan anak2 cucu kita. Undi rahsia. Tak perlulah beritau pihak mana yg anda suka. Kerana apa... ada consequences nya .

bangun pagi, terlihat ini

biru tua mendemonasi
yg lain tak nampak muka lagi...

No comments:

Post a Comment