Thursday, June 22, 2017

Menunggu pulang.


Terasa benar lelahnya mengemas rumah sejak dua menjak ni. Alahai... rumah yang secoet ni pun dah termengah mengah . Tersedar...usia mengatasi segala.

Tapi hati kata... boleh...buat juga.
Maka terturunlah langsir bilik untuk dibasuh. Terjemurlah bantal bantal untuk mereka yang pulang. Tertukar cadar dan sarung bantal. Terbasuh 2 bilik air. Dan seratus macam kerja rumahtangga. Yang selalu dilakukan wanita.
Eh takkan nak jamu tetamu dengan pinggan berdebu
Nak disuakan bantal yang hapak pada yang pulang
Nak menyajikan bilik air yang hijau pada yang berkunjung.

Tak pernah dibuat sebelum ni walau masih bekerja. Walau pergi dengan bulan balik dengan bintang,rumahtangga mau dilihat teratur. Tiada sawang berkerawang. Tiada lantai dan dinding bilik air berkusam.

Semua dia biasa lakukan. Tanpa banyak mengeluh panjang. Masak memasak dia bereskan. Wang juga mengalir deras keluar dari beg tangan.

Tapi bila usia melangkau batas , tenaga pun terbabas. Memanjat tangga untuk menggantung langsir dia kegayatan. Kalau terjatuh mau patah riuk tulang di badan.

Begitu dilema mereka yang berusia tapi tiada anak anak yang boleh diminta keringat dan tenaga.

Teringat dia akan ibu dan anak disupermarket. Patuhnya sianak membantu ibu membeli keperluan. Ibu hanya menyatakan saja dan anak mencapainya. Kagum dia.... kerana anak itu lelaki.

Tak sabar rasanya menunggu kepulangan anak dari negeri orang...


No comments:

Post a Comment