Tuesday, May 16, 2017

SELAMAT HARI GURU 2017 !


Selamat Hari Guru
Ku laungkan dari ruang sunyi rumahku
Oh... rupanya zaman itu sudah lama ku lalu !



Aku menutup cerita suka  duka di alam persekolahan dan pendidikan lebih kurang 5,6 tahun dahulu.Sekolah terakhir ku SKRPB,Chemumar ,Perlis.Never would I forget those wonderful last 2 years of my teaching career. After a spate of doing administrative work ,I went back to school being a cikgu biasa biasa. Doing what I could for the love of teaching .
Then accident dealt a blow to me and I have to bade goodbye to teaching once and for all.

Sayang sekolah sekolah yang pernah ku masuki sebagai pendidik. Disana terakam beribu kenangan. Disana juga terkisah berbagai pengajaran. Sebagai insan yang serba lemah,tentu banyak silap dan salah aku lakukan. Mamason, cikgu, bonda ,kakak ,teacher ,puan antara gelaran yg aku pikul. Bersamanya tanggungjawab . Tanggungjawab membentuk anak anak yg dipertanggungjawabkan. Ada masa aku rasa aku berjaya. Ada masa aku malu bila aku tersasar dan tersalah langkah dalam mengharungi cabaran cabaran yg aku lalui.

Maafkan ... adik2,anak2 dan kawan rakan yang ku temui di sekolah sekolah ini.
SK Gedangsa
SK Seri Indera
SK Utan Aji
SK Stella Maris
SK Kayang
SK Titi Tok Bandar
dan terakhir SK Kluster Kecemerlangan  Sena

Itu secara rasmi aku disana sebagai guru,penolong kanan dan GB. Sekarang aku masih menyandang GB juga ... Guru Bersara..ahaha.

Juga buat rakan rakan guru yang aku temui semasa aku menjadi key personnel BI untuk negeri Perlis. Mana bisa aku lupa pengalaman memberi ceramah antara gigil dan debar menghadapi audiens .
Juga pengalaman aku masuk sekolah keluar sekolah dari utara hingga selatan negeri Perlis. Mengheret alat bantu mengajar ,berkongsi ilmu dengan mereka yang mahu.Mana sekolah yang tak aku pergi...SK, SJKC, SJKT.

Itu antara pengalaman aku... sekarang dah berlalu.

Tapi darah pendidik masih mengalir deras dalam family.
Buat dua anakku ... Olin and Aten... Selamat Hari guru anakanda.
Buat adik adikku...Prof Madya Habibah dan Prof Hamzah ... Selamat Hari Guru
Buat ipar lamaiku...Ida,Mah ,Darwis....Selamat Hari Guru
Buat anak2 saudara...Mazziatul Feesya , Ct Aishah, all the Intans

And not to forget my Fb friends and blogger friends,my pesara guru friends and relatives..
a shout from Kangar...
SELAMAT HARI GURU!

To all the wonderful teachers in SK Seri Indera
SM Derma
SM Seri Puteri n Matrik Melaka
UITM
UPM
UniKL n Utem
QUT,Australia n IPBa

The shout goes to all the teachers around the globe. From me in Punjabi, hihi

Bye...

No comments:

Post a Comment