Monday, May 15, 2017

Kembali ke sekolah..dasar

Minggu ni minggu terakhir yang mana anak anak sekolah akan berada disekolah, bersekolah dalam keadaan biasa. Belajar, rehat, main dan pulang. Dan selepas itu,sebulan lamanya anak anak akan belajar dalam keadaan berpuasa.
Oh lupa pula .... rupanya ada cuti pertengahan penggal.

Last night,cikson tertengok bual bicara ditv. Tak silap Astro Awani. Dan topik perbincangan adalah 21s Century apa ke benda... and without doubt it is all about education. Actually,makcikson yg berada dalam education once upon a time pun termengah mengah nak mengejar dan memahami perkembangan pendidikan terkini. Macam cendawan lepas hujan. Lepas satu satu idea baru. Its good kita nampak maju. Tapi baikkah kalau dalam mengejar kemajuan kita jadi tak tentu arah tujuan. Sekejap ke barat ,sekejap ke timur. Belum sempat kek dipukul ,diadun sempurna ,kita beralih buat cupcake. Last last dua dua tak menjadi..

Bukan sedikit rungutan cikgu2 jadi burn out. Terkelepek dengan urusan yg lain . Penat mengejar pengiktirafan. Nak capai status itu ini,bukan senang tau. Bukan sedikit pengorbanan. Bukan sedikit kertas , borang on line nak diisi ,dihalusi. Bukan sedikit orang berkampung disekolah. Check itu ,ini.
Last last cikgu setengah mati. Urusan mengajar diketepi.

Well... ini pandangan peribadi.

agaknya apalah cadangan antara mereka... kusyuk saja
Terimbau kembali masa zaman zaman dulu . Anak anak bukan cream of the school dalam pelajaran. Tak pula kami paksa anak untuk dapat top places dalam ujian. Sebab kita tahu kemampuan mereka. Tapi mereka diberi galakan,dorongan dan pujian untuk maju. Se
tiap kali report card dibawa balik, cikson akan teliti yg mana pelajaran perlu dibantu. Kertas ujian diteliti untuk tahu yang mana mereka lemah. Dan kalau cikson sendiri tak faham untuk memberi mereka fahaman, guru lain akan cikson minta pertolongan. Untuk ajar cikson supaya boleh diajar pada anak . Those were the days...



Ni pun
Kakak mengajar adik  adik . Apa agaknya cadangan yg diberi..



Kebelakangan ini cikten rajin menghantar video cucu di KL. Melihat gelagat dia amat menghiburkan. Lucu ada melihat dia menyanyi sambil tangan menekan keyboard. Amboi... . geram tgk jari jari halus tu rancak menari atas mini piano sambil mulut berhumming. Humming tu yg tak menahan...
Langsung cikson cadangkan kat ibunya utk hantar sikecil masuk piano class.
Tgk dia seronok menconteng kertas, kita cadang dia ke kelas melukis
Nampak dia suka masuk swimming pool,kita cadang swimming class.
Besoknya bila tgk dia buat benda lain pula, agaknya cadangan lain pula diajukan.

Begitu agaknya minda pembuat dasar kita. Nampak org boleh buat, kita pun terfikir nak buat. Kita seronok cadang itu ini, implement itu ini tapi menjalankannya orang lain...

Dasar...

Thats all folks my thoughts for  today.
Buat si buah hati mama yg nak tuntut ilmu kat Bangkok tu, selamat pergi dan kembali. For me... whatever u want to learn..go all out girl walau luar dari skop kerja. Knowledge learned is knowledge gained.

Bye.


No comments:

Post a Comment