Friday, May 19, 2017

Lempang.


Terpanggil membicarakan tentang lempang mat over. Hai... over betul la.
Apa yang nak ditunjukkan. Hero?
Alahai...

Menyinggah diblog cikazz ,dia kena lempang tanpa sebab masa kecil. Tapi cikson kena lempang masa dah besar panjang. Dah beranak pinak.

Ceritanya begini...

Satu malam cikson bangun dari mimpi. Buka saja mata nampak bintang .Rasa sakit menyinggah dipipi.
Wei... apa ni?
Rupanya lempang cikli yg datang tadi. Terkejut besarlah si isteri. Tak angin,tak ribut ...tiba tiba penampar yang mari.
Cikson terpinga. Cikli menangis mohon maaf. Beribu kali.
Sorry.. you buat kat I macam ni. Pasal apa?

Rupanya cikli sedang marah sangat sangat pada seseorang yang telah menabur pasir dalam periuk nasinya. Merampas rezeki dia. ...
Dan rupanya... marah seseorang boleh lepas pada isteri dalam mimpi.
Dan kisah ini masih berbekas dalam hati..

Berbalik tentang penampar yang dilayang mat over... patutka?
Masing masing punya persepsi masing masing.

Macam macamla sekarang ni. Sirkus sudah mari . Pru 14 dah dekat ni. Tentu banyak lagi adegan adegan yang gah macam begini...

Bye.
Have a Jumaat yang berkat.
Salam dari utara.

2 comments:

  1. ramailah yang up status dan komen pasal isu ni dalam fb. saya malas nak join polimik. pada saya, banyak isu lain lebih baik kita perbincangkan.

    ReplyDelete
  2. dari lempang baik lempeng/peknga.....hahahahahahaha mesti best...bohh nyog....chichah gula pon syyiok....chichah sekaya pon sedap ropanya! Hahahahahaha....

    ReplyDelete