Saturday, April 22, 2017

Liku hidup....Mulut capoi


Hehe... haghi ni cikson nak tulis alias nak bebel sikit bab mulut capoi ni.
Capoi.
Cakoi taulah ...mungkin itu kata banyak yg baca.
Cakoi tu sejenis kuih . Yg panjang panjang buat dari tepung. Seakan donut rasa dia tapi tak dak nya dicelup atau tatah gula dan sebagainya.

cakoi komersial
churros kata hipster
Cakoi ni kalau panas panas cicah gulai atau kaya/jam gu dengan kopi o panas petang petang sedap dap dap.

Coming back tu mulut capoi.....
According to dialek Kedah capoi tu bermakna

Mulut capoi' bermaksud org yg suka mencarut atau yg suka bercakap sesuka hati tanpa memikirkan sensitiviti sekeliling, atau mulut laser.

Menjaga selalu tak mau jadi mulut capoi tetapi kadang kadang tersasar juga.Selalu fikir dahulu supaya apa yang keluar mulut tak menyinggung perasaan orang. Kalau terjadi begitu maka akan berharilah dok tanggung sesalan kerana terlepas cakap. Tapi itulah...

Sekarang kalau layar internet, pasti akan terjumpa polimik bila orang bercakap tanpa berfikir consequencesnya. Biar artis ,pemimpin mau ahli agamawan. Hidup dalam zaman serba cepat ni, mulut atau apa yang ditulis tu kenalah buat saringan dulu. Setakat gaduh kawan kawan,adik beradik taklah gamat sakan. Tapi kalau isu yang diutarakan mengancam keselamatan orang ramai... bagaimana?

Harap sangatlah mereka yang ada pengaruh menimbang seberat timbangan sebelum keluar apa apa kenyataan...Usah jadi asbab sesuatu yg tidak baik antara kaum atau ugama.

Coming back to mulut capoi yang rakyat marhaen pula...
Tolonglah jangan menegur seseorang yang kita lihat ada sesuatu yg terjadi di tempat ramai. Contoh tengah berkumpul adik beradik ,adalah sorang tu dah jadi terlebih berat ke terlebih kurus.

Ha... awat hang macam papan. Putuih cinta ka. Kata seorang kat aku masa aku kurus kerempeng. Berhari hari aku serot dok pikiaq.
Lepas tu bila tengok aku gemok... pi pula kata macam ni
Oooi.. awat hang gemuk. Beruang kutub terlepas ka.

Rasanya penutur tu segak dan cntikkah? Tak tera mana pun...

So anak anak, kawan kawan ...fikirlah... capoi ka cakoi diri anda.haha..


No comments:

Post a Comment