Monday, April 17, 2017

Kenangan.... dunia yg ku lalui.

PB161904
di Istana Arau

A pic that belongs to the day that will be treasured . The odd couple at Istana Arau.Picture shy ,its a rarity for me to pose. 

Setelah 36 tahun mengharung liku liku hidup seorang pendidik,semuanya bernoktah sehari sebelum aku meyambut hari lahir ke 56 ku. Aku bermula karier ku agak awalberbanding kebanyakan kawan kawan semaktab...DTC 1972-1972. Dan di umur belum mencecah 20 aku dihantar ke pedalaman Ulu Selangor.
Bermula perjalanan aku dalam dunia pendidikan yang melalui pertukaran demi pertukaran selari dengan pembangunan dunia dan peredaran masa. Tak ketinggalan siapa yang jadi Menteri Pelajarannya..... ooops la ni Pendidikan ya.

Di sekolah antara banjaran bukit2 yg merimbun pokok kelapa sawit aku mula belajar jadi guru. Disitu aku bertapa hampir dua tahun lamanya. Aku membuat pertukaran suka sama suka ke utara selepas apa yang berlaku buat hati jadi lara. Entah kenapa aku setuju berpindah....entah.

Menjadi guru Bahasa Inggeris aku suka...tapi garangnya aku masa mula mula. Aku juga pernah dapat guru2  garang semasa belajar dan kebanyak guru masa itu mmg garang... haha.

Perjalanan karier aku ada tuahnya.. A chance that change my life.
Aku kena tukar masa enak enak mengajar disekolah pertama. Nun dihantarnya aku berkilometer dari rumah. Sakit hati memanglah. Aku baru disitu kena pindah. Yang bertahun tak pula disentuh. Tapi rupanya ditempat baru rezeki aku bertambah.

Satu hari penolong kanan aku menunjukkan iklan kursus ke luar negara. Dia mencadangkan aku mencubanya. Kak Sharifah ...I can never thank u enough. Aku cuba walau dah ada anak yang masih kecil. Cikli pula beri galakan. Berjaya dan dihantar berkurusu sepenggal di Edinburgh pada musim dingin 1984.


Balik dari kursus mau ak mau aku kena bagi kursus buat guru2 ttg apa yang akudapati semasa aku disana.. hehe tak tahu pula aku kena macam ni. Gelabah gila tau. Mana aku biasa bercakap depan guru2 satu negeri. Cikli bagi motivasi. Buat saja... Berjaya atau tidak lain kira. So bermulalah aku dengan episod memikul tgjawab key personnel,guru bantu guru dan entah apa apa lagi term yg diguna.

Dari guru penolong ,ketua panitia,aku mengakhiri dunia kerja ku dengan menjawat jawatan penuh cabaran disebuah sekolah dekat pekan...

All in all adalah dekat 10 buah sekolah aku jadi staff. Dan tak terkira banyaknya murid yang ku ajar.

Coretan ini ku buat agar anakanak tahu yang tidak selalunya kita selesa dengan karier kita. Ada masa menggunung tinggi cabaran yang datang menghampiri. Kawan rakan yang tidak sealiran dan sependapat jangan dibuat sebagai batu yang berat. Tugas banyak yg dipikul kita buat sehabis larat. Sehabis baik... Insha Allah ada rezeki berkat .

( this post was posted before...without the story accompanying.) Hope all the best for everybody who works for a living. Tak ada jalan pintas untuk berjaya. Kalau ada pun tak kemana.

BYe... have a wonderful working day dear.

9 comments:

  1. betul,sangat rare to see you do some pose.hehe.Love you!

    ReplyDelete
  2. and the best pose were those on the beach in penang kan. Macam kakan2 ribena .

    ReplyDelete
  3. Setiap kerjaya ada cabaran yang berbeza...

    Kerjaya Guru adalah kerjaya mulia. Tanpa guru, Perdana Menteri pun tidak akan berada di kedudukannya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kakcik,
      Rupanya duduk rumah lagi tercabar. Kadang2 bosan sangat.
      Betul juga tu.. even PM pun kena ada cikgu kan.

      Delete
  4. Bersempena dengan cerita Cikgu Amir saya pagi ni...hebat kerjaya seorang guru ni...in fact pada 6/5 saya menjemput 2 orang guru saya untuk sama dinner bersama kami pelajar 85. Cikgu Azizi merupakan cikgu olahraga saya dan cikgu BM merangkap warden yang selalu penampar saya....manakala cikgu Lee Pui Leng pulak merupakan guru bahasa inggeris saya dan juga guru choir.....saya buleh nyanyi tau...tu sebab choir kami kalah dengan tkc tahun 81 dulu! Hahahahahahaha....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Uncle, sekolah sangat bertuah kalau ramai guru macam cikgu Amir. Juga parents macam uncle dan kawan kawan.
      Teringat zaman sekolah,saya juga dalam choir. Masa tu bulan Bahasa . Kena nyanyi atas pentas sebelum wayang start. Ketaq lutut.Tu ramai ramai. Mau sorang,pengsan.

      Delete
  5. Alhamdulillah
    Tugas guru sangat mulia
    Tanpa guru... tiada kemajuan..
    Sekali guru... sampai bila2 akan dikenang budimu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulilah..
      Semoga semua guru di Malaysia dapat menjalankan tugas dengan baik walau apa cabaran yg datang.

      Delete