Sunday, February 19, 2017

Tiada nama....

Rancak bunyi burung burung terdengar dari mana aku berada.
Chirp,chirp chirp chirp
Tweeeeeeeeeet tweeeeeeeeeeet
Kurrrrrrrrrrrr kurrrrrrrrrrrrr
Musim burung sekarang  agaknya kini
Membawa muzik yang percuma dan semula jadi buat kami disini.

Pokok kuinin dilaman jiran bergayut gayutan buah buahnya nampak menyelerakan andai dihulur sebiji dua utk dibuat sambal belacan
Kekabu juga terbuai buai dihujung julai bila masak,akan menjadi bantal oleh tuannya .
Bunga kemboja kuning memutik berkuntum kuntum,menunggu masa untuk berkembang riang.

pokok kekabu katanya ber......
betulkah begitu?


Buah kuinin
Sedap bila dah kuning



Panas makin meninggi
Kelibat Tam dan Nina nampak berlari lari
Panas kaki agaknya bila simen dipijak.
Aduh... panas kakiku

Panas lagi hati bila teguran diterima
Apa yang dibuat selalunya rasa kena
Pada kita.....

Tapi pada orang lain.... jengkel melihatnya.




4 comments:

  1. Kat rumah saya pun buah kekabu dah pecah dan kapasnya berterbangan ditiup angin yang keras.

    Sesekali mengingatkan saya sewaktu zaman silam di kampunglaman...

    ReplyDelete
    Replies
    1. IM,
      Buah kekabu yg bergayu tu tak masak lagi. Tentu menarik bila dah masak,meletup dan isi putihnya terbang dek angin.
      Sini pun entah sampai bila suasana begini bertahan. Entah2 lenyap dek pembangunan.

      Delete
  2. Di belakang rumah emak Mak Long dulu ada pokok kekabu. Dapatlah beberapa biji bantal dari hasil pokok tu. Tahukah biji kekabu itu boleh digoreng jadikan kudapan. Rasa macam kuaci.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mak Long,
      Tak tahu pula biji kekakbu boleh dimakan. Mau pi minta kat makcik sebelah rumah bila dia buat bantal.

      Delete