Sejak balik dari holiday tempoh hari,selera makan macam merajuk diri. Makan nasi terasa tawar,minum air terasa payau. So how?
Nak masak,barang dapur dan barang basah belum dibeli. Jadi kenalah beli atau keluar makan sekali.
Haritu,selepas urusan hospital cikli,kami ke sebuah restoran di bandar Kangar.
orang sakit nak jamu selera |
Bunyi macam German saja.
France bukan. Rupanya Italian.
Lokasi sini kami tuju |
Ada menu utk lunch |
Juga breakfast |
Hawaian pizza |
Dan bila makanan dihidangkan...puas hati . At 18 RM,medium sized, rasanya cukup menwan hati. Macam yang cikson kehendaki.
Cikli pula habis sepinggan mee maggi goreng mamak.
Hmmm... bila selera patah,mulalah teringin akan makan makanan yg kita suka.
Terbayang kesedapan sate samuri Kajang. Yang isinya tebal dan kuah kacangnya cukup rasa. Ada sekali cikson beli delivery satey. Yang diterima, aduhai. Kesian. Satay dagingnya keras macam sekerap getah dan ayamnya tak rasa ayamnya. Kuah pula manis tertumpah gula.Sekali tulah saja makcik order dari tuan yg menjualnya. Nak repeat order tentulah tidak jawabnya.
Hoooya... teringin pula mee JPL dan laksa Kedah..
Itu dua makanan yang susah nak jumpa yang dapat puaskan hati. Masak sendiri,adun sendiri,makan sendiri baru puas hati tua ini..
Bye.
No comments:
Post a Comment