Tuesday, February 21, 2017

Menunggu di stesen yang bisu


Semalam punya cerita.
Cerita biasa biasa
Jam 9.30 kami ke stesen keretapi.
Menjemput anak yang pulang dua tiga hari

Jam 10.00. Menjejak bangunan stesen keretapi Arau ,suasana muram menyambut kami. Tiada deretan kenderaan yang memenuhi laman di depan bangunan terminal. Tidak seperti hujung minggu.

Eh..mana pi orang semua.
Sebaik melangkah ke dalam ruang menunggu, tiada siapa2 kecuali seorang pekerja yang sedang mengelap lantai.Seram juga kalau sorang sorang.

Selepas beberapa ketika,baru kedengaran tapak2 kaki memasuki ruang menunggu. Seorang bapa memimpin anak kecil dan tangannya pula mendukung anak yang rasanya hanya beberapa bulan.
Isssh...dah malam begini pun sanggup bawa anak kecil ke kawasan macam ni. Mana kita tahu kan,fikir ku.

Aku ramahkan mulut menyapa staf yang mengelap lantai tadi dan diberitahu keretapi yang ku tunggu antara keretapi terakhir yg akan melalui stesen itu. Terbayang kalau aku kena ambil penumpang jam 4 pagi . Tentu lebih ngeri.

Dari stesen,kami ke sebuah restoran berhampiran utk melapik perut. Aku order roti parata bersama sardin. Sedang enak mengunyah roti,aku disapa seekor ibu kucing yang dituruti anaknya yang masih sangat kecil. Pandai dia membuat muka sayu padaku. Seakan berkata..

Sedaplah maam roti prata tu. Boleh bagi kami sikit.

Yes, aku share roti prata itu dengan dia anak beranak. Berselera mereka berebut2 roti itu. Cebisan ayam yang ku tabur tak pula mereka sentuh.

Hey...u from Pakistan ?

It was nice having roti prata sekali sekala malam malam buta. Tapi its not nice watching parents with small child at this hour having their chit chat at the table. Budak2 tu dah masanya utk tidur ayahbonda.

Di negara maju,budak 2 kecil tak nampak diheret bersama bila ibubapa keluar. Ada babysitter di upah utk menjaga bila ibubapa mau bersukaria atau ada urusan diluar rumah.

Budak2 kita... jam 3.00 pagi boleh keluar rumah free free.
Ibubapa tolonglah prihatin bab2 ini.
Kalau takut anak menangis kerana kemahuan tak dituruti, adalah masa kita pula meraung kerana kita terlalu berlembut hati turut apa saja yang mereka maukan.

Aku ... entahlah. Ada anak kata aku keras macam batu marmar. Tapi ada yg kata aku lumpur musim kemarau. Bila hujan,lembut lah dia.

Di stesen yang bisu,aku punya banyak waktu.
Fikir ini, fikir itu.




4 comments:

  1. Biasa juga tengok ibubapa bawa anak kecil 'berembun' sambil hati tua ini berkata-kata... :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kakcik,
      Bila tengok baby pun dok berembun,timbul rasa kasihan pada mereka. Tak ada siapa agaknya nak menjaga. Itu diheret sibayi yang masih dalam pantang berembun sama.

      Delete
  2. Ngeri bila saya baca pasal kejadian tu...sama-samalah kita ambil iktibar...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terasa juga. Semoga cucu2 terhindar dari semua tu. Tapi apa pun,semua tu bermula dari rumah.

      Delete