Tuesday, February 21, 2017

Jalan jalan cari tudung,lain pula yang diborong


Semenjak cikli kurang sihat, jarang kami keluar jauh dari rumah kecuali ke hospital di Alor Setar. Membeli belah hanya di Kangar saja  berbanding dahulu Alor Setar jadi pilihan tempat berbelanja. Maka hanya Giant Kangarlah tempat utama mendapatkan keperluan harian.

Issh..lama tak shopping kat Alor Setar.Sungut cikson pada petang semalam. Nak cari kasut sepasang dua.Juga tudung untuk makan kenduri anak saudara.

Pagi tadi ciklicikson dan ciklin berkereta ke sana. Driver nya tentu yang muda kerana yang tua teraba raba. Semalam masa memandu ke Arau,seriau darah tengok pemanduan cikli . Ketepi ketengah macam orang kurang penglihatan. Ngeri.


ramai orang kat sini....

Sambal belacan dia ikut selera
Ada rasa



Se belum tu singgah dulu dekat satu tempat makan yang famous dengan bawal goreng panasnya.
Dan seterusnya ke pasaraya Aeon Big di Jalan Gangsa. Lengang saja suasana disini. Semalam terbaca ada cawangan Aeon diKL sana dah tutup kedai.Sini pun,ada kedai sublet yang telah tiada.Tutup buat selamanya. Kesiannya.

Mata terpandang longgokan buku berharga RM 5 satu. Apalagi,disitu kami seketika. Pilih buku yang terasa suka. Akhirnya penuh juga satu troli dengan barangan keperluan. Ada yang needed dan tidak kecuali yg wanted.
Needed kerana perlu dan wanted hanya untuk menambah koleksi.
amboi... sempat posing serrrround

Eh,kemana pula kami selepas itu..
Ke Jakel cari tudung utk kenduri. Bila dapat tau 24hb ada sale,rasa rugi nak beli la ni. Tapi terbeli juga bila potongan harga diberi.

Singgah pula ke Big Pot. Tapau nasi bubur dan mee kari....
Itulah saja cerita kami.
Tak ada yg luar biasa Yang layak masuk berita.Tapi itulah yang kami suka. Hidup biasa biasa. Semoga begini hidup sampai akhirnya. Tak perlu famous seantero dunia....

Chendoi temu jodoh satu!


2 comments:

  1. Wah...ada chendoi temu jodoh...hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kakcik,
      Macam2 la nama makanan . Tak pula dicuba cendol tu.

      Delete