Sunday, February 26, 2017

Anak orang,anak kita,rumah orang, rumah kita.

Allahu...terbaca tentang kerja kerja amal Third Force kelolaan Raja Shamri buat aku terpaku sejenak.
Kisah benar seorang ibu yang hampir hilang deria penglihatan menjaga seorang anak OKU membuat aku terasa sebak.Terbayang siri siri hoarders yang aku selalu ikuti dalam tv. Disini pun tak terkecuali.

Dari fb , sukarelawan 3rd Force menyumbang bakti.

Ya Allah... daif sunggoh rumah yang mereka duduki. Bukan kerana rumah itu reput hampir menyembah bumi. Tapi tentang keadaanya yang sedemekian rupa. Tak terdaya fikir  ada orang sanggup tinggal didalamnya.

Dan aku titipkan doa,agar aku,anak anakku dijauhi hidup serupa itu. Biar rumah kecil dan usang tapi sedap dilihat dan dipandang.Biar tinggal tanpa kemudahan,tapi rumah tetap wangi dihampiri.

Selalu benar terjadi,ramai antara kita b ila lihat anak anak orang lain berjaya dalam kehidupan, perasaan sedih  menjenguk diri. Kenapa dengan anak sendiri? Kenapa tidak belajar hingga ke universiti supaya kita boleh bangga diri... anak aku pandai tak terperi. Maka sakit hati, dengki menguasai diri.
Pada ku itu semua rezeki. Apalah sangat nak berbangga dengan apa yang ada. Kenapa kita tidak berusaha . Supaya anak kita juga berjaya. Beri motivasi supaya sianak boleh menjadi lebih hebat. Dalam apa yang mereka buat. Bukan sesat barat.

Begitu juga jodoh. Semua ditentukan oleh Allah. Jangan bangga bila berjodoh dengan jodoh yang hebat. Usah juga rasa sedih dengan jodoh yang sederhana, entah entah lebih bahagia.

Wah ,pagi pagi Ahad...time untuk rehat.
Buat apa fikir yang berat berat.


No comments:

Post a Comment