Kesian mereka yang terpaksa berkereta, berbas Sabtu haritu. Cuti 3 hari sempena Maulidur Rasul dan cuti hujung minggu dengan kenduri kawan rakan,sanak saudara menjadikan Plus Highway ,LPT sendat sesendatnya. Diburukkan lagi dengan kejadian tak diingi diutara,ditimur dibarat dan diselatan. Boleh kata everywhere!
Si anak memberitahu dia akan pulang menumpang kereta rakan selepas makan kenduri di Kedah. Tunggu punya tunggu ,sianak sampai ke rumah hampir jam satu pagi! Imagine bertolak dari KL 9.00 pagi sehingga jam 6 masih berada di Bukit Merah ,Perak. Perjalanan masih berbaki menuju Kuala Nerang Kedah. By 9.00 baru tiba disitu dan pergi juga ke rumah kenduri walau pengantin dah tukar uniform.
Banyak sunggoh kejadian pada hari Sabtu itu.
Di utara,penumpang kereta punya masa keluar kereta dan bertanya kabar berita. Akibat lorry diesel punya angkara. Jam sehingga 50 km katanya.Maka mengensot ensotlah kereta dan penumpangnya.
Di Selatan pula,kejadian kereta berpeluk pelukan. Ada yang sampai naik atas kereta lain.
Di LPT pula petang itu sebuah bot tersadai dilebuhraya dan mengganggu kelicinan trafik. Jam lagi berbatu batu.
Bas terbakar,kereta terbakar juga menjadi berita.
Yang terbaru....sedih dan ngeri lihat sebuah MPV hancur melanggar divider dan seterusnya menghentam pillar jambatan di LPT2. 6 menjadi mangsa. Allahu.
Aduhai.... situasi begini kerap kita dengar musim2 cuti. Kenapa kita bertanya.
Cikson pun tak tau apa sebabnya.
Jalan Malaysia teruk?
Cuaca Malaysia teruk?
Kenderaan di Malaysia teruk?
Atau ada lain yang teruk.
Apabila terjadi sesuatu kejadian di luar jangkaan, hanya kesabaranlah yang jadi bekalan...
ReplyDeleteTapiiiii....kadangkala sabar itu hanya mudah disebut... :)