Jemu berada didalam bilik,aku keluar ambil angin petang
Makcik guard ku sapa dan dia tertanya tanya kenapa aku mengambil gambar sini sana . Malu pula nak mengaku aku seorang blogger..entah apaapa.
Suka tengok pemandangan ciptaan ilahi...gurau ku.
Mana tahu boleh guna utk menulis posting nanti..
Dilantai lobby , dua tiga orang bersantai
Mereka juga menjaga pesakit seperti aku
Lancar saja seorang dari mereka menceritakan apa dia hadapi dalam menjaga pesakit.
Dia menantu tapi letih lelah dia tidak dihargai sanak saudara ibu mertuanya.
Malunya dia bila dia dimarahi oleh ipar iparnya di depan khalayak ramai.
Ada nada sedih dalam suaranya. Aku hanya mendengar dan menyuruh dia bersabar.
Kita kena tawakkal. Jangan harap orang lain...itu luahan seorang isteri diluar bilik bedah.
Dah bagi anak anak belajar tinggi2, takkan nak suruh depa tak kerja. Lagi pun itu masa depan mereka. Kita sebagai ibu bapa jangan selfish.
Aku hanya mengiyakan kerana cerita kami ada persamaan.Semua anak anak berada diperantauan. Nak berkampung semua kat Perlis ,tang mana nak cari makan. Dah rezeki mereka diluar sana,aku rela saja.
Masa cikli sakit awal tahun dulu,aku gelabah gila. Mau meraung kena buat kerja kerja sorang sorang.
Kali ni aku lebih yakin walau hospital itu berada didaerah lain. Aku gagahi memandu ke hospital walau tempat parking amat susah nak didapati.
Aku tak kisah kena kesana sini menemani cikli . Makan sorang sorang dikafeteria walau tidak ditemani.
Puas rasa dapat buat semua sendiri.
Walau ada kala kepala tingtong rasa nak menyembah bumi.
Situasi yang dialami buat aku teringat ibu saudara cikli yang baru pergi.
Dia selalu ada untuk suami . Menemani suami dalam urusan2 keluarga dan juga kerja.
Dia sihat tetapi tidak suami.
Namun dia yang awal pergi....
Bilik Bedah |
Tempat parking belakang hospital |
Dari sisi berbeza |
Assalamu'alaikum Cikgu...
ReplyDeleteSelalu juga kita dengar begitu - yang sakit termangu-mangu, yang sihat pergi dahulu.
Namun setidak-tidaknya yang sakit bagaikan bersedia, yang sihat tak kata apa-apa...
AllahhuAkbar. Semoga kita dipanggil kembali dalam keadaan walaupun tidak bersih suci tapi tidak juga keaiban menyeliputi diri...
assalamualaikum cikgu..salam ukhuwah dari dil.. Allahuakbar baca entry ini ada rasa sayu di hati..dalam kehidupan ini penuh dengan pelbagai suka duka kehidupan.. dan ajal maut semua di ketentuan-Nya..
ReplyDeletesemoga suami cikgu sihat dan cikgu sekeluarga di bawah keberkatan Yang Maha Esa...
Dil..bumi anbia..
Semoga akak diberikan kekuatan...bukan senang tetapi saya yakin....arwah mama saya dulu ada 'dementia'. Kelam kabut kami sekeluarga kerana arwah mama tak tidur malam dan akan meminta makan dan minum setiap 5 minit dengan rengekan yang meruntun jiwa........tapi kami puas kerana mampu menjaga arwah.
ReplyDelete