Cikson antara jenguk dan tengok.
Sekali mengadap tv sekali pi cari nasi.
Petang tadi bertiga ke pasar raya. GIANT la kerana dia satu satunya. Orang takla berapa ramai pada mulanya.
Melepasi aisle aisle yg melimpah ruah barangnya,leka cikson membelek barang barang promosi. Tapi dalam hati ,aduh begini harganya masa promosi.Kalau tidak mau cabut lari.
melepasi aisle penuh barangan |
trolley anak |
trolley bapa.... mana trolley emak? |
Cikli yg masuk keluar hospital sejak GIANT di buka teruja nak ikut sama.
Mau 4 keping not biru besar juga jumlah yg perlu dilangsai.
GIANT mahal lah. Kata makcik pada cashier . Dia senyum menyeringai.
Makan malam di foodcourt. Boleh tahan juga rasa dan harga.
Itulah kisah kami menjalani rutin hari hari. Hari ni boleh bergadang sana sini. Besok belum tentu lagi.Yang terjadual adalah temujanji cikli ke klinik dan hospital.Tak pernah digambarkan hidup akan terikat begini.
Besok pagi pagi klinik mata HSB akan kami jejaki. Antara belasan temujanji doktor utk cikli.
By the way....what is bergadang
Malas nak google cari jawapan.
Saya kalau naik baihh suka dok kat 'aisle seat'. Senang belunjoq!
ReplyDelete