Dan pagi ini cerah berseri langit diangkasa
Memberi isyarat bolehlah mendobi baju dan kain yang membukit banyaknya...hua hua hua...
Semalam ditv , menonton siaran langsung .
Mengenang MH 17 yang malang
Air mata pun bergenang..
Tanggal 17 hb Julai 2014
Terkejut semua rakyat jelata dan seluruh dunia
Bencana menimpa MAS kedua kalinya selepas MH 370 yg kita masih tertanya tanya kabar berita.Di mana semadinya.
antara mereka yg terkorban |
antara negara yang terlibat |
antara mereka yang bersedih |
antara pembesar yang hadir samakah fikiran mereka diwaktu ini? |
sama di mana ya,, |
Menonton nama nama yang dipapar satu persatu
Melihat wajah wajah sayu yang ditinggalkan sanak saudara,handai taulan,ayah dan ibu
Rasa macam aku
Yang melalui mimpi ngeri itu...Subhanallah..
Hingga petang
Langit masih menangis
Macam rasa tak ada semangat nak raya...itu keluhan ramai rakyat Malaysia
Tentu raya tak sama buat mereka yang ditinggalkan mereka yang pergi.
Tapi yang tidak terlibat pun apa kurang resah di hati..
Pagi pagi bangun tidur ,hati tertanya 2
Apa lagi yang jadi?
1MDB.... macam macam cerita berita yg ada
Sini cerita
Sana menafinya
Duit bukan lagi juta juta
Tapi berpuluh angka angka yg kita tak kenal pun dulunya...Billion? Trillion ? Banyak mana?Berapa nilainya.Boleh dibuat apa?
Dengan bunga bunga yg kena setiap tahun
Apakah kita bakal jadi Greece akhirnya
Senangnya duit mengalir buat mereka
Sedang kita terpinga pinga
Ratus ratus yang kita ada hanya bernilai sepuluh dua
Begitu cetusan rasa seorang pesara
yg sdg terpinga2
apalagi
ibu tua
dicerok kampung sana......
Masih ada lagi yang tinggal dalam khemah di Kelantan sana
Dah setahun juga kisah mereka
Derita sengsara
Tak ramai yang ambil kisah kerana mereka juga sdg resah
Dengan segala macam perkara yang terjadi
Di bumi yang di panggil tanah air sendiri...
Mana lagi nak pergi?
ha...kita tak ada jet perbadi nak lari kemana lagi disinilah hidup mati. kata Pong yg bijak bistari.. |
Setuju sangat saya cikgu
ReplyDeleteDuit IMDB berlegar sesama mereka.
Rakyat kita yg miskin dan dhaif makin dhaif.
Hanya ALLAH sahaja yg mengetahui mana digunakan duit tersebut.
Dan hanya ALLAH sahaja yg membalasnya.
Akak,
DeleteHanya ALLAH saja yang membalasnya.