Wednesday, July 15, 2015

Berita dari Utara...bila keluar dari gua

Hanya bunyi kokok2 ayam dan kenderaan yg lalu kedengaran.
Koo kooo oooook
Vrooooooooooom.
Dan satu dua suara kedengaran
Assalamualaikum....sayup2 dirumah sebelah.
Dah sampai ahli keluarga di rumah induk rupanya...dari ibukota balik berhariraya.

RBL pula baru cikten dan suami yang sampai sehari yang lalu.Yang lain ada yang akan bertolak hari ini ,besok, juga pagi hari raya....
Nak buat macamana ..
Bila bekerja..majikan diutamakan..Itu dah tempat kita mencari rezeki.
Dapat majikan baik ,baiklah nasib diri.

Hanya doa saja yang dapat dipanjatkan kpd Allah semoga perjalanan anak anak menempuh lebuhraya Utara Selatan dipermudahkan. Selamat sampai ke RBL utk lebaran yang dinantikan. Ketupat dan rendang akan terhidang,melawat sanak saudara kita lakukan.

Utk panduan ...website ini memberi update tentang keadaan lebuhraya seantero Malaysia 
Malaysia-highways-live-traffic-camera…
Semalam , ciklicikson keluar berbelanja.Nun di Aloq Setaq sana.Macam rusa masuk kampung pun ada.
Ke Alor Setar Mall cari kasut pada mulanya.Kasut tak jumpa lain pula diborongnya.Kaki tapak sulaiman memang susah nak cari. Pattern berkenan,saiz tak ada.Saiz ada warna pula akan jadikan pemakainya tak selesa.Mau makcik pakai kasut merah ang ang bila berjalan.....rasa mcm clown.

Dari Alor Setar Mall ke Aeon Big...
Masuk kedai keluar kedai tak jumpa juga kasut yg berkenan...
Tapi bila masuk kedai DIY ....mcm2 pula yg diborong.
Buka puasa di food court ..

nasi tomato acar kasi lebih
Habis berbelanja terus balik ... tapi Su Manja pula menggamit kami semua
Pekena koew tiau hailam yang enak pada selera.
Tengah jalan dah tak boleh kata apa apa.
Sbb perut memulas semua
Tu la pekena lagi macam macam awat perut tak meragam.Bila dah lanjut usia tak boleh makan sombereno saja.

Terimakasih anakanda Aten n Safuan kerana bawa mama abah berjalan
Tu lah pertama kali mama keluar dari gua.....
Tahun ni mama raya semua disponsor,baju tudung minyak wangi semua dibekalkan...sep duit belanja.Hanya kasut yang belum ada..Last resort kita pi BATA.
Juga tak terucap terima kasih buat besan
Dapat tudung ,kerepek dan manisan....alhamdulilah.



foodcourt AEON Big





10 comments:

  1. Slmt hri Raya teacher.

    Jauh p soping smpai k alok stak.
    Kangak tak dk pilihan.
    P dn Balik prjlanan hmpir 100km.
    Tapi puas, leh roger roger

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat Hari raya
      Dari dulu2 lagi banyak buat shopping kat AS.
      Nanti bila ada banyak choice di Kangar tentu belanja disini saja.

      Delete
  2. Replies
    1. Selamat Hari raya akak,
      Semoga akak sihat2 sentiasa.

      Delete
  3. Replies
    1. Uncle,
      Sampai hari ini pun ada lagi kuih raya...maila.

      Delete