Tuesday, March 11, 2014

Siksa menunggu

Pernah rasa peritnya menunggu berita tentang nasib seseorang yang dikasihi...nun jauh beribu batu dari negara.
Peristiwa menunggu berita yang mencemaskan kami lalui semasa keadaan rempuhan di Mina.Masa itu tt mengerjakan haji dan abang ipar antara petugas disana.
Satu hari kami dikejutkan dengan berita kematian jemaah dalam kejadian itu.Dan yang mencemaskan abang ipar memberitahu tak dapat menghubungi tt.Dahulu yang menjadi penghubung berita hanylah berita dari radio dan tv dan talian talipon.Penuh debaran kami menunggu berita dari sana.
Selang beberapa hari baru kami diberitahu tt dalam keadaan selamat.
Perasaan cemas dan debaran  hati tak dapat digambarkan masa itu.Setiap saat mencengkam dada.
Dan bila tt kembali dengan selamat ke tanah air,tiada bahasa dan kata dapat menggambarkan leganya hati.

Its day 4 .MH370 where are you?
Walau setakat ini tiada sesiapa yang ku kenali terlibat dalam kancahnya,I could feel them.
Hanya doa semoga dipermudahkan urusan mereka dan keselamatan mereka.

4 days....hati rasa gundah.

MH370...pray for you.

No comments:

Post a Comment