Thursday, February 13, 2014

sepanjang jalan ini....kenangan yang diabadikan

Percutian ke Cameron Highlands,KL dan Gambang ,Pahang merentasi banyak negeri .Dari Perlis melalui Alor Setar Kangar main road menuju tol Alor Setar selatan mengambil masa yang meletihkan diri.Dijalan ini kalau musim cuti sekolah atau perayaan, kenderaan banyak tidak terperi.Pemanduan pun macam siput baabee.Terhenjut henjut melepasi pekan dan kampung dengan kenderaan plet luar yang mendominasi....

Selepas tol ...bolehlah tekan minyak menderum enjin bagai jagoan.Awas kalau ada halangan ,1 km satu jam pun boleh jadi igauan.Bila nak sampai kalau ini yang jadi ditengah jalan.Pernah dari KL nak ke Perlis masa diambil 13 jam....hee hee boleh dah sampai London kalau naik kapal terbang.

Selalunya....sepanjang perjalanan gambar gambar dirakam jadi kenangan.Ada awan putih berkawan riang diawan.Ada kenderaan bertali arus yang jadi perhatian.Ada gunung ada hutan menarik pandangan..
landmark Cameron....kebun sayur dijalan berliku


Di Cameron , hotel penginapan ini jadi tumpuan.Lensa kamera dihala tak kira masa.Asal ada saja yang menarik pandangan mata.Walau pada orang lain....eh yang ini pun nak tangkap gambar ka..?

hotel ini kami tuju....kali ketiga buat seorang aku

tanda ingatan kami ke situ...posingposing gitu

Makan makan pun boleh jadi rakaman.Nak ingatlah balik apa yang ditelan.Dimana  mulut disuapkan.Sedap ke tidak boleh jadi panduan.....tapi makcik malu.Apa pula nanti orang kata you....Peghaknya nescafe secawan pun nak dirakam gitu.

Pekan Tanah Rata kami lalu...pos box dulu dulu



bilik 203  ...antara bilik ditingkat dua..jenuh menapak naik tangga

dua beranak cikli dan cikli membawa diri

disini kenangan lalu datang menyerbu.

haha....
Kenapa mama snap gambar ni.....kata anak bila lihat mama punya koleksi...
Ada ke gambar jamban pun buat kenangan.....
Jangan tak tahu....mama punya tujuan....Before and After mama menyimpan.Terpengaruh dengan makeover yang disiarkan telebeshen.....De clutter namanya rancangan.

Its tokton punya trait yang mama warisi.Kemana saja rumah yang dia pergi,dia tak pergi saja untuk bercuti.Rumah anak anak dia buat rumah sendiri.Betul sana.Cuci sini.Bila balik rumah sendiri rasa senang hati dapat tolong anak anak yang busy ...



No comments:

Post a Comment